Tayar Pancit Buat Kali Keempat

Sebelum waktu tengahari tadi, ada rakan sepejabat beritahu tayar belakang kereta Mia sebelah kiri telah pancit habis. Aduh... terus risau dan pergi tengok kat kereta. Betul-betul kempis.

Terus minta bantuan rakan sepejabat lelaki untuk buka tayar dan pasang tayar spare. Mula-mula memang ketat nak buka skru. Macam-macam cara dicubanya dan akhirnya boleh dibuka dan pasang tayar spare buat sementara waktu. Cuaca agak panas masa itu.

Rupanya ada besi kecil telah menusuk ke dalam tayar. Mia tidak perasan. Pagi tadi elok sahaja masa pergi kerja.

Ini adalah kali keempat tayar pancit sejak Mia menggunakan kereta ini. Sayangnya... baru sahaja tukar tayar baru beberapa bulan lepas. Kisah tayar pancit sebelum ini, kali kedua dan kali ketiga.









Masalah selesai apabila pergi ke kedai kereta yang berdekatan dengan pejabat. Besi yang melekat terus dicabut dan lubangnya ditampal. Tayar spare dibuka dan disimpan. Tayar tadi dipasang semula. Alhamdulillah.... leganya..


Nasib baik ada rakan-rakan sepejabat. Kalau Mia seorang memang tidak boleh buka tayar itu. Terima kasih ya...

mood hari ini sedikit terganggu...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Post a Comment

50 Comments

  1. dah ok.. kena tampal tu rm5 je kan.. murah pun dah boleh pakai lagi tayar tu.. sib baik besi tu kecil.. kalau besar susah nak tampal.. rakan sepejabat baik hati ye.. boleh tukarkan tayar..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia..nasib baik ada rakan2 opis yang baik sanggup menolong...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... tu la. nasib pancit kat ofis. kalau kat luar, tak tahulah nak cakap camne...

      Delete
  3. nsb baik ada kwn2 yg tlg..huhu nk bt cmna..atas jln ni mmg mcm2 ada..nasib la la terkena..sabar akak..:)

    ReplyDelete
  4. Nasib baik ada rakan sepejabat yang sudi menolong ;)

    ReplyDelete
  5. Nasib kita sama la LM.. MQ pun baru tukar tayar tadi.. 2 bijik pulak tu kt blkg... katenye gelembung dalam.. ye la tu cina nak kencing MQ kot..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... banyak jugak yang kena keluar tu.. sabar ya..

      Delete
  6. pancit? adalah perkara biasa. ada yg nasib baik x akan kena..
    tips: elak lalu kawasan yg jarang orang guna, jalan kurang lalu seperti lorong, tepi jalan dan sebagainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sop... dah nak kena. takde pula lalu kawasan yang sop cakap tu. setiap hari lalu jalan yang sama pergi balik kerja... huhuhu

      Delete
  7. sy pun sllu kene tayar kete n motor pancit tepi jalan sorang2.... huhuhuh kene yakin nak tukar tayar tuh walaupun tau betapa penatnye nak bukak tayar tuh semua...dugaan dugaan...huhuhuh

    ReplyDelete
  8. salam sis
    Sib baik ada yg sudi bantu.
    Maaf sis lama ta tak masuk sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam tirana.... terima kasih ya sudi singgah sini tirana..

      Delete
  9. nasib baik ada kengkawan lelaki...akak kalau keter kancil boleh buka sendiri kalau keter besar nie, kena hantar kedai ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii terror juga kak sukma.. mia langsung tak reti ni..

      Delete
  10. banyak kali puncit,mungkin jln yg dilalui tiap hari banyak paku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga kot... memang kali ke 4 tapi ni kali pertama untuk 2013..

      Delete
  11. lega dah kak mia, tu lah. bab-bab ni memang tak boleh nak cakap kak. nasiblah jadi masa akak park kereta. kalau masa tgh driving lagi lah payah kan. apa-apa pun take care, hati2 ye kak mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ya baby... kalau tengah driving, boleh panik dibuatnya...

      Delete
  12. Nasib ada kengkawan kan kak mia....
    Takpe la, dugaan tu.....

    ReplyDelete
  13. untung ada kwn2 leh tlong kan

    jemput join contest
    http://izyanty.blogspot.com/2013/04/giveaway-contest-izyanty-collection-2013.html

    ReplyDelete
  14. Nasib baik ada yang sudi membantu kak Mia. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  15. lepas nie kena hati2 ler kak mia......

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang hati2 remy... cuma lepas ni akan lebih berhati2 lagi...

      Delete
  16. 4 KALI..DAH BANYAK SANGAT TUE KAK..KENA PAKU KER TUE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang dengan yang seangkatan dengannya.. mv..

      Delete
  17. Ini bukan keje org pompuan hehe..Dah belanja mereka minum ke belum Mia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. blum lagi hehehe... thanks ya hainom. tolong ingatkan mia...

      Delete
  18. dugaan kak mia..xpe dah selesai dah pn :)

    ReplyDelete