Air Terjun Gunung Ledang

Air Terjun Gunung Ledang

Musim cuti raya tahun baru Cina yang lepas, Mia sekeluarga termasuk Adik Mia pergi bercuti dan bermandi-manda di air terjun Gunung Ledang dan menginap di Gunung Ledang Resort selama 2 hari 1 malam. Check in pukul 2.00 petang 11 Februari 2013. Ramai orang betul yang datang ke tempat rekreasi ini. Air terjunnya terasa begitu sejuk dan udara begitu segar. Nyaman dan indah. Puas betul kami mandi.

Mandi Air Terjun

Hari pertama, petang 11 Februari 2013. Kali pertama Sofea jejakkan kaki ke dalam air terjun. Memang terjerit-jerit takut air. Bila dah masuk air, terus suka.



Hari kedua, pagi 12 Februari 2013. Sofea dah mula berenang dengan menggunakan pelampung dan suka sangat sehingga tidak mahu naik. Nak duduk dalam air sahaja lama-lama.




Gunung Ledang Resort

posing terbaik daripada Sofea

sibuk nak makan sendiri

kolam ikan

di hadapan bilik standard

2 katil bujang

penat sangat mandi, terus tertidur

masa untuk bersama keluarga...

Post a Comment

31 Comments

  1. hehehe ni bawah lagi K.Mia.. wan selalu ke situ. Bila cuti je gerak konvoi bersama kawan.. Bila la dapat g sana lagi, rindu sangat dah tempat tu 3tahun ada dah kot wan tak g situ..

    ReplyDelete
  2. wah, seronoknya pergi berkelah dan mandi manda kt situ..:)

    ReplyDelete
  3. gunung ledang dekat johor, kan? kiranya air terjun ni dekat kakdi gunung ledang, yer? :D

    ReplyDelete
  4. best nyer...... air gunung...mesti sejuk habis.......
    kalau dpt berendam.....hu3....sedapnya...

    ReplyDelete
  5. saya pon macam sofea.. tak pernah mandi air terjun.. kalau saya mesti jerit jerit jugak tapi jerit jerit SERONOK. hehehe...

    ReplyDelete
  6. wahhh..bestnyer mandi kat kaki gunung yer...xpernah sampai lagi kat sini...

    ReplyDelete
  7. tengok pix air tu pun dah rasa sejuk..

    ReplyDelete
  8. seronokkan kak mia..dah pegi 2 kali..tapi masa tu belum ada resort la kak mia..kak mia shopping baju and kain pasang tak kat pekan tangkak tu :)

    ReplyDelete
  9. seronak dapat menhirup udara segar di sana...

    ReplyDelete
  10. wah seronoknya Kak Mia... lama dah x mandi air terjun... ^_^

    ReplyDelete
  11. bestnyer dapat bercuti dan mandi manda bersama ahli keluarga, tika inilah kita tak hingat langsung pasal kerja @ tension pasal benda2 lain...

    p/s: jom jenguk 5 Blog Yang Hot ada special buat mia..tq

    ReplyDelete
  12. Budak budak dapat air memang seronok tak hengat.
    Lepas tu naik kompom lapar, then akan mengantuk.

    Comel Sofia dengan rambut pendeknya.

    ReplyDelete
  13. dah lama tak gi mandi kat air terjun gunung ledang....dulu-dulu pernah daki sampai ke kolam besar paling atas kat tempat puteri gunung ledang mandi...

    ReplyDelete
  14. hehe lepas penat tu dia...terus auto shut down....

    ReplyDelete
  15. Bestnya dapat mandi manda. Budak2 memang suka dgn air. Walau dah menggigil tetap tak nak naik.

    ReplyDelete
  16. Wah...pagi-pagi kabus masih ada lagi dah mandi air terjun tak sejuk ker ? Syokkknya..tido sofea

    ReplyDelete
  17. eraz plg suka tmpt yg damai.. tenang... klu pergi, blh lupekan stress kerja..

    ReplyDelete
  18. Seronoknya mandi manda..saya johor pun tak sampai lagi kak mia, teringin nak pergi gunung ledang tu.

    ReplyDelete
  19. Mia.... tak pernah lagi tidur kat G. Ledang ni...walaupun dekat je ngan Muo...hehe...
    Tulah kalau pegi balik hari susah nak salin2 tu yg malas tu...

    ReplyDelete
  20. wah bestnyaaaaaaaaa kak mia...hee......lama kot xmandi kat air terjun..huhu

    ReplyDelete
  21. dah tiga tahun kot tak pergi GL ni, hehe ,masalah kekekangan masa ,adeh

    ReplyDelete
  22. Rindunya nak ke sana. Dlu masa blajar kat Jasin mmg ada la 2kali g gunung ledang tu. Siap panjat sampai puncak. Dah camping kt situ. Stay kat resort pun pernah. Arghh rindunya. Best kak mia bercuti kat resort tu?

    ReplyDelete
  23. seronoknya... tak pernah gi lagi kat situ...

    ReplyDelete