Semalam petang, kami bertandang ke rumah Pak Lang Suami Mia di Ulu Tiram. Borak punya borak sampai tak sedar dah lebih 12.00 tengah malam rupanya. Mentang-mentang malam minggu, esoknya Ahad. Tidak kisah kalau balik lambat pun.
Masa untuk pulang. Balik lalu highway Desaru-Senai dan Suami Mia bawa ala-ala santai sambil dengar radio. Bila lalu kawasan jalan nak ke UTM sebelum U-Turn yang dekat dengan McDonald, Shell tu. Tiba-tiba sekumpulan mat rempit bawa motor punyalah laju. Ramai jugalah, tak sempat nak kira sebab laju sangat. Aduhai, punyalah risau. Sungguh membahayakan keadaan. Memanglah kereta tidak banyak masa itu sebab dalam pukul 1.00 pagi.
Membebel lah Mia kat dalam kereta. Bising pasal mat rempit ni tak sayangkan nyawa dan membahayakan orang lain. Mungkin malam tadi tengah ada race... Kita hanya mampu melihat sahaja....
p/s: hati-hati di jalan raya....
45 Comments
huh.. memang bahaya kan.. diaorang ni memang takde kerja lain agaknya..
ReplyDeletehaah wie..
Deleteassalamualaikum mia...sukar utk kita bendung kes merempit ni sentiasa berlaku dijln raya...kita yg nampak mmg rasa geram jugakan...:)
ReplyDeletewaalaikumussalam... memang susah nak diperkatakan mama...
DeleteSUBHANALLAH ... TERUKKAN KAKMIA .. ISH ..
ReplyDeletehaah dedeq..
Deletexsuke sbb bising n bingit telinga bila dgr bunyi ekzos tu..
ReplyDeletetu pun faktor utama juga... memang bingit..
Deleteassalammualaikum akak.. bila tgk mat rempit ni, kita yg naik takut tengok dorg..bukan apa risau jugak. tetiba dorg buat road block ke apa ke, bahaya jugak..dorg kan ramai. bahayakan diri dorg dgn bahayakan diri kita jugak kan? ish..
ReplyDeletetu la.. diorang ni ada kumpulan... huhuh memang takut juga..
Deleteyang hairannya mereka yg merempit ini kebanyakannya belia2 melayu!
ReplyDeletetu la... sedihnya...
Deletebahaya kalau drive tetiba ada mat rempit potong....
ReplyDeleteni pun isu juga.. kang kita pula yang salah... huhuh
Deletedorang perlu dibimbing untuk merempit ke masjid. dorang perlu tukar mindset dari duit kepada ganjaran akhirat. persoalannya siapa yang nak bimbing dorang? kita cuma kritik je tau
ReplyDeletehmmm... kesedaran tu penting. masyarakat yang harus membantu.
DeleteKeseronokan merempit memang susah di bendung. Kerajaan perlu memperbanyakkan program-program keremajaan dan mengwar-war untuk golongan remaja. Atau hanya diri mereka sendiri yang boleh mengubah diri sendiri.
ReplyDeletebetul tul..
Deletekita yg risau tentang nyawa mereka,tp mereka lgsung xhiraukannya.
ReplyDeleteduit lebih penting dari nyawa kot..
Deletediorang memang tak sygkan nyawa diorang tu..sb tu la diorang bt keje camtu..
ReplyDeletemungkin juga kerana terpaksa.. kita pun tak tahu..
Deletekalau mrka je yg xcdent x apalah...ni disebabkan mrka org lain cedera n maut.....meme la sy marah tul dgn pelesit jalanan ni...!!
ReplyDeletesabar ya daddy... takleh nak cakap apa dah ni..
Deletesiyankan dorang rempit X sayang nyawa jugakk.. uuuHUu
ReplyDeletehaah wak gelas..
Deletebahaya sangat dorang nih, kot kot dorang nak laju sebab nak pi ceramah ustaz azhar kot. haha
ReplyDeleteuikk heheh laju2 kan best.. kalau gi rumah ustaz lagilah best..
Deletekalau dia sorang je maut tak pe lagi nie kang orang lain pulak terkaut sama.. tak takut betul depa nie kadang2 kan sis.
ReplyDeletehaah aida..
Deletela.kak mia tak snap gambar ke.hee.kalau saya terserempak pon takut kot,tak penah la pulak terserempak ngan ramai2,sikit2 tu ada la
ReplyDeleteada kat handbag.. manalah terfikir nak amik gamabr tengah2 malam. uhuhu
Deletememang rasa nk marah je kalau mat2 rempit ni buat kerja. xsayang nyawa lgsg. diorg xbayar cukai jalan tu pasal la..
ReplyDeletesabar ya baby..
Deleterempit oh rempit.. kesian diorang kaann hemm, meletakkan diri pd perkara yg mudharat. x sayang nyawa. ini kan amanah Allah :(
ReplyDelete♥ Moga Allah tetapkan hati kita dalam iman ♥
nyawa itu sangat berharga kan cik matahari..
DeleteMemang susah nak bendung gejala ni, Mia. Di bandar kecik macam tempat akak ni pun masih ada yg yang tak sayang nyawa mcm tu. Bukan setakat membahayakan nyawa pengguna jalan raya yg lain malah polis yg bertugas pun tak terjamin keselamatan angkara mat2 rempit ni..
ReplyDeleteooo bandar kecik pun litar diorang juga.. hmmm parah2..
Deleteagaknya kalau kerajaan buat 1 litar untuk diorang ni, nak ke diorg race sampai tertunggeng dalam litar tu. kalau tak menyusahkan pengguna lain, takpe la. menakutkan kalau nampak diorang ni naik moto. tak sayang nyawa. :(
ReplyDeletebagus juga cadangan tu.. tapi tentu tak ramai yang nak join. diorang lebih suka trek mencabar di jalan raya yang ada kereta...
Deleterempit ni isu yg berpanjagan.. xde noktah..
ReplyDeletesbb msing2 sibuk dgn hal yg xde faedah..
yg terlibat anak2 remaja.. merugikan sbb akan dtg mereka ni yg akan mmbawa nma malaysia..
memang tiada kesudahannya... sedihnya..
Deleteitu la pekerjaan mat rempit xde keje lain..yg lbh extreme smpai meragut merogol dan sewaktu dgnnya...bahaya mmg bahaya!
ReplyDeletehuhuhuh memang pun...
Deleteuyul pun mat rempit jugak hahaah
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan