Review Pantun Blogger Bertuah Pertama - Arjuna Silvera


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Arjuna Silvera kerana sudi membeli pantun Mia. Persaingan untuk mencari 5 blogger bertuah terlalu hebat belaka. Pantunnya pun pandai memikat hati Mia.  Tahniah ya.... (^_^)

Tiada lagu tanpa irama
Tiada kata semanis bicara
Blogger bertuah yang pertama
Teruna Arjuna milik si dara




Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Sungguh indah pelangi senja
Puyuh pula terbang bersahaja
Saya tiada panggilan manja
Walaupun orgnya sangatlah manja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Malu si dara tunduk disapa
Melihat teruna merenung dia
Dari entry tiada seberapa
Pasti aku kepunyaan sidia

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Ilmu dibaca bersama riwayat
Tamatnya badan dikandung tanah
Menuntut ilmu seusia hayat
Kini berkerja menyara amanah

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Asyik bergurau sang teruna
Segala mimpi tampak indah
Agak jauh aku berkelana
Kini di Selangor asalnya Kedah

p/s: selesai sudah review pantun blogger bertuah yang pertama..

Post a Comment

43 Comments

  1. yeah...tahniah kpd pemenang..tepuk tangan sikit..hehe

    ReplyDelete
  2. beshye pantun dia...pandai ye... yati tak reti nak buat pantun

    ReplyDelete
  3. Terimakasih Mialiana..satu penghormatan nih..( dalam nada malu) tapi masih nak berpantun:

    Tersipu lesung diusik belanga
    Lumrahnya dalam tidaklah rata
    Hamba masih terpinga-pinga
    Betulkah bagai apa di kata????

    Sudilah melawat blog saya .. Wasalam..

    ReplyDelete
  4. tahniah pd yg bertuah... ^^ mmg best

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada Mia kerana menjadikan blognya lebih mesra pelawat dengan kepelbagaian posting. Kepada Arjuna Silvera, boleh tahan juga cik abang ni membeli pantun ya :-)

    ReplyDelete
  6. tu dia..agk ye lupe nak bodek kak mia..tak mnang dh.hihihi..jom g tgk arjuna jom..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk ayut.. kak mia tak makan bodek tau... hehehe

      Delete
  7. patut ler. mamng best pantunnya! huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. uikk hehehe ada skit pantun lah kan caliph... dah namanya pun pantun..

      Delete
  9. Tahniahhhhh....seronok cik bace pantun nya^^

    ReplyDelete
  10. Tahniahhh arjuna...memang layak menang pantunnya best...

    ReplyDelete
  11. baru sempat godek..
    emmm..sgt layak jadik yg pertama..
    penuh dgn puitis nyer! ^_^

    ReplyDelete