Kehidupan suami isteri akan lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata / anak / zuriat sebagai pelengkap kehidupan berumahtangga. Ini Mia akui sendiri selepas Sofea hadir di kala usia perkahwinan kami hampir menjangkau 3 tahun dan betapa perasaan itu sungguh sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Ketika itu, Mia sedang belajar pengajian jarak jauh di Open University Malaysia (OUM). Syukur, alhamdulillah.
Namun begitu ada juga pasangan yang sukar untuk mendapatkan zuriat dan dinasihati agar berusaha dan berdoa. Tidak lupa juga membuat pemeriksaan dengan doktor pakar.
Di sini, Mia kongsikan amalan untuk mendapatkan zuriat...
Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
• Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa
Amalan kedua.
• Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
• Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
• Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
• Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya
Sumber : SINI
semoga berjaya....
44 Comments
terima kasih kak. saya akan amalkaan :)
ReplyDeletesama2 dear... ;)
Deleteterima kasih kak mia ... masih berusaha. kdng2 org sekeliling yg buat pasangan yg belum dikurniakan zuriat stress *-*
ReplyDeletesama2 yana... jangan stres2 ya..
DeleteBetul Yana, jangan stres. Biarlah apa orang nak kata, yang penting sentiasa ingat bahawa ada hikmah mengapa Allah belum kurniakan zuriat.
Delete(^_^) tq ya kak salmi...
DeleteNicee
ReplyDeletethanks ya zam..
DeleteInfo yg menarik... :-)
ReplyDeleteterima kasih eraz...
Deleteinfo yg bermanfaat.. insha Allah akn diamalkn...
ReplyDeletethanks maria ;)
Deletememang ini antara yang saya dan betterhalf cuba pun kak masa kami cuba nak dapatkan zuriat yang 8 minggu sekarang ni dalam perut... Alhamdulillah, usaha kami berhasil...
ReplyDeletewaaah bagusnya.... tahniah ya farah... take care...
Deleteterima kasih kongsi...insyaAllah saya akan cuba amalkan..
ReplyDeletesama2 ya fara..
Deleteterima kasih.. info yang berguna.. ^^
ReplyDeletesama2 ya liza..
Deleteda lebih dua tahun kawen..masih lom ade rezeki..insyallah..thanks la kak mia..nice sharing
ReplyDeletesama2 ya... insyaAllah akan dimakbulkan nanti... kak mia doakan ya...
DeleteUsha dan doa kena ada kemudian tawakkal moga mereka yg berkeinginan akan tercapai apa yg dihajati..
ReplyDeleteamin... terima kasih kak zakie...
Deleteassalamualaikum saya pun masih berusaha. insyallah, akan jadikan amalan kami. thanks kak mia
ReplyDeletewaalaikumussalam... all the best ya sheila...
DeleteNice sharing :D
ReplyDeleteassalamualaikum mia...perkongsian yg baik ni...
ReplyDeleteTerima kasih Mia atas perkongsian ni.. Memang mengharap sangat nak miliki cahayamata sendiri.. Dah 2 tahun lebih perkahwinan kami, tapi masih belum ada rezeki nak timang cahayamata sendiri.. Insha Allah, akan diamalkan.. =)
ReplyDeletesama2 ya rosmiza... good luck ya...
Deletetq sharing.. yeah, skrg alycia sdg usaha nk tambah lg sorg.. yg 1st tu pun dah besar dh, dah 4 taun..
ReplyDeletesama2 alycia... ooo sebayalah dengan sofea... memang pun mia tengah berusaha nak tambah ni... ;)
Deletenice share kak
ReplyDeletetq ya MV...
Deletedone bookmark this page :)
ReplyDeletethanks ya faezah...
DeleteMungkin ada rezekikan ...manalah tahu....
ReplyDeletetu la hainom... tengah berusaha. kadang2 jeles juga tengok orang yang ramai anak... huhuhu
Deleteterima kasih atas doa ini :)
ReplyDeletesama2 ya.. ;)
DeleteinsyaAllah... kita berusaha dan berdoa.......
ReplyDeletethanks ya remy..
Deletemasa utk saya mungkin jauh lagi. tp insyaallah akan amalkan nanti, moga mereka berjaya dpt zuriat
ReplyDeleteooo takpe baby..
DeleteRamai jugak kawan2 iha yg masih belum ada rezeki dapatkan zuriat.. nanti nak bagi diorang baca entri ni.. perkongsian yg baik kak Mia, terima kasih.. :)
ReplyDeletesama2 ya iha..
Delete