Review Pemenang #1 : Ibu Berbicara

Review Pemenang #1 : Ibu Berbicara

Pertama kali Mia buka entri Kak Salmi di SINI, Mia terus terpaut dengan kata-kata manisnya yang begitu puitis. Pandai betul mencuit hati Mia. Terima kasih ya Kak Salmi kerana telah berjaya mencuit hati Mia sepenuhnya. Siap baca berulang-ulang kali...


Loadingnya pantas tak perlu menanti, 
Menggamit tetamu berkunjung kembali.

Susun aturnya kemas dan rapi, 
Menarik di mata memikat di hati.

Gaya penulisan santai sekali, 
Mudah difahami, menyenangkan hati.

Banyak tips yang telah diberi,
Antara yang ibu suka, entri di sini.

Di sini juga banyak informasi,
Tak percaya? Bacalah entri ini.

Menjadi inspirasi, memberi motivasi, 
Bacalah di sinisinisini dan sini.

Pemiliknya juga sangat friendly, 
Membalas komen rajin sekali. 

Followers juga sangat dihargai, 
Banner Gift itulah bukti.

Taglinenya amat dikenali,
Sweet sekali.


Kak Salmi merupakan salah seorang daripada pengkomen tegar blog ini. Tentu tahu apa yang Mia suka. Tahniah ya Kak Salmi. Sepanjang perkenalan Mia dengan Kak Salmi, Mia nampak ada kemajuan peningkatan dari segi penampilan blog Kak Salmi. Ringan dan mudah loading. Nampak kemas dan tidak serabut. Widget-widget di sidebar yang tidak penting telah pun dibuang. Selamat berblogging ya Kak Salmi.

p/s : keep in touch always...

Post a Comment

42 Comments

  1. terjah yeah..kak mia kalau rajin2 jmputlaa join my segmen http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2012/12/segmen-tambah-follower-di-hujung-tahun.html =)

    ReplyDelete
  2. Wah, dapat hadiah pagi ni!
    Terima kasih Mia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum kak mia dan ibu salmi! bestnya sheila pun suka baca blog ibu salmi. hihi. good job :)

      Delete
    2. waalaikumussalam.. terima kasih ya sheila..

      Delete
  3. moga ukhuwah berpanjangan..Insya-Allah

    ReplyDelete
  4. blog ibu memang seronok bertandang...
    sama macam kak mia... ^_^

    ReplyDelete
  5. Tahniah ye ...... seronok kan direview!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum mia..tahniah2 buat salmi...:)

    ReplyDelete
  7. saya baru berjinak2 dgn blog ibu ni...mmg takleh tahan kalau tgk masakan2 beliau...terus rasa lapar walaupun jam dah pukul 3 pg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan mia.. nampak sedap betul.. terus rasa lapar.

      Delete
  8. Replies
    1. ooo tentu CR dah kenal selok belok kak salmi... hehe mia baru je tahun ni kenal..

      Delete