Bila Datang Ke Blog Yang Baru Pertama Kali Dikunjungi....


Bila Datang Ke Blog Yang Baru Pertama Kali Dikunjungi....

Entri secara santai pada petang hari Ahad ini. Terasa nak berkongsi pengalaman Mia bila datang ke blog yang baru kali pertama dikunjungi. Tentu nak tahu apa yang Mia buat, kan? Mia saja nak kongsikan di sini...
  1. Tengok blog secara keseluruhan dari atas sampai ke bawah. Berat ke tidak.. Banyak entri di depan ke tidak... blog ni menarik ke tidak...
  2. Kalau berkenan kat blog tu, akan cari kat mana widget Follower, terus follow kalau belum di follow.
  3. Tinggalkan jejak di shoutbox (kalau ada shoutbox)
  4. Belek-belek entri. Kalau ada entri yang berkenan di hati akan tinggalkan komen dalam entri tu.
  5. Cuba mengenali siapa tuan punya blog ini dengan mencari maklumat di Profile ataupun kalau ada page Tentang Saya di menu bar blog.
  6. Suka cari keunikan blog ini di mana.. Identiti dan konsep yang ditonjolkan..
  7. Lebih berminat pada blog personal daripada blog SEO. Kalau dengan blog personal lagi mudah untuk didekati tuan blognya. Mana tahu boleh tambah kenalan ke...
  8. Kalau ada respon yang positif dari tuan blog, Mia akan selalu bertandang ke blog itu walaupun blog itu hanya buat entri yang simple.
  9. Jadi silent reader, sebab tak tahu nak tinggalkan jejak di mana, nak komen apa di entri. Tengok sahajalah. Baca yang mana patut. Tidak kisahlah kalau tuan blog tidak tahu kehadiran Mia di blognya.
Tidak tahulah blogger-blogger lain buat macam mana. Mungkin ada lain ke... Mia ni bukannya kisah sangat pun, tapi kalau blog itu bagus dan banyak informasi yang berguna, Mia dengan tidak malunya akan datang lagi waktu lapang dan belek-belek entri blog tu. Nak cedok ilmu. Kadang tinggalkan komen di entri, kadang hanya silent reader sahaja.

p/s: suka blog yang ringan, simple, kemas dan menarik...

Post a Comment

82 Comments

  1. Sama lah kita! Bila baca entry ni, rasa nak check balik blog sy yang masih baru dan fresh. Entah interesting ke tak. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau, setiap blog ada keunikannya tersendiri...

      Delete
  2. tapi kan kak iman pantang 1 je..blog yg ciap couple2 ag 2.dok cter kish dame pah 2 ramai plak dok komen `sweetnyer uols`..pantang sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. kena pandai juga pilih blog mana yang ok.. huhuhu

      Delete
  3. emm blog saye berat la huhu walaupun dah buang smua bnda yg x patut :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. buanglah mana2 coding luar yang memberatkan...

      Delete
  4. kekadang tu jadi silent reader aje...

    ReplyDelete
  5. silent reader sebb malu nak menonjol diri.hehe

    page yang pertama mesti menarik perhatian baru lah selalu terjah blog tu. Boleh x mcm tu.hehe

    dan pastinya setiap kali ke blog baru mesti follow dulu ")

    ReplyDelete
  6. SAME SAME .. HEHE .. CAMTU GAK DEQ WAT .. NGEE~ ..

    ReplyDelete
  7. Blogger-blogger baru paling seronok kalau blogger famous macam Mia selalu berkunjung dan komen di blog. Terasa kehadiran di dunia maya ni dihargai.

    ReplyDelete
  8. boleh tak mia rumuskan tentang blog saya? saya nak tau juga. sebab saya tak tau apa yang ada pada blog saya tu.. adakah ia ringan? adakah ia menarik? adakah ia unik? apakah identiti saya? apakah ada konsep? ataupun hanyalah biasa2 sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mia belum lama follow boni. nak tegur nanti kata memandai hehehe... tunggu dah rapat nanti mia akan buat juga.. ;)

      Delete
  9. betul...kdg2 jd silent reader ja sbb blur..ehhe

    ReplyDelete
  10. sama..perkara yg sama anis buat.. tp x berapa suka bila masok blog yg berlagu.. x aman! hehe... btw, blog kak mia best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm kak mia mute kan speaker terus.. baru senang nak blogwalking... la la la..

      Delete
  11. ehh , betul ! :D
    sama lah dengan mun . hehe
    suka kwan dengan semua blogger .
    boleh share share ilmu blog :)

    ReplyDelete
  12. Miza pun sama macam kak mia. Selalu blogwalking bila sampai kat blog baru mesti belek apa yang patut. Kalau bekenan terus follow kalau tak, tekan X sajalah :)

    ReplyDelete
  13. Salam, blog mialiana ni sy kenal dr en. abg Cik. mmg best blog cik mialiana ni. Terima kasih ats info berguna bg blogger tak pro mcm sy ni. Salam perkenalan...

    ReplyDelete
  14. O ya, jika ada komen membina bagi blog sy, amat saya alu2kan. Sbb, sy ni tak la pandai sangat. Masih baru nak belajar lagi & sy me...mang suka naw joint blog orang. Sj nak nambah2 kenalan even org x joint sy smula. Suka membaca sbnrnya... (Eh pjg lebar pula...hehe...)

    ReplyDelete
  15. sama lah kak mia. saya pun suka buat mcam tu utk blog baru. :)

    ReplyDelete
  16. tu lah. moga blog saya tak berat juga. hehe. kalau berat lama nak loading

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm buang la mana2 widget yang tak penting.. nanti lagi ringan...

      Delete
  17. betul2, suke blog yg ringan & mudah di baca entry nye ! ade shout lg bguss.. sng nak sapa :) cuma nak melekat baca & minat sy fokus pd entry ! hehe kalo suke kompem comment :D

    ReplyDelete
  18. Kalau saya jumpa blog baru mesti terus follow, Tapi saya suka blog yang ringan dan kemas. Kalau ada yang berlagu bagai mestilah ada butang yang boleh OFFkan serabut kalau buka banyak blog dalam 1 masa.

    ReplyDelete
  19. Selalunya Taliff bila datang mana-mana blog akan lihat 2 perkara penting ini ;

    1) Loading dan widget yang tidak melampau-lampau
    2) Tulisan yang boleh dibaca, penggunaa bahasa yang biasa(bukan yang pelik2) dan tidak terlalu fancy.

    Kalau tidak, tiada "point" untuk membaca kerana menunggu terlalu mana dan tulisan yang langsung tidak dapat dibaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau merapu ayat guna yang short form yang susah nak baca pun payah juga...huhuh

      Delete
  20. saya first time dtg blog org akan cuba tinggalkan msg di shoutbox dia..ataupun kalau ada entri menarik sy akan tinggalkan komen..kalau ada respon dari dia maka sy akan berterusan dtg..kalu sy bertepuk sebelah tgn aje maka hi..hi..bye..bye..la jwbnya...

    ReplyDelete
  21. tengok isi jugak. Sebab kadangkala hati kitA lebih perlukan pengisian rohani sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm kalau cam tu gi ke blog2 yang berunsurkan keagamaan... boleh baca tazkirah..

      Delete
  22. saya pulak bila ada maklumat yang nak dicari drp laman seswng ni...bila agk2 maklumat tu memuaskan hati,saya terus je jadi pengikut blog tu...tak komen apa2 pun...tapi penulis blog tu mesti suka bila pengikutnya bertambah kan!

    ReplyDelete
  23. hehehehehe... tak tau nak cakap apa tapi gatal tangan nak komen

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum mia...betul tu Mia kekadang mama pun mcm tu juga...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... senario sekarang memang macam ni..

      Delete
  25. iya sy setuju...sy dh 2 tahun jd blogger...tu kira baru jgk hehe

    ReplyDelete
  26. dulu blog saya ade shoutbox...pastu byk sgt yg mengarut2 tinggal komen, spam pun ade.. terus remove..heheh... kalau boleh, saya suke blogger yg dtg blog saya utk 1st time, tinggal komen 1, at least saya boleh jejak.. kdg2 follower yg follow without tinggal komen, agak susah sikit nak trace.. sian pulak kalau saya tak dpt trace & follow blog mereka:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo takpe... diorang segan nak tinggalkan jejak kat komen..

      Delete
  27. alaaa... lupe lak nak ckp.. salam perkenalan:)

    ReplyDelete
  28. Salam...syah sokong tu kak. ini syah nk jemput jom join segmen syah plk.. hu3

    ReplyDelete
  29. i'm a new blogger in da house..jemput dtg ke blog..

    ReplyDelete
  30. samala , tapi selalunya kalau tenet okey terus je follow n komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp.. kalau slow cuma silent reader je la kan... huhuh takleh nak komen.

      Delete
  31. Blog nieza entah ringan entah tak..

    Tapi yang paling tak suke bile bw..ade word verification tu bile nak komen..yg ni memang nieza tak follow..satu lg kalau blog bebudak skolah yang selalu dgn entry i miss u la.. i lap u la..eeee...xsuke sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia tengok tadi ok je blog tu... ;) sori tak sempat nak join segmen tu..

      kena pandai pilih entri yang sesuai untuk dibaca, kalau blog budak2 memang macam tu...

      Delete
  32. Samalah tu Mia... cuma OKje akan follow tak mengenal berkenan ke tidak he..he...kalau masa mula-mula dulu folo tapi tak komen... la ni dah berakal sikit, komen apa yg patut... supaya owner perasan kehadiran kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... dah pandai dah hainom sekarang... macam tu la..

      Delete
  33. shida mcm sdkit sbnyak mcm kak mia cuma kdg2 shida perasan sglintir ade yg bgaul dgn puak msing2 jer..haihh..

    ReplyDelete
  34. Singgah baca dari entry segmen HH akak tu sebenarnya. Haha

    ReplyDelete
  35. Ya saya pun suka blog yang loading cepat dan kemas :)

    ReplyDelete