1 MILLION WOMEN PURPLE WALK


1 MILLION WOMEN PURPLE WALK

Petang semalam, Mia terima surat arahan yang Mia ini salah seorang daripada 90 rakan sekerja yang dilantik untuk menjadi AJK di peringkat jabatan Mia untuk MAJLIS PELANCARAN 1 MALAYSIA KOMUNITI PERWANI & 1 MILLION WOMEN PURPLE WALK 2013 yang akan diadakan pada hari Ahad, 17 Mac 2013. Agensi dan Jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia diwajibkan terlibat untuk majlis ini.

klik pada gambar untuk besarkan

Nama Mia dah naik haruslah pergi walaupun hati berat sebab kena pergi pada hari esok, 16 Mac 2013 ke Kuala Lumpur. Mulalah sibuk memikir baju t-shirt dan tudung warna purple. Lega, nasib baik ada. Sebagai AJK, kami dikehendaki menjadi petugas makanan untuk khemah VIP sempena Program 1 Million Women Purple Walk  di Dataran Putrajaya di mana program ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Setakat yang diarahkan, Mia akan jadi petugas, tapi tidak tahulah bila dah sampai sana kot-kot bertukar jadi peserta. Seronok juga dapat "walk" beramai-ramai. Rasa akan lebih meriah gitu...

Aturcara Majlis / Program

6.20 pagi
- Berkumpul di Wisma Tani Putrajaya untuk solat subuh dan sarapan.

6.30 pagi
- Petugas akan bergerak ke khemah VIP untuk memulakan tugas.

7.00 pagi
- Peserta bergerak ke checkpoint yang akan ditentukan untuk permulaan program walk

8.00 pagi
- Peserta 1 Million Women Purple Walk berkumpul

8.30 pagi
- Senamrobik

8.50 pagi
- Ketibaan dif-dif kehormat

9.00 pagi
- Flag off peserta 1 Million Women Purple Walk oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

9.20 pagi
- Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YABhg Puan Sri Datin Hajah Noorainee Haji Abdul Rahman

9.30 pagi
- Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor

9.40 pagi
- Peserta tiba di Garisan Penamat Pentas Utama
- Nyanyian lagu Negaraku & Nyanyian Lagu 1 Malaysia
- Bacaan doa

9.50 pagi
- Ucapan Pelancaran 1 Malaysia Komuniti PERWANI oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
- Gimik Pelancaran 1 Malaysia Komuniti PERWANI

10.20 pagi
- Makan bersantai YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor bersama Komuniti PERWANI
- Persembahan Artis/Kebudayaan

10.45 pagi
- YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor meninggalkan majlis
- YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YABhg Puan Sri Datin Hajah Noorainee Haji Abdul Rahman meninggalkan majlis
- Majlis bersurai

Setakat ini, inilah aturcara program yang Mia terima semalam. Tidak dapat bayangkan betapa sibuknya nanti...

saya yang menurut perintah...

Post a Comment

69 Comments

  1. Wah..banyak tu aturcara program..Esok kan kak mia pergi. Hati-hati kak. Semoga dipermudahkan segalanya. ^___^

    ReplyDelete
  2. bestnyaa event ni...event yg menyihatkan, kak mia xjoin sekali ke walk2 tu?hehe...take care kak mia, n have fun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia jadi petugas... tapi tak tahulah kalau sampai2 sana kot2 kena join walk ke...

      Delete
  3. kak mia , hda pon pergi program purple walk nih . Bdk usim reramai pergi. huhu.
    kalau ada jodoh, hda nak jumpa kak mia. Mesti banyak rahsia blog boleh share kan . hda masih bertatih lagi . banyak lagi pertolongan diperlukan dari senior2 dlm bidang nih . huhu .

    See u there :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh huda pergi ekk.... nanti singgahlah kat khemah VIP.. kot2 jumpa kak mia kat situ. jangan lupa tegur kak mia tau nanti..

      Delete
  4. ok, kita jumpa kat sana nanti ye kak.. ehehhee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti tegur kak mia tau.. jangan lupa. takyah nak segan2.. (^_^)

      Delete
  5. oooh mmg boleh rasakan kesibukan yg bakal melanda...kena pulak PM dgn TPM pon turun sama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah timi... memang ramai orang lah nanti... sesak...

      Delete
  6. KAKMIA .. DEQ PUN KNE PEGI KL PAGI SABTU TP .. XTAW PEGI TUK APE .. ADOI .. XTAW NK G X .. HIHI

    ReplyDelete
  7. Kak mia , wani pun terpilih untuk pergi prog ini , tapi kami dekat perak , hari ahad 17hb .

    ReplyDelete
  8. deno teringin juga pergi.. ada di terengganu di dataran shahbandar..

    ReplyDelete
  9. huhuhu... rmai jgk yg dpt program ni.. bleh la jmpe kak mia :)

    ReplyDelete
  10. semoga segala berjalan lancar kak

    ReplyDelete
  11. seawal 6.20pagi sudah bkumpul. bangun kena awal jawabnya kak Mia. jaga diri ya kak? :)

    ReplyDelete
  12. Salam sis...
    Saya pon join purple walk ahad ni tapi di ipoh bersama mb ds zambry

    ReplyDelete
  13. tak sempat nak follow ahad ni sebab ade lawan boling..

    ReplyDelete
  14. Chenta pun sertai juga program tu ! see u there ! :D

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. masa tu ada juga preggy mom... yang bawa anak dengan stroller pun juga ada..

      Delete
  16. Wah....bestnye....tpi rietta xmnat warna purple...klu nk guna purple....alamak, xde bju...hehehe....

    ReplyDelete
  17. AJ tak dapat nka join..
    Jauh.. lagipun AJ serik gi Putrajaya sendiri....
    Hehheheh..

    ReplyDelete
  18. esok group kami da wat event mal juga pakai purple tp semua laki..hahah..smga berjln dgn lncr..

    ReplyDelete
  19. biasanya saya join...tapi tu dulu waktu sekolah kat KL dulu,tambah kenalan..seronok...hehehe..Mia turun KL lagi ye..

    ReplyDelete
  20. Wah...kite pun join...kalo ade rezeki bleh jmp disana..huhu

    ReplyDelete
  21. ini sempena hari wanita antarabangsa kan kak mia? wah bestnya... ^_^

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum mia...mmg sibuk ni penuh xtvt......:)

    ReplyDelete
  23. Mesti meriah ni nanti! :D

    ReplyDelete
  24. jabatan yati amik bahagian jugak, penang buat kat Politeknik Seberang Jaya...

    ReplyDelete
  25. program khas untuk wanita ni nmpknya..

    ReplyDelete
  26. saya pun bru dpt arahan ari ni...kena pergi p[rogram tu....

    ReplyDelete
  27. saya pon turut serta program nie
    sukarela nk join
    tp tu lah, x de baju purple
    risau lak

    ReplyDelete
  28. esok kan.. teringin nak join baju purple teda pulak

    ReplyDelete
  29. semoga dipermudahkan segala urusan yer kak mia :)

    ReplyDelete
  30. KBS,kementerian saya tu huhuhu..
    dah meriah nampaknya tadi..

    ReplyDelete
  31. Acara serentak seluruh negara ni Mia..

    ReplyDelete