Backup Data Notebook Yang Rosak


Tragedi notebook Mia rosak berlaku sehari sebelum Raya Cina. Notebook yang banyak berjasa pada Mia. Kali terakhir buat kerja-kerja berat ialah semasa menyiapkan mockup video untuk Pejabat LPNM Sarawak

Notebook masih boleh dihidupkan dengann safety mode. Kalau normal mode, akan keluar skrin biru. Sayangnya lcd skrin notebook blank dan tidak menyala. Terpaksa menggunakan external monitor. Suami Mia sambungkan pada monitor pc rumah. Barulah boleh nampak. Kemudian terus buat backup data ke external harddisk Mia.



Disyaki lcd skrin notebook terbakar dan juga ada hardware failure kat graphic card.  Kalau format sahaja, senang sebab ada cd recovery. Ini melibatkan alat ganti, terpaksalah tunggu lepas Raya Cina baru hantar ke kedai.

Lepas dah siap backup, baru balik kampung hari Sabtu lepas dengan mood sedih. Selama ini kalau ke mana-mana saja memang Mia akan bawa notebook ni.

Buat sementara waktu ketika berjalan-jalan semasa cuti raya Cina ni, Mia akan gunakan notebook adik Mia atau update blog melalui handphone sahaja.

betul-betul kekok bila tiada notebook di sisi.....

Post a Comment

50 Comments

  1. beli ipad la update blog. Mana puas guna handphone jer kak :-)

    ReplyDelete
  2. blogger dengan notebook memang tidak dapat dipisahkan..
    jangan sedih2 ye Mia..

    ReplyDelete
  3. nasib baik lcd yg rosak, kalau hardisk yg rosak lagi parah. Memang frust kalau benda yg kita sayang2 rosak ni.. sabar ajelah ye.

    ReplyDelete
  4. nasib baik dpt backup apa yg penting....... nak kena beli baru lah tu........

    ReplyDelete
  5. manatau ada rezeki kak mia akan dtg. chill je hehe. janji masih ada back up, it should be fine.

    http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. kalau rosak skrin, kdg2 mahal jugak, depend jenis notebook

    ReplyDelete
  7. laptop sy pon pernah ada biru2 tu..
    memang bengang je rasa. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia ni pun bengang juga... tiba2 wat hal pulak...

      Delete
  8. susah juga kalau tak ada lappy ni...
    nasib baik bleh backup benda2 penting tu...

    ReplyDelete
  9. hm... memanglah kita perlu sentiasa bersedia menerima segala kemungkinan..

    ReplyDelete
  10. jgn sedih2 kak duit byk beli la yang baru hehe

    ReplyDelete
  11. erk =.= sabar ye kak. mungkin lepas ni nak dapat notebook baru kot. hehe

    ReplyDelete
  12. beli baru la kak mia. hehe.. kalau nak baiki lcd skrin tu bukan murah. itu dulu la tak tahu pula sekarang macamana. kak mia guna notebook apa? saya guna acer sejak tahun 2008. Alhamdulillah, masih ok w/pun sampai 3-4 hari tak off dan pernah sekali dua terjatuh. lain2 cuma bateri saja tak ok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo laptop kak mia ni jenis toshiba. tunggu lepas raya cina baru tahu harga lcd skrin tu berapa.... acer blum pernah cuba pakai lagi...

      Delete
  13. Sabar ye :) hee.
    Nasib baik dapat backup apa yang penting :)

    ReplyDelete
  14. betul tu mungkin graphic card atau ribbon yg sambung ke skrin tu yg prob...kalau LCD yg rosak serupa beli baru je terus...haha

    ReplyDelete
  15. susah gak klu camtu...sebb tu backup perlu...

    ReplyDelete
  16. moga2 laptop kak mia cepat sembuh,hikhik

    ReplyDelete
  17. Betul kak mia, tak laptop, laptop rosak ke, memang tak ada semangat nak berblog. Nasib baik boleh backup. Susah sikit kalau hardware rosak..menelan duit juga. Semoga laptop kak mia cepat sembuh juga..hehe.

    ReplyDelete
  18. lappy sy ada problem baru2 ni.. mood bW pun bole terjejas, huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu caliph.... sama plak timing problem dengan kak mia ya...

      Delete
  19. Memang susah kalau notebook meragam. Update blog guna handphone pulak memang tak puas kan.. Harap notebook Mia cepat sembuh..

    ReplyDelete
  20. Kalau berjinak-jinak blogging guna smartphone pun ok jugak.. :-)

    ReplyDelete
  21. akak, die dah penat kot.. hehe sabar ye kak, mungkin ade hikmahnya :)
    ape pun sy tetap menyokong ^_^

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. kad kedai... sedang dibetulkan dan tukar spare part...

      Delete
  23. Nak buat macamkan Mia, sabar aje le!

    ReplyDelete