Istiwa Matahari : Kedudukan Tepat Di Atas Kaabah

Fenomena atau peristiwa apabila kedudukan matahari akan berada tepat ( tegak ) di atas kaabah dikenali sebagai Isitiwa Matahari atau Istiwa Azam. Fenomena ini hanya berlaku pada 2 tarikh setiap tahun iaitu pada jam 5.16 petang 28 Mei dan jam 5.28 petang 16 Julai. Pada ketika ini, matahari akan berada tepat di atas kaabah ketika waktu tengahari di Mekah.


Dicadangkan apabila berlaku fenomena ini, kita hendaklah merebut peluang yang ada dan berusaha untuk menyemak dan menentukan arah kiblat yang sebenar dari tempat atau kediaman kita mengikut cara-cara yang betul. Ianya boleh dibuat di mana sahaja asalkan kawasan yang dipilih boleh jelas menampakkan bayang-bayang objek dan matahari.


TarikhWaktu MalaysiaWaktu Mekah
28 Mei5.16 petang12.16 tengahari
16 Julai5.28 petang12.28 tengahari

Cara-cara untuk menyemak / menentukan arah kiblat

  1. Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata. Contoh : sebatang pensel.
  2. Pastikan kayu tersebut tegak 90 darjah.
  3. Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi
  4. Pastikan kawasan tersebut, matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.
  5. Tunggu sehingga 5.16 PM jika pada tarikh 28 Mei atau 5.28 PM jika pada tarikh 16 Julai
  6. Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.
  7. Unjurkan garisan bayang-bayang tersebut ke arah matahari.
  8. Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, InsyaAllah.
Sumber : SINI dan SINI

Subhanallah... Maha Suci Allah yang menjadikan sekalian alam..

Post a Comment

32 Comments

  1. thanx akak untuk info tentang kiblat tu :)

    ReplyDelete
  2. info yang menarik kak mia...thanks sharing..:)

    ReplyDelete
  3. Masa terbaik utk menetapkan arah kiblat yang betul dan tepat. Thx Mia. Harap2 petang ni cuaca cerah

    ReplyDelete
  4. Kakak nak suruh anak kakak buat di rumah sebab waktu ini kakak masih dalam pernalan balik dari pejabat. Mengharap jgnlah hujan petang ini sebab di JB sekarang boleh katakan macam musim hujan pulak Mia..

    ReplyDelete
  5. info yang sangat berguna..terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. Hari ni 28MEi..boleh cuba jugak ni..terima kasih..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mia..perkongsian yg baik...;)

    ReplyDelete
  8. bru tau pasal ni...thanks akak mia~

    ReplyDelete
  9. subhanallah.. thanks di atas perkongsian ni kak mia..

    ReplyDelete
  10. fenomena yg ditunggu, bagus perkongsian ni :D

    ReplyDelete
  11. owhhh..mcm gitu rupanya..thanks for sharing info yg bgs ini..:)

    ReplyDelete
  12. Lama In x dtg sini,maaf :D
    Alhamdulillah terima kasih atas infonya! :D

    ReplyDelete
  13. sy baru tahu..thanks akk atas perkongsian y menarik n berguna nih :))

    ReplyDelete
  14. Terime kaseh.Mengingatkan kembali pelajaran lame....

    ReplyDelete
  15. yup.. info yang sesuai untuk pengembara kan?

    http://www.nurfuzie.com/2013/05/cantik-terhormat-vs-cantik-tontonan.html

    ReplyDelete
  16. terlepas sudah....good sharing.......

    ReplyDelete
  17. Semalam menunggu saat ni tapi kerana lalai terlepas sudah. Kena tunggu 16 Julai pulak..

    ReplyDelete
  18. alamak terlepas nak cek semalam...tapi secara approximate rasanya lebih kurg dah kiblat kat rumah ni....

    ReplyDelete
  19. Tq mia. Akak ada jugak buat. Tu pun tunggu maklumat dari radio. Kalau tak, slalu tak ingat. Subhanallah.

    ReplyDelete
  20. Tq mia. Akak pernah buat ni. Tu pun dua kali tp bukan dalam tahun yang sama. Akak cuma buat bila ada pemberitahuan dari radio. Subhanallah. Sharing is caring ....

    ReplyDelete