Hargai Pengunjung Blog

Hargai Pengunjung Blog

Sebagai pengunjung, kalau dah namanya pengunjung tetap harian, tak pun mingguan tentu nak tahu apa yang di update di dalam blog kegemaran. Nak tahu juga apa perkembangan blogger ini? Lepas itu tentu terfikir, apa yang bestnya blog ini bila ada ramai yang datang, ramai yang komen. Seterusnya, mengikuti perkembangan blogger ini dari semasa ke semasa.

Tentu tertanya-tanya apa sumbangan blog ini kepada pengunjung-pengunjung lain. Hanya berikan maklumat semata-mata ataupun ada interaksi dengan pengunjungnya. Mesrakah blogger ini? Sombongkah blogger ini? Syok sendirikah blogger ini? 

Bila hati dah terpaut dengan blog, tentu tidak kisah entri apa yang di update, asalkan ada update. Bila blogger yang disukai tidak update blog, tentu ada perasaan risau dan bimbang dan tertanya-tanya kenapa tidak update blog. Apa yang sudah berlaku pada blogger ini? Ada masalah kah? Kenapa biarkan blognya bersarang? 

Sentiasa tertunggu-tunggu akan entri terbaru. Rasanya tidak sabar nak tahu apa update yang akan datang. Bila dah baca update yang baru, lega betul rasa di hati.

Kemudian bila terlalu suka dan seronok membaca kisah blogger kegemaran, mulalah berkongsi dan bercerita dengan keluarga dan rakan. Secara tidak langsung, blogger tersebut mendapat publisiti secara sendirinya. 

Inilah antara perkara-perkara yang selalu dialami oleh pengunjung. Bayangkan dan cuba letakkan diri kita dalam diri pengunjung. Tentu akan alami perkara yang sama bukan?

Sebagai blogger, harus belajar menghargai pengunjung. Pernahkah kita mengambil berat tentang pengunjung blog kita? Menjadi blogger harus belajar memahami siapa pengunjung blog kita. Kehendak dan kemahuan mereka. Fahami mereka dan berinteraksilah dengan mereka. Bila tidak sempat nak update blog, beritahulah kepada pengunjung supaya pengunjung tidak ternanti dan risaukan kita.

Bila pengunjung berikan pandangan dan komen yang membina, kita terimalah dengan positif dan buatlah perubahan supaya menjadi lebih baik di masa akan datang. Mungkin boleh perbaiki gaya penulisan, penampilan blog dan mesrakan hubungan dengan pengunjung. Sentiasa berterima kasihlah kepada pengunjung yang selama ini menyokong blog kita.

p/s: jangan lupakan pengunjung termasuk silent reader...

Post a Comment

67 Comments

  1. kadang kadang memang terlupa pada reader ni kan...

    ReplyDelete
  2. btl tu.sy suke cite psl blog yg sy suke bc..hihi..kdg2 cite kat hubby..bestnye blog itu..mcm2 die msk.sume sdp.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sama juga macam mia... asyik cerita kat suami itu ini... hehehe

      Delete
  3. like entry ni..terima kasih kak mia atas perkongsian..

    ReplyDelete
  4. btol tu tnpa pengunjung siapa la kita ni :D

    assalamualaikum sihat tak tuan rumah have a nice day ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... waalaikumussalam, tuan rumah sihat.... tq ya...

      Delete
  5. hoho...
    pernah juga terfikir mcm tu...
    takut blog saya tu tak berfaedah langsung..
    huhu/..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap blog tentu ada kelebihannya sendiri... herma. percayalah. blog herma pun ok juga.

      Delete
  6. interaksi dgn pengunjung melalui kaedah bw ke blog mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam-macam boleh buat eca. tapi yang paling senang blogwalking je ke blog mereka. lambat pun takpe asalkan sampai...

      Delete
  7. entry berguna ni kak untuk newbie macam saya..terima kasih ye..=)

    ReplyDelete
  8. TNPA MEREKA APELAH MAKNA BLOG KITE <3 KAN KAK MIA KAN .. KAN KAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dedeq... kalau mereka tiada, kita sorang ajelah yang baca... huhuhu

      Delete
  9. tanpa pengunjung/silent reader ibarat kita 'bercakap' dgn dinding je kan? :)

    thanks atas peringatan :)

    ReplyDelete
  10. thanks kak mia.. membaca entri kak mia kali ni byk ilmu baby dpt.. hargai pengunjung, berinteraksi dgn pengunjung, kawan2 blog, teman maya.. terima kasih kak mia utk ilmu ni =)
    terima kasih jugak sbb sudi jd pengunjung setia blog baby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 baby... kak mia pun tidak dapat selalu bertandang ke blog baby. list banyak ni... huhuhuh ikut giliran ya...

      Delete
  11. yup kak mia betul sgt2 hehee :)
    shida ni masih byk pelu beljar dr kak mia ni..
    thanks kak mia :)

    ReplyDelete
  12. betul2...tnpa reader spe la blogger kann :)

    ReplyDelete
  13. setuju kak mia!! ^_^
    harus hargai readers.. ^_^

    tanpa kak mia, siapalah sy.. -_- eh?
    tunjuk ajarku, sifu!!
    thanks kak mia.. :)



    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... uikkk.. mesti ruha ingat kak mia sampai bila2 kan. dah rezeki ruha dapat domain free tu. habis puas kak mia belek blog ruha tempohari.... huhuhu

      Delete
  14. blogger yg famous mcm susah nak balas setiap komen pembaca. balas pun hanya yg dia kenal je. huhu..

    kalau sudi, jemput la ke blog saya yg simple ni :

    allaboutmeputeripanda.blogspot.com

    ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena faham juga. bila dah ramai orang datang, sampai tak terlayan huhuhuh..

      ok. kak mia dah datang blog puteri dan follow balik. ;)

      Delete
  15. tQ mama mia..
    nasihat dan teguran yg membina..
    sy take note!!

    ReplyDelete
  16. bella la tue kdg2 jadi silent reader akk. sbb tak smpat nak komen. baca entry jew. :)

    jemputla ke blog. ada new entry. hehe...

    ReplyDelete
  17. setuju tu.. apa yang penting...kerjasama..eh..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya boni, sudi bertandang ke blog ini ;)

      Delete
  18. Nice entry.. nasihat dan tips yang berguna untuk blogger baru cam NH ni.. thanks kak mia...

    ReplyDelete
  19. noted, nice sharing ^^

    yup, sy mmg hargai semua yg singgah blog sy & usaha sebaik mungkin utk balas jejak diorg.. tu pun harap2 cbox x auto reset jejak laa, huh...

    ReplyDelete
  20. Mia....ia sangat sangat Tepat! Entri yang bagus di baca pagi-pagi. Belajarlah menghargaikan :)

    ReplyDelete
  21. Saya kalau boleh akan sentiasa balas setiap komen semua blogger yang singgah tak kira lambat atau cepat.. Rasa mereka akan lebih dihargai kalau buat macam tu.. Takda la senyap je kan.

    ReplyDelete
  22. Apa yang Mia tulis.....confirm OKje setuju, walaupun dalam hati tak setuju...ha...ha... acah aje tu... Gurau eh Mia ...

    Betul tu.... bila ada interaksi dua hala barulah seronokkan , senang cakap macam tetamu datang rumahlah.... kalau kita buat tak tau, mesti rasa tak best, macam serik je nak datang lagi!!! gitulah adanya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hainm pun rajin mia nampak tinggalkan jejak di mana-mana... huhuh bagus tu hainom, teruskan bila ada masa.

      Delete
  23. betul tue kak mia..tue lah kalau ada yg komen MV akan kunjung balik...yg tinggal jejak kat shout box MV akan balas

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh rajin MV ni kak mia tengok... kak mia ni mana yang sempat aje.

      Delete
  24. betul!!! kalau la boleh tahu spe silent reader.. *sigh*

    ReplyDelete
  25. yup.. kne igt gak ps silent reader, hehe..
    nice entry kak mia.. ^_^

    ReplyDelete
  26. betul tu setuju sangat! KA sgt2 hargai semua pembaca yg singgah di laman KA

    ReplyDelete
  27. setiap kali org dtg komen kat blog deno dan tinggal jejak kat chatbox, deno akan balas balik jejak diaorang.. tapi kdg2 deno balas jejak je, tp tak komen... just baca cerita.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus deno ni... lambat pun takpe asalkan kita sampai ke blog mereka...

      Delete
  28. kina kasi 10 bintang suka dengan entry ini..stuju sesangat:)

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum mia...suka dengan n3 mia ni memang menarik sekali jgn lupa pembaca blog kita adalah penyokong blog kita...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama.... terima kasih ya. sekali sekala buat entri panjang hehehe... tetiba ada idea nak mengarang. kena hargai pengunjung blog kita... ;)

      Delete
  30. Great sharing. Tanpa reader sama macam buat Private Diary..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nurul Aula... Readers memainkan peranan penting sebenarnya.....

      Delete