Anak Mak Dara Disahkan Kena Demam Kencing Tikus

Terkejutnya Mia pagi ini, bila tengok blog Mak Dara di SINI, anak terunanya Adza Haiqal (Eqal) yang dikatakan demam denggi sebenarnya telah disahkan kena demam kencing tikus semalam dan dimasukkan ke Hospital Ampang. Risaunya Mia, tempohari masa Mia berada di Kuala Lumpur keadaan Eqal tidaklah begitu membimbangkan.


Semoga Mak Dara sekeluarga tabah mengharungi dugaan ini. Mari kita sama-sama doakan agar Eqal cepat-cepat sembuh... Mia sentiasa doakan dari sini...

Doa Penawar Segala Penyakit - Surah Al-Mu'minun Ayat 115 -118



Al-Hakim, Abu ya’la, Ibn abi Hatim, Ibn sunni dan al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa beliau telah membacakan ayat-ayat ini ke telinga seorang pesakit, lalu sembuhlah dia. Nabi s.a.w. telah bertanya kepadanya: “Apakah yang dibacanya itu?” Beliau menjawab: “ayat-ayat terakhir daripada surah al-Mu’minun.” Nabi bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada pada tangan-Nya, jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung nescaya akan pecah gunung itu.” (ad-Durrul Manthur, tafsir ayat 115-118, surah al-Mu’minun) *Sumber : SINI

tolong doakan Eqal ya...

Post a Comment

30 Comments

  1. ooo.. patut la status mak dara hospital jer.. sebab nie rupanya... semoga anak beliau kembali sihat. insyallah

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh.wan ingtkn demam denggi juga awalnya

    ReplyDelete
  3. tu la...smlm baca kat FB MD...terkejut jugak...ingatkan demam denggi...jadi lain pulak...semoga cepat sembuh...insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Betapa hati Irdawati pastinya tak senang. Moga eqal segera sembuh. Kakak pun doakan sama..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah yer ker...semoga cepat sembuh!!

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh..insyaallah dengan izinNya...

    ReplyDelete
  7. semoga anak mak dara cepat sembuhnya
    Amin

    ReplyDelete
  8. Semoga eqal cepat sembuh..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum mia...semoga Eqal segera sembuh yer...:(

    ReplyDelete
  10. Baru tahu tentang hal anak Mak Dara selepas berkunjung ke sini.

    ReplyDelete
  11. semoga anak MD cepat sembuh.......

    ReplyDelete
  12. cepat2 baik ye. harap2 nya xde pape lah. bahaya virus kencing tikus ni

    ReplyDelete