Protege Hampir Selesai Dididik


Protege Hampir Selesai Dididik

Dah nak hampir sebulan Mia mendidik Protege Mia.  Mia nampak potensinya agak cerah jika dibentuk dengan betul. Teringat lagi masa mula-mula dahulu, masa Protege baru mendapat didikan. Tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Boleh atau pun tidak? Mia cuma kata kalau usaha pasti akan boleh. Kalau tidak bersungguh-sungguh tentu tidak akan sampai ke tahap yang sekarang ini, ranking Alexa Global 150,000 dan Malaysia 650.

Selepas tamat pengajian jarak jauh di OUM tahun lepas, Mia teringin nak naikkan ranking dan prestasi blog ini. Mia banyak membaca dan belajar sendiri daripada artikel-artikel ilmiah dan cuba aplikasikannya ke dalam blog ini. Ternyata berhasil. Ilmu itu juga Mia telah curahkan kepada Protege. Walaupun tidaklah sehebat mana namun ilmu itu sedikit sebanyak membantu protege berblog. Banyak teguran telah dibuat dan Protege menjadikannya sebagai batu loncatan untuk berjaya. Ekperimen menjadi mentor, Mia rasa hampir berjaya bila setiap hari prestasi blog Protege mencapai tahap yang Mia harapkan. Syabas diucapkan.

Protege telah berjaya melaksanakan assignment-assignment dalam Stage 1 dan Stage 2 dengan jayanya. Sekarang Protege berada di Stage 3, fasa terakhir didikan. Agak sukar sedikit dan memerlukan masa dan kekuatan mental untuk menyiapkannya. Kalau rajin dan ada masa memang akan siap dengan cepat. Diakui Protege juga agak sibuk dengan kerjayanya walaupun telah berkeluarga. Pengurusan masa yang cekap amat penting di Stage 3 ini.

Sepanjang tempoh ini, hubungan Mia dan Protege hanya melalui online. Kami belum pernah berjumpa pun dan hanya kenal melalui segmen suatu ketika dulu. Sejak mula kenal, Mia sentiasa baca entri-entrinya sehingga Protege mempunyai domain sendiri. Mia yakin dengan kebolehan yang ada pada dirinya, potensi dan kerajinannya telah memikat hati Mia untuk mengambilnya sebagai Protege Mia pada tahun ini.

Selepas selesai didikan Mia kepada Protege lagi seminggu dua ini, Mia ingin berehat dahulu dan nak tengok Protege Mia boleh atau tidak untuk berada di bawah ranking Alexa Global 100,000 dan Malaysia di bawah 500. Bulan Mac ini adalah bulan analisis dan pemerhatian untuk prestasi blog Protege. Semoga Protege dapat melaksanakan aktiviti harian, mingguan dan bulanan dengan berterusan. Ilmu yang dicurahkan jangan disia-siakan. Gunakan dengan bijaksana.

Terima kasih kerana sudi menjadi Protege Mia... keep in touch always..

sebak rasa hati ini.... tidak sangka sekejapnya masa berlalu... 

Post a Comment

46 Comments

  1. Replies
    1. ya paly... agar lebih mesra dan menyambung legasi mia...

      Delete
  2. Bagusnya, Semoga ilmu berguna yang Mia curahkan akan sentiasa membawa kebaikan kepada protege dan menyemarakkan lagi dunia blogging :)

    Sangat berbangga dengan usaha murni Mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya taliff... terasa terharunya mia...

      Delete
  3. Salam,
    Jikalau sudi buatlah satu tutorial umum kaedah untuk menjadi blogger berjaya seperti mana yg di di ajar kpd protege berdasarkan pengalaman. Dapat juga kami berkongsi ilmu. (jikalau sudi le).
    Semoga ilmu yg ada dapat di curahkan kpd ramai orang dan menjadi amal jariah yg berterusan, insyaalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... tutorial umum tu.. rasanya banyak yang dah mia cerita di entri2 sebelum. cuma yang khusus tu, kena belajar direct dari mia, jadi protege mia.. terima kasih ya..

      Delete
  4. nak jadi protege jugak lah...

    tunjuk ajar ku sifu..

    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena belek2 dulu blog nory. ada syarat2nya di entri sebelum ni.

      Delete
  5. Hehe..rasa macam tahu je siapa protage kak mia. Tahniah kak mia. Usaha kak mia membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  6. wah..beznye jadi sifu di alam maya..moga kak mia sentiasa sukses di masa hdpn

    ReplyDelete
  7. Waaaa kak mia.... Nk jd protege gak ni.

    ReplyDelete
  8. wahh..boleh la share dgn kami disini ^_^

    ReplyDelete
  9. Bestnyaaa.. ^_^ Kagum dengan kak Mia :D

    ReplyDelete
  10. hebat la protege tu...sekejap je dah naik ranking dia...lepas tamat sesi protege pertama ni diharap Pn. Mia boleh ambek intake baru pulak....tapi sy nak apply tak layak la tak lepas syarat2nya...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... usaha protege sendiri. kak mia cuba guide dia sahaja. intake baru? belum lagi...

      Delete
  11. Mia memang tak lokek ilmu.. Mia banyak mengajar akk dlm dunia blogging ni.. ur the best!!

    ReplyDelete
  12. Satu perkongsian ilmu yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum mia...wah teringin juga ni hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama.... blog mama pun ada potensi mia tengok..

      Delete
  14. Tahniah ye Mia!
    Moga usaha murni Mia akan membuahkan hasil yang membanggakan.

    ReplyDelete
  15. wahhh.sapa protege kak mia tu..teringin nak berkenalan lak :)

    ReplyDelete
  16. kak mia tahniah jd mentor yg tbaik untuk protege..btuah rasa siapa yg ddidik oleh kak mia ni tau..:)

    ReplyDelete
  17. wlapun melaui on9 kite leh belja..terbaik la kak

    ReplyDelete
  18. tahniah..kak..bestnya siapa yg jadi protede tue

    ReplyDelete