Sunway Putra Hotel - Penginapan Untuk Konvokesyen KE 13 OUM


Alhamdulillah selesai sudah urusan tempahan penginapan di Sunway Putra Hotel yang berdekatan dengan PWTC. Pada mulanya memang Mia nak tempah awal-awal lagi tetapi memandangkan ada tercalon untuk 2 Anugerah di Majlis Konvokesyen ke 13 Open University Malaysia di mana hari penyampaiannya ialah pada hari Sabtu 15 Disember 2012, jadi Mia tangguhkan hasrat Mia dahulu. Pada mulanya Mia perlu hadir di sidang 3 pada hari Ahad 16 Disember 2012 tetapi Mia nak tunggu dulu keputusan Anugerah keluar barulah nak tempah penginapan hotel. Syukur bila dapat Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA).

Nasib baik ada kosong lagi di Sunway Putra Hotel dan lantas Mia terus tempah semalam melalui borang tempahan OUM dan tadi petang terus bank-in bayaran penuh penginapan ke akaun hotel.  Nasib tak ramai orang di kaunter bank. Hmm... sungguh pun Mia dan Suami Mia orang IT tapi bab-bab yang menyentuh transaksi secara online memang cukup hati-hati. Lebih rela guna manual daripada sistem.

Supaya tidak kelam-kabut selepas habis konvokesyen nanti, Mia ada tambah masa untuk check out lambat pada jam 6.00 petang sebelum pulang ke Johor.

p/s: minggu depan dah nak konvo, berdebar-debar rasa di hati....

Post a Comment

42 Comments

  1. Wah, tahniah kak Mia.. berdebar2 rasa hati =) tersenyum kita baca tau

    ReplyDelete
  2. tahniah kak Mia.. hihi
    jeless laa., =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lissa... uikkk jengan jeles2... lissa pun boleh juga..

      Delete
  3. Tahniah Mia! Moga segala urusan dipermudahkan. Akakpun konvo di tempat yg sama 3 thn lepas.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. taklah etuza. mia sambung belajar jarak jauh kat OUM... ni dah habis dan dah nak konvo..

      Delete
  5. Replies
    1. terima kasih dedeq... ni yang paling dekat dan senang nak ke pwtc. memang agak mahal sedikit..

      Delete
  6. tahniah kak....... moga semua berjalan lancar k.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mia...tahniah2 yer...moga seronok di hari konvokesyen itu nanti yer...:)

    ReplyDelete
  8. eca thn dpn maybe konvo dkt PICC kak..any suggestion hotel?...klu ada homestay ke apa....sbb whole family kot pg.hehehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eca kena cari yang hotel yang paling dekat dengan PICC tu, suapay senang nak sampai.. huhuhh

      Delete
  9. tahniah kak mia... nanti amek gambar konvo banyak2 ye...
    nak tengok... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ruha.. nanti kak mia akan update dalam blog...

      Delete
  10. wah !! tahniah ye.
    bukan senang nak dapat anugerah tu..

    ReplyDelete
  11. tahniah kakmia ...pencapaian yang membanggakan.. u worked for it and u deserve it :)

    ReplyDelete
  12. Bestnya mia, lagi lagi ditemani suami tersayang!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best hainom.. bersama suami, anak dan parents sekali..

      Delete
  13. Tahniah akak... berbaloi atas setiap pengorbanan yang diberi...

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. terima kasih mira... huhuh duit nya pun best juga... takpelah bukan selalu.. hari terpenting dalam hidup kak mia ni..

      Delete
  15. Wah selesa sungguh hotel sunway putra tuh. Tanda Penghargaan selepas 4 tahun lebih berhempas pulas belajar

    ReplyDelete
  16. tahniah sis. nnt update pasal konvo tu yer
    plan pakai baju warna pa sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih momoy... plan nak pakai baju kurung warna krim... heheh

      Delete
  17. huhuhu...kak mia convo sama dgn makcik sally...harap dpt jumpe kak mia hari tu nanti ^_^

    ReplyDelete