Rokok Elektronik - Alternatif Untuk Berhenti Merokok

Rokok Elektronik - Alternatif Untuk Berhenti Merokok

Baru sahaja seminggu Suami Mia menggunakan rokok elektronik yang dikatakan sebagai alternatif untuk berhenti merokok bagi perokok tegar. Cara yang mudah dan selamat serta tidak menyakitkan.

Kami beli rokok elektronik ini di Kipmart, Tampoi semasa ingin membeli barang-barang keperluan dapur.  Kemudian ke kedai mainan yang di depannya ada gerai (booth) Nicotech . Jadi, sementara menanti Mia dengan Sofea pilih barang mainan, Suami Mia pun pergilah membelek-belek rokok elektronik di gerai Nicotech. Nampak eksklusif. 

Habis semua E-Liquid pelbagai perisa dicubanya. Rasa puas hati dan berkenan nak beli rokok elektronik jenis eGo mini bomb black dengan dua Nicotech E-Liquid perisa peach dan bubble gum (campuran peach 70% dan bubble gum 30%). Yang penting, boleh dilaraskan dari 3.0 volt (paling lembut) hingga 6.0 volt (paling keras). Tapi katanya jenis ini yang paling laris di pasaran dan menepati citarasa Suami Mia.

Harganya pun agak mahal sedikit dan ada jaminan 3 bulan. Untuk yang ini satu set harganya RM 350 dengan satu botol Nicotech E-Liquid. 

rokok elektronik - eGo mini bomb black

komponen-komponen rokok elektronik

beg rokok elektronik

compartment di dalamnya

pengecas bateri - cas sehingga lampu berwarna hijau

2 botol Nicotech E-Liquid. 1 botol harganya RM 25.00

E-Liquid perisa peach dan bubble gum

cara masukkan E-Liquid ke dalam tangki rokok elektronik

Rokok elektronik ini boleh juga dianggap sebagai pengganti rokok yang selamat dan sihat kerana :

  • tiada tar
  • tiada pembakaran
  • tiada tembakau
  • tidak beracun
  • tiada karbon monoksida
  • tidak mengkaratkan gigi
  • menjimatkan kos
  • boleh merokok di mana sahaja

Tidak salah kalau nak guna dan cubanya...

p/s : kalau ada apa-apa maklumat tambahan silalah berkongsi pandangan dan pengalaman di ruangan komen entri ini.. terima kasih ya..

Post a Comment

78 Comments

  1. wah bguskn skarang..mcm2 ciptaan bru untuk perokok brhnti merokok...

    ReplyDelete
  2. Abang Martias pun dah gunakannya selama 6 hari ni. Syukur dia tak beli rokok lagi sejak hari tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo baguslah kak. lbih kurang sama pulak timing nya dengan suami mia...

      Delete
  3. wow....my fiancee pun ada plan nak berhenti merokok pas kawen...hopefully it works on ur hubby kak mia..All the best!

    ReplyDelete
  4. hahaha...alamak hinggakan ada macam ni, bukan apa, nilah usaha agar perokok akan lebih menyelamatkan paru2 mereka. Sesab diberi nasihat bertalu2 tak nak henti ..ha nilah penggantinya kan...kalau ada wang tu apa salahnya lebih selamat...

    ReplyDelete
  5. Hb saya gunakan yg ni gakms mula2 nak stop smoking dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo bagus la tu namanya. kiranya dah berhenti merokok lah sekarang ni ya lala..

      Delete
  6. Hubby mv tk merokok..tp yg nj bgus utk yg nk berhnti merokok

    ReplyDelete
  7. farah pernah tgk abg farah gne nie, mnggu lps klu x silap.. tp x tny pulak ape function dia..ohhh.. skrng bru laa farah taw.. thanks for the info sis :D

    ReplyDelete
  8. pernah baca pasal rokok elektronik ni..
    alternatif yang bagus untuk sesiapa yang mahu berhenti merokok...

    ReplyDelete
  9. Husband Hana guna rokok elektronik ni, tp ada time2 jgk kak, kdg dia hisap jgak rkok biasa. Ssh nk tgal ktanya..hurmm dun know la nk wt cm mna agi, act..tpulang kpd diri dia sdr jgk kott..

    ReplyDelete
  10. Tak penah dgr plak pasal rokok electronic ni

    ReplyDelete
  11. ADE KWAN DEQ PUN ISAP OKOK NI KAK .. WANGI BAU ASAP TU .. HIHI .. MACAM2 PERISE KAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. macam shisha pun ada juga. banyak betul perisanya..

      Delete
  12. Macam pernah tengok yang ini...dimana ye???

    ReplyDelete
  13. Bagus jugakkan mia ada alternatif ni..harap-harap tak ada side effect yang lebih bahaya dari original rokokkan..and good luck yang telah mengambil initiatif ni...its not easy to quit smoking..kata-kata perokok tegar yang kat luar tu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah raudzah... benda dah ada depan mata, guna aje la.

      Delete
  14. psst! belalang ada jual erokok ni juga... baru order dua :)

    ReplyDelete
  15. kawan L pakai xberenti berenti jugak dia.. haha

    ReplyDelete
  16. Kengkawan isap rokok ni dalam opis je,bos takleh marah sbb vapor tu bukan asap pun,hee!

    ReplyDelete
  17. ade yg guna ni utk style..bkn nk berenti pun...huhu

    ReplyDelete
  18. Tak pernah dgr pasal rokok electronic ni. Ketinggalannya akak.

    ReplyDelete
  19. hoho..harapnya dia berhenti menghisap nanti ye..

    ReplyDelete
  20. wah pakai liquid....sy dulu ada pakai yg style puntung tu...laju je isap kejap je habis....nak beli refill dia kedai2 tertentu je plak jual...maklumlah bila isap yg elektronik ni tak sedar pasal rokok dia tak pendek2...hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo ada yang style puntung juga... hehehe yang ni mia tak tahu sangat.

      Delete
  21. hoho...tu la...tunang sy bru beli bnda ni..kte nya, ni slh satu usaha ke arh bhenti merokok..senang hati bila sy dgr cmtu..bguslah klu awl2 da sdar psl kesihatan dri.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah mira... kawin nanti terus berhenti merokok.. ;)

      Delete
  22. baru tahu ada rokok camni...ayah dan adik semua mrokok,,xlarat dah suruh drg berhenti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni dah boleh minta diorang guna rokok elektronik lah..

      Delete
  23. Assalamualaikum kak mia, mahal juga ye. tapi macam bagus je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sheila... haah mahal skit tapi berbaloi..

      Delete
  24. husband kita pon dh sebulan pakai rokok elektronik.owhh..kira mahal jugak la sana eh..cni dia bli e-liquid tu rm15 je..hope konsisten la dia pakai rokok elektronik tuh..heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo bagus tu.. yang ni US punya e-liquid, tu yang mahal skit... huhuhu

      Delete
  25. Dah seminggu guna rokok elektronik ini, tadi cuba hisap rokok tradisional pergghhh pening kepala sekejap.

    ReplyDelete
  26. nasib hubby tak yah naknak beli benda-benda cam ni!

    ReplyDelete
  27. kalau ada sesapa yg teringin nak cuba rokok elektronik tu boleh cari kt sy.. hehe.. sbb saya ada jual.. dan murah skit pada harga sis mia beli ni.. kalau sesape ade bekenan nak order pm cikneto eh misz.izny@gmail.com
    sory sis mia.. promote brg kt sini.. alang2 sis mia buat entry testimoni kebaikan rokok ni.. promote skali kt kawan2 sis mia. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak promote, bolehlah beriklan di blog mia.. sewa ruang iklan ataupun advertorial..

      Delete
  28. elok ke..tak bahaya ke bahan2 liquid yg digunakan tu? tu still bahan kimia jugak kan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. xbahaya.. liquid dye tu lebih kurang liquid perasa shisya tu ha.. sebab tu dlm keta tgh bukak econ xbukak tingkap pun still boleh isap rokok tu :)

      Delete
  29. ohh..macam2 ye..tapi kalau berkesan untuk tinggalkan rokok tak apa juga.

    ReplyDelete
  30. kegunaan yang sangatlah berkesan untuk perokok tegar . Memang berbaloi kalau keluar modal sikit untuk kesihatan :)

    ReplyDelete
  31. lepas ni dah benti merokok kang ketagih nk isap rokok elektronik plak..haha sudahh..kalo xde efek baguslah cmtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. doa je ni shida.. biar terus berhenti merokok..

      Delete
  32. Kak Mia, elok ke ni ?
    Tak membahayakan kesihatan ke ?
    Miza pernah baca (tak ingat sama ada dekat blog ataupun Facebook) katanya membahayakan kesihatan. Sejauh mana kebenarannya, Miza tak pasti pulak.

    ReplyDelete
  33. saya perokok tegar...hampir 13tahun saya hisap rokok.sering batuk dan kahak pun banyak...alhamdulillah...dekat 1bulan dah berenti merokok...rokok elektronik jalan penyelesaiannye,,..amin

    ReplyDelete
  34. risau jugak sebab rokok ni ada cecair + dekat dgn bateri. kang terkebas pulak bibir

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm setakat ni suami mia guna.. ok je... takde pun dia kata rasa kebas..

      Delete
  35. Saya pun baru 2 minggu hisap rokok ni. dan alhamdulilah dah x beli rokok biasa. Modal permulaan mmg tinggi tp lepas tu mmg jimat. bau pon tak busuk.Isteri pun x membebel lagi.niat hati memang nak berhenti. Lagi satu rokok ni cuma ade kandungan nikotin je dan kandungan nya boleh di ubah.Mulakan dari kandungan yang tinggi then turunkan lagi dan lagi sampai kandungan kosong lama2 kita bosan terus xnak hisap lagi.Now We Are Free!

    ReplyDelete
  36. kak de x jual bateri ego mini 400mAh

    ReplyDelete
  37. saya adalah perokok tegar. 3minggu dah saya tak beli rokok, saya guna yg cas ni.bila saya cuba2 nak isap rokok nu balik memang tak boleh terasa mcm makan getah terbakar dan rasa yg amat busuk.
    p/s kalau nak isap gunakan yg 9mg jgn lebih dari tu. dan pilih keluaran yg tulin saja ubtnya tu. pilih yg italian 9mg. kalau yg lain tak tulin dan ada mekanikal yg bahaya.tq

    ReplyDelete
  38. sy dah cr brand ni kat internet'nicotech' xade pun..btol ke US brand...us liquid saye hanya tahu halo,space jam,mister e liquid,jameson,johnson creek,the standard ....nicotech us brand???xade pun...jangan kena tipu barnd ni...

    ReplyDelete