Berhenti Berblog

Mia terpanggil untuk membuat entri ini apabila ketika berblogwalking terjumpa dengan blog-blog lama yang terbiar dengan erti kata lain tuan punya blog telah berhenti berblog. Mulalah ada idea dan terus menaip entri ini.

Situasi yang sering dialami...
  1. "Dah lama berblog, tetapi tiada faedah pun"
  2. "Entri di blog tiada sesiapa yang komen"
  3. "Trafik di blog kurang daripada 50 pengunjung setiap hari"
  4. "Tidak dapat menjana pendapatan"
  5. "Membazir masa bila berblogwalking"
  6. "Entri di blog sudah banyak tetapi tidak dijumpai di enjin carian"
  7. "Tiada kawan blogger"
  8. "Syok sendiri, buat entri entah apa-apa"
  9. Tiada masa
  10. Membazir wang untuk bil internet
Mulalah timbul..
  1. Tidak seronok ketika berblog
  2. Kurang semangat untuk menaip entri
  3. Menjadi seorang pencuri kandungan entri (copy paste tanpa sumber)
  4. Malas
  5. Stres
  6. Bosan
  7. Blog tempat lepaskan geram
  8. Tiada sokongan daripada rakan dan keluarga
  9. Pandai-pandai tukar design template blog., tetapi tidak berjaya
Akhirnya...
  1. Putus asa
  2. Blog mula bersarang
  3. Tidak ada entri terkini
  4. Pengunjung yang selalu datang mula berkurangan
  5. Blog tidak terurus dan terbiar
Jalan penyelesaian terakhir ialah berhenti berblog..

Sebenarnya Mia rasa ramai di kalangan blogger sekalian pernah pun terdetik di hati untuk berhenti berblog. Betul, kan? Apabila sesuatu yang kita impikan dan harapkan, tidak menjadi kenyataan, terus mula putus asa.

Cubalah ambil ini secara positif. Berblog memang perlukan pengorbanan idea, masa, tenaga dan wang. Anggaplah ia sebagai satu hobi yang menyeronokkan. Carilah kawan dan masuklah mana-mana komuniti blogger untuk lebih dikenali. Bila dah ada ramai kawan blogger tentu perasaan seronok berblog akan bangkit dengan sendiri.

Hidupkan blog dengan aktiviti yang sihat dan mesralah dengan pengunjung blog anda. Antara aktiviti yang sihat ialah giveaway, segmen dan ruangan komen. Pastikan mereka gembira bila datang ke blog anda dan sudah tentu mereka akan kembali lagi untuk melihat entri terkini anda.

Berceritalah di dalam entri tentang apa sahaja yang anda tahu. Mungkin tips, cara-cara, pengalaman kerja, hobi, pandangan peribadi, luahan perasaan, keadaan sekitar, isu semasa dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan juga, cubalah buat entri yang berkualiti yang mungkin boleh dapat trafik dari enjin carian.

Cipta satu identiti blog yang unik yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada pengunjung setiap kali datang ke blog kita. Contohnya header, design blog yang lain, kata-kata tagline, cara penyampaian entri dan lain-lain.

Masa dulu, inilah antara aktiviti yang Mia dah buat. Rajin berblogwalking, rajin komen, rajin ping ke mana-mana group dalam facebook, rajin follow blog, like fanpage blogger, buat akaun twitter, menyediakan langgan entri blog melalui emel, masuk pertandingan dan join mana-mana komuniti blogger. Sambil berblogwalking, sambil membaca entri, sambil mencedok ilmu... Macam-macam yang dibuatnya. Ada yang berjaya. Ada yang gagal. Buat perubahan pada blog, penyampaian entri dan cara berkomunikasi dengan pengunjung.

Sekarang ini pula, menggunakan smartphone (telefon pintar) untuk update blog secara mobile sebagai alternatif sekiranya tidak sempat membuat entri autopost atau terus nak update blog bila ada idea. Handphone Samsung Galaxy S Advance digunakan sepenuhnya dan melanggan pakej pelan data 3GB untuk akses kepada internet.

Bila dikutuk, terus terasa seperti hendak berhenti berblog, tetapi harus kuatkan semangat. Semangat kena kental. Anggap ianya sebagai batu loncatan. Ambil secara positif dan membina. Buat perubahan kepada yang lebih baik. Biasalah bila berblog, kita terdedah kepada dunia luar dan potensi untuk mendapat kritikan tetap ada.

Tidak dinafikan blog juga boleh menjadi satu kerjaya di mana secara tidak langsung ianya dapat menjana pendapatan sampingan. Belajarlah daripada mereka yang telah berjaya. Cedok dan praktikkan ilmu mereka.

Jangan terlalu meletakkan sesuatu harapan yang tinggi yang mungkin tidak tercapai apabila mula berblog. Tidak semudah itu. Harus bermula dari bawah dan maju setapak demi setapak ke hadapan.

Bacalah dan pelajari dari blog-blog yang berjaya. Tengoklah entri-entri lama mereka, apa yang mereka buat, mungkin ada tips atau tutorial yang dikongsikan. Perhatikan perubahan yang dibuat dari dulu sehingga kini. Sudah tentu kita akan dapat kesimpulan dan cuba ubah cara kita berblog. Tidak semestinya harus ikut seratus peratus tetapi gaya dan teknik berblog itu yang perlu kita ambil untuk dijadikan panduan.

Sayangilah blog anda. Kerana daripada itu, anda boleh mengenali dunia luar. Komuniti blogger.  Dunia tanpa sempadan. Hidup akan lebih ceria kerana sentiasa ada pengikut blog di sisi yang menyokong anda.

sekadar pendapat... berhenti berblog bukan jalan penyelesaiannya...

Post a Comment

61 Comments

  1. sebelum sy berjaya meraih perhatian dan komen pembaca skrg, pnh gak dua kali gagal, tapi smngt datang lepas khwin dgn sokongan suami... dan niat dalam hati, ikhlas kan nak kongsi ilmu.. itu matlamat utama.. dan sematkan kat2 abg ben, tulis apa shja yg berfaedah, satu hari org akan cari dan baca, dan mmg betul kaat2 dia sbb kdg2 ada je entry lama sy org komen dan baca... Insha Allah selagi ada ilmu di dada, akan terus menulis di blog... berkongsi ilmu itu satu kepuasan bg saya dalam dunia blog... hihi.. sorry kak Mia, panjang lak komen..

    ReplyDelete
  2. dulu penah la ada terdetik nak berhenti blog tapi onie terus kuatkan semangat demi blog tersayang tu, alhamdulillah sekarang makin semangat nak berblog

    ReplyDelete
  3. Nice entry mia..harap-harap tak sampai ke tahap letih,bosan,fade up and akhirnya berhenti...

    ReplyDelete
  4. Macam saya, saya bermula dengan fanblog, mula2 memang susah juga nak dapat pengunjung setia, tp atas usaha yg tak jemu, saya punya pengikut tersendiri..sekarang ni saya target dengan personal blog pulak. mungkin sebab usia yang meningkat buat saya lebih suka berkongsi tentang cerita2 kehidupan.So far, saya belum ada rasa jemu dan tak terfikir nak berhenti berblog..cuma masa hadapan belum tahu lagi..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak mia.

    semangat tu penting. walau sukar nak cari idea, sekurang-kurangnya kita ambil idea seperti perkongsian ilmu (agama, tutorial, tips).

    insya-Allah saya takkan berhenti menulis blog.

    jom singgah ke platform baru (http://www.khairilmazri.com)

    ReplyDelete
  6. saya adalah newbie dalam dunia blog ini dan blog saya lebih menjurus kepada perniagaan antivirus kaspersky 2013. Masih mendapat SEO dan saya tidak akan berputus asa dalam meneruskan perniagaan online ini kerana saya yakin usaha yang kuat pada Allah balas dengan kejayaan. Jadi, kt perlu teruskan berusaha. Alhamdulillah, ramai yang telah menjadi pelanggan antivirus kaspersky saya. sememangnya kualiti dan originaliti adalah kekuatan saya..saya akan teruskan berusaha..(*__*)

    Promosi Kaspersky Murah 2013 Sempena Hari Ibu

    ReplyDelete
  7. tips yang berguna....
    pernah juga terhenti berblogging seketika.... memang faktor2 yg mia bg tu antara penyebabnya...
    tapi sekarang tak lagi....
    sebab dah tau apa sebenar nya tujuan ada blog ni...

    ReplyDelete
  8. paling penting berblog untuk diri sendiri..
    tp byk faktor yg menyebabkan org berhenti berblog
    mungkin ada urusan lebih penting... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn pendapat bro sop ni...mungkin terpaksa berenti sebab ada komitmen lain yg lebih penting...

      Delete
  9. salam pagi isnin kak mia.. aiza mula berblogging pada akhir tahun 2011.. lama aiza tenggelam timbul sebab terlalu menumpukan kepada kerjaya.. bermula februari 2013 yang lalu timbul rasa ingin mengaktifkan semula blog aiza.. seronok juga bertukar pendapat dengan blogger2 lain.. semoga aiza terus istiqamah.. :D

    ReplyDelete
  10. Tips terbaik...

    Antara faktor saya berblog ialah untuk menunjukkan produk saya kepada umum manakala satu lagi blog saya lebih kepada personal dan juga memaparkan hasil hobi fotografi saya

    ReplyDelete
  11. ye lah tuh kadang mood ber-blogging up dan down, kalau blogging dijadikan hobby pasti akan enjoy dan tak boring,entri yang bagus :D

    ReplyDelete
  12. Dulu pernah hampir berhenti disebabkan kekangan masa & keterbatasan idea.. Tapi alhamdulillah, setelah banyak membaca dan merujuk kepada blog2 blogger yang terkenal sekarang dah tau serba sedikit cara nak menulis di blog dengan lebih baik.. =)

    ReplyDelete
  13. pernah terfikir. hehehehe tp fikir penat lelah masa mula2 heheh

    ReplyDelete
  14. masa kdg2 buat xsempat nak berblog...

    ReplyDelete
  15. orang yang ada matlamat singkat je yg selalu putus asa awal..cth nya dia dpt tau yg melalui blog dpt jana pendapatan ribu2 mcm kak mia, abg ben, redmummy, dan yg lain tetapi bila dia berblog dlm setahun 2 x dpt pun mcm org2 ni..tp kita harus igt pengorbanan tu sgt penting kan..dan jadikan satu hobi adalah sangat best

    ReplyDelete
  16. Salam manis buat Mia :)

    Kak Ummi juga pernah mempunyai blog bukan seperti sekarang, dan pernah berhasrat untuk berhenti, masa mula-mula kak Ummi membuat blog dulu, hanya lebih kepada mencantikkan blog dan membina blog dalam versi Kak Ummi sendiri tanpa ada seorang pun follower...masa itu memang kak Umimi frust juga sorang-sorang di alam maya tanpa ilmu berblogging ni, tapi sekarang Kak Ummi dah tahu sedikit sebanyak tentang dunia blogging, macmana nak cari follower hinggalah sekarang atas konsep berpantun, kini kak Ummi risau juga kerana sebahagian dari rakan-rakan ada yang tidak berminat untuk berpantun namun kak Ummi tabik dan sangat menghargai all my darling followers...ecpecially Mia dear (orang yang pertama kak Umi cari dan follower kak Ummi yang pertama seorang blogger peramah dan terkenal dan rajin berblogwalking), dek kerana segmen blogwalking yang dianjurkan oleh Mia, kini kak Ummi berjaya mempunyai follower sendiri, dan sedikit demi sedikit makin bertambah. Diharap rakan semua usahlah serik untuk berpantun dalam mencari ilmu sambil berkongsi, thank you darling Mia...panjangnya kak Ummi tulis ni... :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya salah seorang follower Ummi. Walaupun jarang komen di blog Ummi (sebab kurang mahir mengarang pantun, hehe..) tapi suka baca pantun-pantun Ummi yang amat menarik dan menepati ciri-ciri pantun Melayu klasik..

      Delete
  17. berblog untuk suka2...takde orang nak komen pun takpelah....takde ramai follower...takde trafik mencanak2 macam orang lain pun takpe...sebab saya nak momenkan sesuatu untuk anak tersayang baca apa ibu dia tulis tentang dia.dan saya suka jalan2 baca blog orang sebagai silent reader...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nurul, Kak Ummi agree....kak Ummi pun silent reader...ingin jalan-jalan timba ilmu... :D

      Delete
  18. pernah rasa apa yg d nyatakan dlm entri sis mia ni...tp skrg sy aktif balik sebab suka2 jer..hihhihi..samada ada hasil atau tiada x dfikirkan sangat

    ReplyDelete
  19. Tak pernah terfikir nak berhenti berblog.. ;)

    ReplyDelete
  20. yeah... betul tu..tapi kadang2 tu tiada idea mahu tulis apa... heh.. nice entry, Miss Mia.. never give up... :)

    ReplyDelete
  21. blog akan lebih cantik sekiranya ada sokongan dari family dan bloggers semua.....

    ReplyDelete
  22. Masalah Internet slow..hehe...tapi tak mengurangkan semangat berblog walaupun biasa2 jee...

    ReplyDelete
  23. Seseorang yang berhenti sebagai blogger pasti mempunyai alasan tersendiri. Saya pun belum tahu sampai bila...semoga apa pun alasannya diharap dapat meneruskan berblog walaupun tidak sekerap selalu...
    Tetap hormati apa jua pandangan...

    ReplyDelete
  24. menulis blog ni perlukan minat..:)
    sy dah 3 tahun setengah blogging n i love blogging! hehe

    ReplyDelete
  25. nice entry kak... blog ni memerlukan banyak kesabaran dan kita x boleh putus asa...apa yang penting kita ikhlas dalam berblog dan berblog secara sihat... ^_^

    ReplyDelete
  26. Erm lisa baru je berblogging baru masuk 2bln lbh..hee..harap2 dapat mengekalkan status blogger..hehe..thanks akak share info ..

    *Mula2 tgk tajuk ingat akak nk quit blogging..hee

    ReplyDelete
  27. yeahhh... suka sgt entry ni..

    sy suka berblog.. dan skrg dh ada ramai kawan2 blogger ;)

    ReplyDelete
  28. apa pn berhntung pada niat..
    jika jelas matlamat n matlamat itu relevan pastu kene dgn usaha in shaa Allah bleh berjaya n bertahan lama..

    ReplyDelete
  29. saye bebeblog awalnya hanya sekadar hobi... kini dah macam keperluan pulak.. kadang-2 rase semacam je bile sehari x update blog..

    ReplyDelete
  30. salam kak mia..memang kena dengan situasi saya sekarang ni kak mai..huhu..dulu semangat untuk berblog sentiasa ada, tapi sejak parents xbagi sokongan untuk aktif dalam dunia blog ni, saya rasa xbersemangat terus..still berblog tapi tak macam dulu..sedih sangat..huhu..tp selepas baca entry kak mia ni, terasa semangat untuk berblog tu muncul kembali :') thx kak mia for dis lovely entry...

    ReplyDelete
  31. betul betul saya pon hampir setahun tinggal kan dunia blog sebab bz dan demotivate tapi tetiba rasa nak buka blog bila buka ada plak seorang pembaca meninggal komen dan bertanya resepi... huhu start hari tu terus semangat berblog tapi dah bertukar sedikit penyampaian dan isi kandungan blog :)

    supaya pengunjung yang datang dapat sesuatu dari blog saya

    hihi

    ReplyDelete
  32. Alamak... macma terkene kat muke awok le pulak.... berhenti tak bermaksud tinggei terus..... ada.... tapi kebizian melampo...... memakse blog kene tinggei lameeeee

    ReplyDelete
  33. pernah jugak remy terfikir........sebab masa kekadang cukup terhad......

    ReplyDelete
  34. exactly what i have in mind! penah nak stop blogging, blog bersawang pastu muncul balik. pastu buat balik perangai malas update etc.

    ReplyDelete
  35. sayang blog saya..hehe dulu pernah delete blog & rasa nk stop berblogging tapi takleh. buka blog baru gak dan start dari mula. yang penting jgn putus asa. sabar & berusaha. :)

    ReplyDelete
  36. mcm yati blogging hanya suka2... suke nak tulis apa-apa je psl diri dan apa jua yang bley dikongsikan....

    ReplyDelete
  37. Pernah juga rasa down dan nak berhenti menulis blog tapi tetap menaip walaupun kadang netry entah apa-apa. Yang penting boleh dijadikan kenangan untuk masa akan datang :)

    ReplyDelete
  38. samalah kak, ain dulu byk buat blog, then tutup. alhamdulillah now dah tetap. hihi

    ReplyDelete
  39. dah setahun lebih sy aktif berblog, sayang lak rasanya kalo sy stop blogging.

    ReplyDelete
  40. hee. Lissa pernah brhenti berblog dulu.. tapi ni gigihkan balik aktifkan diri. ^^

    ReplyDelete
  41. perasaan ni ada setiap pada seorang blogger bila apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.. usaha dan belajar tulah kunci nak berjaya :)

    ReplyDelete
  42. Bagus entri Mia ni..
    Bak kata Farah, kena ikhlas dan jangan berputus asa. Kadang-kadang akak terlalu sibuk hingga tak punya masa utk menulis di blog. Namun tetap jenguk blog rakan-rakan utk baca coretan mereka, termasuklah blog Mia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kadang2 tak sempat pun nak jenguk blog sendiri tau kak. hehehe,

      Delete
  43. hmmm...sy belum sampai setahun lg berblog....nanti dah lama tak tau la mungkin akan terdetik jugak dalam hati utk berhenti kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, jangan nak ngada2 berhenti berblog pulak Timi. U r very good dlm dunia blogging ni. Salute sama lu Timi! :)

      Delete
  44. nice entri, mmg btol pon kalau dh busy x dpt nk buka blog mulalah prasaan bosan timbul n biar je blog dpenuhi sarang..^_^

    ReplyDelete
  45. niat saya nk berhenti berblog tu dtg nya dr banyak sebab. Memang banyak faktor tau kak mia walau hakikanya jiwa saya semuanya melalui penulisan. Masa yg terhad, kawan2, komuniti, xde ilmu, komitmen lain yg lebih penting, org sekeliling.. tapi alhamdulillah berkat semangat dan kekuatan dr teman2 blogger, saya masih di sini..
    thanks kak mia, entri ni membakar semangat saya..

    ReplyDelete
  46. TERTARIK DGN ENTRI NI KAK..mv MMG KURANG BERBLOG SKG KERANA MORNING SICKNESS TAPI UNTUK BERHENTI BERBLOG MUNGKIN TIDAK...

    ReplyDelete
  47. selalu jugak terdetik nak berhenti berblog.. tapi bila fikir balik, mungkin ini adalah salah satu cabaran dalam dunia blog, terus sahut balik.. kalau berblogging kena pada gayanya, pendapatan masuk, bertambah koleksi sahabat, banyak ilmu yang diperoleh.. yang penting masa hari pertama kita daftarkan blog tu, kita kena fikir masak-masak, apa tujuan sebenar kita berblogging..

    ReplyDelete
  48. Salam kak mia..tetiba je hrni tringin jgk nk komen..wlaupun dh lama follow as a silent reader..xplak trasa nk tinggalkn jejak. :-) nuyun start brblog tahun 08 rasanya.tp jrg sgt blogwalkng n komen2 ni.sbb blog khas untk biz je..Jd xpk sgtla nk stop brblog ke apa..bila bc n3 akak ni..memg trtarik sgt..bguslah untk perkongsian minda ;-)
    http://jutawanshaklee.com

    ReplyDelete