Lawat Kak Aida Di Regency Specialist Hospital

Alhamdulillah syukurnya. Kak Aida telah pun selamat menjalani pembedahan di Regency Specialist Hospital, Bandar Seri Alam, Masai semalam. Mia risau juga semalam tapi malam tadi lega bila dapat mesej WeChat dari Kak Aida selepas dia sedar. 

Petang tadi kami melawat Kak Aida. Kehadiran kami, Haji Mus (bos Kak Aida), Kak Mazni, Assalinda, Dayah dan Mia disambut mesra oleh Kak Aida dan Suami Kak Aida. Namun, riak wajah Kak Aida masih lagi belum ceria. Tapi tetap senyum... Kuat betul semangat Kak Aida. Mia kagum sangat dengan dia ni.

Sayang sangat Kak Aida. Baik orangnya. Cepat-cepat sembuh ya.. nanti boleh kita keluar makan sama macam dulu. Kak Aida akan bercuti lama selepas ini. Rehat betul-betul ya... Will be missing you soon...



doakan Kak Aida ya....

Post a Comment

46 Comments

  1. Semoga kak aida, cepat sembuh. ^____^

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, dah selamat. :D moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. Semoga pulih dan bertenaga seperti selalu :)

    ReplyDelete
  4. Kirim salam pada Kak Aida (walaupun saya tak kenal siapa dia). Moga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh dari pembedahan. Mungkin ini adalah ujian dari Allah supaya kita lebih bersyukur dan bertaqwa kepadanya.

    ReplyDelete
  5. Moga kawan Mia cepat sembuh yeh...alahai...hilang sementara geng makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ya hainom... sekarang makan berdua dengah dayah.... huhuhu

      Delete
  6. T.kasih kpd semua yg mdoakan akak...sayang u all semua sayang Mia....akak alhamdulilah sihat dan boleh spt biasa,cuma pgerakkan agk slow maklumlah sakit operate msh trasa...tp akk dh boleh kemas rumah, masak, drive lg tau...mana reti duk diam, tp ubatan,suplement disiplin harus amik tepat pd masa....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya kak aida... take care ya. miss u so much...

      Delete
  7. moga cepat sembuh ya kak aida :)
    shida iringi doa buat akak :)

    ReplyDelete
  8. Moga cepat sembuh.
    Sama-sama kita doakan..

    ReplyDelete