Akhirnya tibalah masa untuk review pantun blogger bertuah kelima iaitu Cik Suzlin. Seorang yang telah berumahtangga dan sedang belajar tetapi masih lagi dipanggil Cik Suzlin untuk panggilan mesra di blog. Tahniah diucapkan. Pantunnya agak bersahaja dan pandai mencuit hati Mia.
Si dara jelita bercinta lama
Bertemu jodoh si teruna Banjar
Blogger bertuah yang kelima
Lin manis yang sedang belajar
Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta waja
Andai mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja
Ke kedai Nyonya beli celana
Untuk dipakai pergi berkelah
Nama diberi Suzlin Azreena
Nama manja kita Cik Suzlin lah
Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga
Pening kepala beli pantun Kak Mia
Walaupun tak pandai, digagahi juga
Besar hati nak canang satu dunia
Diri ini sudah berpunya
Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja
Rangkap ini rangkap ketiga
Jari menaip dah naik pijar
Kalau Kak Mia nak tahu juga
Saya budak sedang belajar
Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dgn tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana
Main bola berkejar-kejar
Asyik menjerit suara serak
Merantau jauh pergi belajar
Kini saya di negeri Perak
p/s: selesai sudah sesi review semua pantun blogger terunggul dan blogger bertuah Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun..
10 Comments
tahniah cik suzlin...
ReplyDeletebest pantunnya... ^_^
Tq miz ruha and thank you Kak Mia!
Deletetq ruha...
Deletesama2 suzlin..
DeleteHahahaha.mana Kak Mia tahu mak mertua saya orang banjar :)
ReplyDeletelahhh kak mia mana tahu. kebetulan nak samakan pantun kat belakang tu, letak ajelah banjar supaya sama dengan belajar...
Deletewah...terbaik pantun dia..tahniah!!! hehehe
ReplyDeleteterima kasih boni...
Deletewahhh nice pntun dia heheee :D
ReplyDeletehaah lah kan shida...
Delete