Pengumuman Pemenang Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


Pengumuman Pemenang Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


Pembuka Pengumuman

21 Oktober hari ini
Berdebar sungguh rasa di hati
Saat yang ditunggu tibalah kini
Pemenang bertuah diumumkan nanti

Hendak dimasak si ayam Turki
Terlepas reban jenuh carinya
Tuah ayam nampak di kaki
Tuah blogger pada pantunnya


5 Blogger Bertuah

Tiada lagu tanpa irama
Tiada kata semanis bicara
Blogger bertuah yang pertama
Teruna Arjuna milik si dara

Lama sungguh tidak bersua
Dari jauh kenal rupanya
Blogger bertuah yang kedua
Bunga Teratai harum baunya

Pak Pandir bermain saga
Pakai baju kancing suasa
Blogger bertuah yang ketiga
Mama surirumah sepenuh masa

Bila hujan keluar cepat
Tadah air dalam tempayan
Blogger bertuah yang keempat
Putera impian angan Azian 

Si dara jelita bercinta lama
Bertemu jodoh si teruna Banjar
Blogger bertuah yang kelima
Lin manis yang sedang belajar


1 Blogger Terunggul

Sekalung tahniah diucap kini
Senyuman manis wajah berseri
Pantun puitis penuh berseni
Engku Muzahidin blogger dicari


Penutup Pengumuman

Terima kasih kerana sudi
Beli pantun yang biasa ini
Diumumkan sudah sebentar tadi
Pemenang segmen diketahui kini

Rasa girang jiwa tenang
Tiada memilih walau di hati
Usah berduka jika tidak menang
Cubalah lagi andai ada nanti

Post a Comment

52 Comments

  1. Eh? Kita menang (>_____<) Terharu nye~ TQ Kak Mia!

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH TUK YG MENANG .. MEMG BESHH LA PANTUN MEREKA2 .. HIHIHI

    ReplyDelete
  3. tahniah pada yg menang ye

    ReplyDelete
  4. wah....mmg sy xleh join..mmg x kreatif lagsung..hehhe..
    nway, tahniah wat pemenang...:)

    ReplyDelete
  5. Datang ke sini dengan rendah hati
    Mengucap terima kasih se ikhlas hati
    Alhamdulillah pantun dijual berkenan di hati
    Jika ada segmen akan join lagi!

    ReplyDelete
  6. tahniah pemenang...jnji iman dh usaha iman bangga pada diri gak heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp iman... boleh cuba lagi nanti bila ada lagi segmen ini.

      Delete
  7. tahniah kepada kesemua pemenang...eca nak terjah sambil ajak join contest.hahaah ^^

    ReplyDelete
  8. Terima kasih untuk pemilihan sebagai Blogger Terunggul untuk segmen ini. Dan rasa terkejut tiba-tiba tengok Nakhoda Nurani boleh ditempek dalam ruang iklan blog Mia. Thanks again!


    Buah keranji di atas peti,
    Masak sebiji diratah riang;
    Pintu rezeki kurniaan Ilahi,
    Syukur dinobat selaku pemenang.

    ReplyDelete
  9. Wahh macam tak percaya...


    Blogger bertuah yang pertama
    Teruna Arjuna milik si dara
    Kudatang kurujuk empunya nama
    Sungguh girang tak terkira.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum mia...mekacih yer atas pilihan ini...

    Pergi ke kedai di simpang mati,
    Ternampak Pak Ali di atas tangga;
    Syukur alhamdullilah gembira di hati,
    Pantun mama ini jadi pilihan tempat ke tiga.

    Hujung minggu berjalan ke sana sini,
    Singgah sebentar di rumah Pak Yahya;
    Terimakasih Mia atas pilihan ini,
    Segmen menarik ini akan selalu ada penyokongnya.


    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 mama.... terima kasih sudi support mia. tahniah ya...

      Delete
  11. tahniah pada yng dh menang...
    yati tak reti nak pantun2 ni...

    ReplyDelete
  12. tahniah kepd pemenang
    nasib baik Sop x reti pantun
    kalau tak... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya sop... takpe. lain kali nak tengok juga sop berpantun.

      Delete
  13. Rugi tak sempat join hr tu.. sedar2 dh tutup.. hehe appn tahniah buat pemenang ;)

    ReplyDelete
  14. hehe..thanks kak pilih jadi yg keempat :) segmen yg menarik mcm ni mmg ramai nak join !!

    ReplyDelete
  15. terlepas pulak smlm..sbb weekend.hihi.tahniah pemenang..nnt kak mia bt lg,ayut pulak mnang..hihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ayut.... nanti kalau kak mia buat segmen lagi, join ya..

      Delete
  16. blm terlmbt nak ucp syabas kpda semua pemenang,,,^^
    Pantun2 mereka mmg t'baeeek

    ReplyDelete
  17. tahniah kpda semua pmng :)
    shida baru tgk senarai pmng heheee :)
    adoii tlmbat pula..

    ReplyDelete