OZ THE GREAT AND POWERFUL | REVIEW FILEM
Malam minggu yang lepas, Sabtu 9 Mac 2013, Mia pergi dating dengan Suami Mia tengok wayang filem Oz The Great And Powerful jam 10.35 malam di MBO Cinemas UMall Skudai. Kali terakhir tengok wayang filem Libas di TGV Cinema Jusco Tebrau. Sememangnya filem Oz The Great And Powerful ini amat menepati citarasa Mia yang begitu menggemarkan fantasi, imaginasi dan perkara ajaib (magic). Seperti Alice in Wonderland dan Neverending Story. Ternyata Mia ini suka berangan apatah lagi kalau filem itu ada unsur grafik dan animasi. Lebih-lebih lagi kalau ada teknologi 3 dimensi (3D). Mia betul-betul kagum dengan kaedah sinematografi yang dihasilkan.
Filem Disney ini diarahkan oleh Sam Raimi, banyak memberikan kelainan dan nafas baru dalam industri filem fantasi. Tiba-tiba syok sendiri pula Mia. Banyak mesej berguna yang disampaikan sama ada dalam bentuk tersurat mahupun tersirat.
Kisah ini semuanya tentang Oz panggilan Oscar Diggs lakonan James Franco yang memainkan watak utama dalam filem ini. Seorang ahli silap mata Kansas yang kacak dan bergaya tetapi suka menipu, pentingkan diri sendiri dan kaki perempuan. Yang bestnya semua perempuan yang dijumpainya akan dipikat dengan music box dengan ayat-ayat memikat pun sama. Betul-betul lawak yang bersahaja.
Sesuatu telah berlaku ketika dikejar dan Oz berjaya melarikan diri dengan belon udara panas. Kemudian disedut ke dalam puting beliung. Semasa itulah dia termasuk ke alam lain, dunia fantasi Land of Oz. Pengembaraan fantasi dan imaginasi telah bermula dan Mia terasa begitu teruja nak tengok apa yang akan berlaku seterusnya.
Di sini, Oz berjumpa dengan 3 orang ahli sihir perempuan yang jelita, Theodora (Mila Kunis), Evanora (Rachel Weisz) dan Glinda (Michelle Williams). Mengikut ramalan mereka Oz adalah ahli sihir lelaki yang hebat padahal sebenarnya tidak. Risau pula Mia bagaimana caranya Oz nak bantu selamatkan Land of Oz dari Evanora dan Theodora, ahli sihir yang jahat. Pada mulanya, Theodora seorang yang baik tetapi telah bertukar menjadi jahat selepas makan epal hijau yang telah disihir oleh oleh kakaknya, Evanora. Kesiannya...
Oz mempunyai pembantu peribadi, seekor monyet terbang bernama Finley. Memang cute dan suka dengan gaya lakonan Finley. Oz harus menyelamatkan Land of Oz serta rakyat jelatanya. Dalam pada itu, dia telah mendapat idea yang bernas untuk membantu Glinda. Kepakaran ahli silapnya disertakan dengan ilusi, kepintaran, tipu muslihat, daya kreatif dan sedikit ilmu sihir telah mengubah dirinya menjadi Wizard of Oz yang berkuasa. Dia menggunakan ciptaan teknologi beberapa para saintis terkemuka pada masa itu. Akhirnya, Evanora dan Thedora dapat ditumpaskan. Oz terus berubah menjadi seorang lelaki yang baik.
Pada pandangan Mia memang best filem ini, sebab seolah-olah kita berada di dalam kemelut Land of Oz. Bagaimana kerjasama daripada semua rakyat jelata yang terdiri daripada 3 puak yang lemah dapat membuahkan hasil. Banyak unsur-unsur positif yang diterapkan. Sekiranya ingin berjaya, segalanya tidak mustahil asalkan mempunyai kecekalan, dapat menangkis halangan dan berusaha untuk mendapatkannya.
tiket wayang berharga RM 12.00 seorang
Mia terlalu suka dengan filem ini sehingga panjang berjela buat review tentang filem Oz The Great And Powerful. Sesuai ditonton untuk seisi keluarga. Kepada sesiapa yang meminati filem fantasi dan magika, bolehlah cuba tengok wayang ya... anda tentu akan berpuashati.
syok sendiri.... mood berangan...
55 Comments
wahhh.. cam best je citer ni.. sampai berangan-angan dibuatnye.. hehe
ReplyDeleteharus lah hasri... supaya kak mia dapat menjiwai dan menghayati filem ini sepenuhnya... hehehe
Deleteslm pagi sis mia!owh sy mmg dh plan nk layan movie ni hjg mgu nnt.ank2 mmg dh ajk smlm,tp sy tgu diorg hbs exam awl thn ni dulu.
ReplyDeletemmg suka sgt filem animasi ,magic2 ni sbb ada unsur pengajaran utk ank2,blh bg otak mereka bfikir scra kreatif..jrg dh layan filem mlyu sbb byk sgt gaduh2,cintan-cintun dan seram ntah apa2 huhu.mmg tertunggu2 kalau ada lg produksi yg buat filem animasi mcm upin ipin,seafood :)
ooo bagus tu... tentu anak2 sis alea suka.. ;) have a great time there...
Deletewahh , macam best je . aina nak pergi tengok laa :)
ReplyDeletejomm aina...
DeleteKita kalau cerita ala-ala disney suka la. Hehe.. Tp kau cerita yg fiksyen yg merepek2 mmg xminat.. Nak tengok jgk nanti la kak mia. Kekeke
ReplyDeleteooo cam tu.. takpe aini... ;) senang2 tengoklah nanti..
DeleteEh-eh, Aima la kak mia. bukan aini tau.. kehkehkeh =)
Deletealah... tersilap lah baby... maaf ya tak sengaja... huhu
Deletebestnya nak tgk gak
ReplyDeletememang best zakiah...
Deletehaaaaa,cite ni la onie tunggu :D
ReplyDeletecepat2 tengok onie...
Deleteuni pon suka cter cm2...xsabar nk tgk!! :D
ReplyDeletesilakan uni... confirm puas hati..
Deletetak pernah pon tgk citer kt pawagan...haha
ReplyDeletetakpe normi... boleh tengok kat rumah tapi kena tunggu dvd nya kuar la ya...
Deleteselam kak mia. sy nk tnya. apa makna Blockquote?
ReplyDeletewaalaikumussalam nasuha... blockquote tu macam kotak untuk highlight sesuatu perkataan atau perenggan. cara-cara nak buatnya, banyak blogger lain dah buat entri. kak mia tak sempat nak buat tutorial yang ini. mungkin boleh rujuk kat sini,
Deletehttp://blurrr4evablurr.blogspot.com/2011/07/tutorial-blockquotes-macam-saya.html
http://www.hanalovenest.com/2010/11/tutorial-cara-nak-buat-blockquotes.html
Cam best je cerita ni
ReplyDeletememang best fahmi..
DeleteAlamak macam best je ek..Hubby ada cakap jugak nak nengok movie ni..
ReplyDeletepergilah dating dengan hubby.. memang syokk..
Deletebunyi mcm bez je
ReplyDeletememang best.... tengoklah nanti ya..
DeleteBestlah cerita ini , menghiburkan boleh ditonton seisi keluarga.
ReplyDeleteyupp betul tu..
Deletewahhh sangat menariks tertariks nak jugaklah pegi tengok nnt hehe
ReplyDeleteboleh kak... memang sesuai dengan akak dan anak2 akak...
Deletetak penah msuk wayang lg, hehehe
ReplyDeleteala.. kesiannya paly...
DeleteSalam,
ReplyDeletePetang Sabtu tu tgok cite ni. Wife le yg beria-ia sgt. Menarik dan best juge la...ala2 Alice in the Wonderland. CGI mengagumkan!
waalaikumussalam.... ooo dah tengok juga. memang best giler kan... suka betul mia..
Deleteassalamualaikum mia....wah baca n3 ni jer dah menarik lagilah terasa mcm nak pi tengok je...:P
ReplyDeletewaalaikumussalam mama... boleh tu pi tengok.. dekat je...
DeleteDah lama tak tgk wayang. Baca review drp Mia ni rasa nak je pi tengok..
ReplyDeletetakpe kak salmi.. boleh tengok bila senang2 nanti..
DeleteMesti best ni ^_^ hehe
ReplyDeletehaah ... harus lah best... sally..
Deletebest,,dah lama tak ke panggung
ReplyDeletebawalah anak2 mv... mesti seronok diorang..
Deletewahhh!! best nie.. kna tgok!
ReplyDeletejemput tengok ya cikgu.. hehehehe
Deletebanyak dah orang cakap cerita ni best. tapi tak ada masa terluang lagi untuk menonton.
ReplyDeletetakpe iji..
DeleteBaca review kak mia pun dah best..Mesti kena tengok ni.
ReplyDeletecubalah tengok ya aini..
DeleteJarang tengok cerita omputih.... tengok kat TV je Mia ..itupun tah tahun bila punya cerita haha
ReplyDeleteooo takpe hainom.. tak mo sedih2 ya...
Deletepergilah PG.. tak rugi pun..
ReplyDeletelisa dah pergi tengok dah dengan kawan, best , hehe
ReplyDeleteoo bagus kan lisa..
Deletebiasa benda yg menarik kite review mmg mcm tu kak :)
ReplyDeletehaah kan shida.. macam syok sendiri pun ada... hehehe
Delete