Update Blog - Bukannya Perkara Mudah


Update Blog - Bukannya Perkara Mudah

Aktiviti update blog bukannya perkara yang mudah bagi seorang yang bergelar blogger. Nampak macam senang tetapi sebenarnya susah. Setiap hari kena fikir nak buat cerita apa ya hari ini? Hari ini nak update blog berapa kali? Itu semua sentiasa bermain di benak fikiran seorang blogger tegar.

Bila dah ada cerita, sentiasa akan terfikir bagaimana penerimaan pengunjung tentang entri itu nanti adakah suka atau tidak? Sebab itu Mia lebih selesa buat entri yang ringkas dan ala-ala santai. Tidak terlalu berat. Terkadang diselang-selikan dengan pelbagai jenis cerita supaya dapat menjadikan blog bertambah meriah. Perlu diingat tidak semua orang ada minat dan kesukaan yang sama. Kena belajar mengenali hati pengunjung  pun bukan perkara mudah.

Bila dah update blog terasa lega sangat. Selepas itu, sekejap-sekejap mulalah tengok ada orang datang baca tak? Dah berapa banyak pageviews. Ada orang komen tak? Kalau ada orang komen, terus tidak sabar nak baca apa yang dikomennya. Hati ini tentu akan terasa betapa gembiranya bila ada orang komen dan bagi pandangan. Terasa dunia itu indah sekali dan tersenyum keseorangan. Hilang segala tekanan dan stress.

Sebenarnya, kita nampak dari persepsi luar macam seronok dan best sahaja bila menjadi blogger. Bila dah jadi blogger baru alami perasaan dan situasi itu macam mana. Mula-mula memang payah nak update blog. Mungkin memakan masa yang agak lama. Siap boleh termenung dan berangan lagi. Tapi bila sudah menjadi rutin harian, tanpa disedari aktviti update blog menjadi lebih mudah. Dapat sahaja idea atau cerita terus boleh menaip dengan pantasnya.

Begitulah lumrahnya setiap hari, mencari bahan.. mencari cerita untuk dijadikan tatapan pengunjung. Kalau setiap hari menerima banyak kunjungan tentu akan lebih bersemangat untuk terus update blog secara konsisten dengan kekerapan yang termampu. Sehingga pengunjung boleh dapat agak masa entri dikeluarkan kat blog.

Jangan pandang rendah pada blog sendiri. Cerita sendiri. Itulah kunci kekuatan kita untuk berblog. Percayalah,  tergolong dalam komuniti blogger adalah perkara yang paling manis dalam hidup Mia. Berkongsi pandangan, pengalaman dan bertukar-tukar fikiran. Jadikan blog sebagai medan untuk berhubungan. 

Daripada tidak tahu kepada tahu. Tiada jalan pintas. Semuanya bermula dari bawah. Harus lalui satu persatu. 

Post a Comment

92 Comments

  1. bagi mira obsession blog ni boleh hilangkan stress, jadi mira tak kisah sangat nak tulis apa. Asalkan dapat express apa yang mira rasa... terpulang pada masing2 la kan...

    ReplyDelete
  2. btol, paly sgt stuju ngan kak mia.. hehehe...blog dah jd bnde penting dalam idop paly

    http://www.paly.my/2013/01/2-bulan-yang-cukup-istimewa.html

    ReplyDelete
  3. pasal komen tu,setuju sangat. Kadang-kadang nabila tersenyum sorang-sorang bila baca entry and komen blogger lain. kalau ada blogger lain comment entry kita,lagi kita rasa semangat untuk entry seterusnya. Dan andai kata ada silap,blogger lain bagi nasihat. best. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..cyma yg baru nk belajar berblog ni mmg semangat gile kalu tgk komen member2 kt entry cyma...

      Delete
  4. bukan senang nak kekal update
    tetapi bak kata pepatah nak seribu daya :)
    sop pun akan usaha untuk bina satu entry sehari.. cabaran :)

    ReplyDelete
  5. susah susah susah..
    kalau nak posting merapu memang banyak..huhuhu

    ReplyDelete
  6. betul tul...kalau zyra nak update blog je makan mase gak nak cari idea pe utk jadi kan entry uwh best n de owg nak bce...so far still tk ramai pon y ske maybe gaya penulisan zyra tak sebagus blogger lain. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena berani ketengahkan blog zyra ada luar. mungkin join segmen blogger ke...

      Delete
  7. terima kasih..entri yg bagi semangat kat saya untuk update blog

    ReplyDelete
  8. rasa semangat terus bila baca entry mia nih...huhuhu

    mia, mcm mn mia apply adsense ye? igt nak apply gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. chaiyukkk belalang...

      hmmm....leceh skit kalau nak apply adsense. kena ada blog english untuk dapat akaun.

      Delete
  9. waahh saya suka entry ni ! saya setuju dgn apa yang akak cakap ;) insyaAllah akan mencuba yg terbaik lagi ^_^

    ReplyDelete
  10. singgah sini.. :)

    salam kenal kak mia.. :)

    ReplyDelete
  11. HEHEHE .. BETOL TU KAKMIA . DEQ KALO UPDATE ENTRY .. MESTI RASE CAM XSABAR2 NK TUTUP N PTG KE MALAM KE BRU BUKAK BLOG UNTUK TGOK BRAPE ORG PENGOMEN KAT ENTRY BRU .. HAHA

    ReplyDelete
  12. haha utk blogger baru mcm sy mmg terasa susah betul nak dapat idea menulis blog ni...betul ckp Pn.Mia benda ni nampak mcm sng bagi org yg tak melibatkan diri dalam dunia blog...dulu masa sy takde blog pon sy ingat setakat update satu entry sehari tu apa lah sgt...skang ni amekaw....nak dapat 1 entry punya la payah...

    ReplyDelete
  13. lihat + dengar + jalan2 + baca = jadilah entri utk blog saya.sapa kata wartawan je kena perah otak cr idea.sbg blogger setiap yg berlaku di sekeliling blh dijadikan info utk dikongsikan di blog.minat sy yg suka sgt membaca n menulis,buatkan sy trs setia sbg blogger( x sedar dh 3 thn usia blog hehe).

    ReplyDelete
  14. sama mcm daddy la..cuba kongsi entri yg best2 dgn kwn2 blogger. bila mrka komen terus nak baca n balas..kalau ada jd follower terus daddy follow balik.

    ReplyDelete
  15. cyma cuba untuk belajar daripad kak mia....tq akak..

    ReplyDelete
  16. setuju kak mia ...memang tidak dinafikan tentang cari idea untuk update ni adalah susah di kalangan para blogger . Kena buat jadi rutin harian baru kita leh sesuaikan diri untuk update blog tiap2 hari, hehehe

    ReplyDelete
  17. Betul2 :) Bukan mudah nak update blog.. hee

    ReplyDelete
  18. betul tu akk mia..sekrng nad pun tulis entry ikut ape yang nad wat hari2..hehe

    ReplyDelete
  19. betul2...bukan snang nak dapat idea utk update blog....huhu

    ReplyDelete
  20. betul tu..eca skrg da jrg update mcm dlu2..dlu sehari 3entry..skrg pyh sgt ;(

    ReplyDelete
  21. meera pun same...kadang-2 mcm tuh la meera rasa..huhu

    ReplyDelete
  22. betol3..kadang2 kalau terlintas dekat otak.terus update..sebab takut lupe..hehe

    ReplyDelete
  23. setiap org ada rutin masing2. mcm sy just update blog bila ada benda nk diceritakan. Kadang2 sehari boleh sampai 5 entri. tp bila takde apa or busy, 3-4 hari jugak blog tu terbiar :)

    ReplyDelete
  24. setuju sangat,. selalu fikir nak tulis entry apa untuk esok ,,dan seterusnya

    ReplyDelete
  25. saya pun sebenarnya x tau langsung pasal blog ni... tapi berkat dari tutorial & sharing dari blogger2 lain, sy mampu menghasilkan blog sendiri..pasal entri plak, saya setuju. kadang2 termenung nak tulis apa...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu dikbi... tulis entri tu pun nanti lama2 akan terbiasa...

      Delete
  26. sangat2 setuju. dan yang paling penting, originality tu kena ada.. barulah akan melekat.. ada gaya yang tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... macam boni ada kelainan... suka mia baca..

      Delete
  27. Sangat setuju Mia. Update blog adalah perkara paling susah sekali untuk para blogger. Tapi, insya-allah jika ada persediaan dan kekuatan untuk menceritakan sesuatu, bersama tujuan yang baik...Rasanya ia akan menambahkan kekuatan untuk mengupdate blog.

    Walaupun setiap hari. Kreativiti dan inovatif penting sebenarnya. Mungkin 1 perkara kita boleh ceritakan dengan 1000 gaya. :)

    Tapi, memang bukan senang update blog :)

    ReplyDelete
  28. Assalam, allaa mudah je, jika anak ada lima dah lima entry update, snap senyum, snag sengeih, snap nangis dan snap merajuk...jika ada masa tidor sambil senyum pun berikan idea.kongsi senyum..
    Ada anak kucing lima ekor pun dah cukup, kucing tidur, kucing kena cium, ,,

    Dan bagi yang masuk tazkirah ada tiga sehari tazkirah muslimah, zuhur dan maghrib, dah cukup intipati sedutan nasihat dari pencermah ustaz untuk dipapar sebagai selingan,,senang jer,,blog adalah diari yang berguna untuk peribadi, jika pengunjung yang dapat pesanan dan kegunasn serta info lagi baik, untuk hidup di dua dunia Sini dan SANA, jika nak info sini shj, liputan serta ulasan nyanyian dari lima stesyen sudah lebih..wsaaaalam. Ada sepuluh drama boleh ulas..

    ReplyDelete
  29. Update blog yang nak dapat saham positif itu susah, faedah semua mahklukNya, nak dapat DOsa Senanggg,,, satu gambar satu saham,iklan satu saham,,

    ReplyDelete
  30. NK UPDATE BLOG NI PERLU RAJIN,KALAU MALAS HABISLAH..MCM BUI NI,X TENTU ADA MASA RAJIN,ADA MASA MALAS..TP LEBIH KPD MALAS LA..HAHA

    ReplyDelete
  31. 100% agree, bukan mudah nak update blog. kene patuh ngn jadual sendiri dan target. contoh 1 hari satu entry, so mesti try juga buat (tu pun selalu je kelaut).

    tp update blog nie dh jadi macam terapi jiwa juga, n also dapat tambah ilmu. sayang blog saya.

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/tips-langsing-selepas-bersalin-khas-ibu.html

    ReplyDelete
  32. blog yang membina amat penting buat readers...
    singgah blog saya laks...
    tq

    ReplyDelete
  33. Tulah pasal. Itu yang membuatkan saya update sebulan sekali....huhuuuu

    ReplyDelete
  34. betul tu kak mia.. update blog bukan perkara yang mudah...
    memang boleh termenunglah kalau idea nak update tak keluar...

    pasal komen tu memang akan ternanti-nanti... bila baca komen mesti akan senyum sorang-sorang...

    seronok bila ada respon dari pengunjung... ^_^

    ReplyDelete
  35. setuju dengan kak mia :)
    bukan mudah nak update blog.
    kena cari bahan, lepas menaip terfikir okay ke tak.
    sekarang mood kelaut. idea entah kemana :(

    ReplyDelete
  36. betul lah kak! susah nak update blog walaupun tulis merapu huhu..

    ReplyDelete
  37. setuju dgn kak mia...kadang2 MV kalau taip..pas tu baca..pas tu padam..ada jer yg tak kena

    ReplyDelete
  38. Setuju dengan Mia. Memang bukan kerja yg mudah. Terkadang idea banyak tapi nak mengarang tu satu hal. Entry yang pendek pun kadang2 memakan masang berjam-jam..

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum mia...betul tu mia mama sokong apa yg mia uraikan itu...pada yang bergelar blogger jer tahu bagaimana dan macam mana nak menjadi dan menulis n3 apa yang perlu di lakarkan di blog mereka...moga semua blogger akan tetap mendpat idea dan ilham yg menarik selalu...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... terima kasih di atas perkongsian ini...

      Delete
  40. betul kak mia..masuk tahun baru ni cabaran buat shida..sakit kpla fkirkan blog dan komitmen lain :(

    ReplyDelete
  41. yup, klau bole jgn update cincai2.. skali update bg puas hati trus kn ^^

    ReplyDelete
  42. http://meiylhashim.blogspot.com/2013/10/bukan-senang.html

    ReplyDelete