Review Pemenang #2 : Miza Yusof

Review Pemenang #2 : Miza Yusof

Wahhhh... orangnya manis dan lembut. Miza Yusof merupakan blogger yang tidak asing lagi di mialiana.com. Pernah menerima hadiah Pengkomen Terbanyak Bulan Julai 2010. Memang dah lama betul kenal dengan Miza ni.

Jom kita tengok apa yang membuatkan Mia tertarik dengan entri penyertaan Miza ni.... zassss..

Assalamualaikum pembuka bicara,
Dunia blogspot menemukan kita,
Miza Yusof empunya nama,
Mia Liana pula inilah orangnya.

Meriah sekali blog mialiana.com,
Kalau nak tahu kenapa jom terjah,
Bertambah kenalan salam ukhwah.

Blog Miza ini baru ditubuhkan,
Bilangan pengikut pula 161 orang,
Masih banyak yang perlu dipertingkatkan,
Moga segmen ini dapat memberi sedikit ruang.


Apa yang Miza suka dengan blog kak Mia ?

Pandangan pertama, blog kak Mia simple dan paling penting cepat loading. Penggunaan warna pastel yang tak mengganggu mood untuk membaca. Miza paling suka bila kak Mia selalu cerita perihal kak Mia belajar dekat Open University Malaysia (OUM). Secara tidak langsung menaikkan lagi semangat Miza untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pembahagian masa yang betul antara kerjaya dan pengajian disamping itu juga sebagai seorang isteri dan ibu. Kak Mia seorang wanita bekerjaya dan pada masa yang sama seorang ibu kepada si comel Sofea. Miza suka baca kisah tentang Sofea sebab Miza suka budak-budak. Macam-macam ragam Sofea :)


Pembuka bicara yang memang sudah menambat hati Mia. Yang paling Mia suka sebab Miza berani meletakkan gambarnya untuk tagline smile... smile... smile...

Blog Miza simple dan kemas. Penggunaan kombinasi warna yang menarik. Senang nak loading dan widget di sidebar tidak serabut. Yang Mia nampak, Miza pandai menjaga hati pengunjung blognya. Syabas diucapkan dan keep it up! 

Kepada yang belum kenal, silalah berkenalan dengan Miza ya... Selamat berjaya di dalam pengajian yang diceburi dan senyum-senyum selalu...

p/s : antara blogger yang paling lama mengikuti blog Mia ni....

Post a Comment

37 Comments

  1. comel juga empunya blog tu..hehe..nak terjah jap le.hehehe

    ReplyDelete
  2. memang kreatif dan layak sebagai pemenang...tahniah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak Mia :) Terimakasih semua rakan blogger :)
    Aah, dah lama kita kenal, kalau taksilap sjak tahun 2010 kan. Selama itulah dah berapa kali Miza buat blog padam dan buat blog lagi dan padam lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 miza... tu la dah lama kenal. nasib masih berhubungan lagi...

      Delete
  4. assalamualaikum mia...memang terbaik la...:)

    ReplyDelete
  5. memang menarik...
    tahniah buat miza... ^_^

    ReplyDelete
  6. wah....mmg terbaik siap berpantun...orgnya pun cantik...tahniah Miza

    ReplyDelete
  7. waa.. nampak kelembutan miza,,hehe
    tahniah ^^

    ReplyDelete