Pantun Luar Biasa


Di pagi yang ceria ini, Mia ingin kongsikan emel dari rakan Mia tentang Pantun Luar Biasa. Semoga anda semua terhibur dengan keratan-keratan pantun di bawah ini.....



Pisang emas dibawa berlayar 
Masak sebiji di atas peti 
Kat pasaraya tak ada hutang hutang 
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery 

Kalau ada jarum yang patah 
Jangan di simpan di dalam peti 
Kesian betul dengan kau ni 
Jarum patah pun kau simpan dalam peti. 

Dua tiga kucing berlari 
Mana nak sama si kucing belang 
Kalau kau berani kejarlah kucing tu 
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak.. 

Kajang Pak Malau kajang berlipat 
Kajang hamba mengkuang layu 
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat 
Kain aku, si pencuri yang sapu 

Rumah Pak Mamat di tepi sawah 
Pakai langsir berwarna biru 
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah 
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke. 

Air pasang dalam surut pukul lima  
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga 
Haloo nyonya, mau tanya sikit 
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka? 

Tuai padi antara masak 
Esok jangan layu-layuan 
Kalau padi tu belumlah masak 
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. . 

Limau purut masak di dahan 
Batang selasih condong uratnya 
Limau purut tak boleh makan 
Nanti sakit perut nak kena cari ubat. 

Pulau Pandan jauh ke tengah 
Gunung Daik bercabang tiga 
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu 
Pergi aje ke Kampung Pandan 

Sorong papan tarik padan 
Buah keranji dalam perahu 
Tolonglah jangan makan buah keranji tu 
Nanti badan kau orang berbau 

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda 
Ana banyak takut jalan tutup mata 
Memanglah takut kalau jalan tutup mata 
Sebab takut terpijak lubang Indah Water 

Encik Baba jatuh dalam parit 
Cik Aminah ketawa jerit jerit 
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit 
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit 

Buai laju laju 
Sampai pokok sena 
Woii, jangan buai laju-laju 
Nanti kang tercampak kat pokok sena 

Timang tinggi-tinggi 
Sampai cucur atap 
Cucur atap tak sedap 
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap 


sumber pantun : emel

p/s: dah lama tak berpantun, seronok juga kalau dapat berbalas pantun ni...

Post a Comment

46 Comments

  1. Huhu best pantun 2.. gelak sekuatnya jelah

    ReplyDelete
  2. PAgi-pagi Pergi ke Komtar,
    PErgi komtar naik bas,
    Eh....apa aku buat di Komtar?
    Adesss...rupanya salah naik bas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. petang-petang naik basikal
      naik basikal pergi ke kedai
      eh.. buat apa naik basikal
      terlupa... jauhnya kedai!

      Delete
  3. Pandai2 je diaorang mengubahsuai pantun2 itu... ;-)

    ReplyDelete
  4. Pergi pasar ku beli kerang,
    Buat bekal kubeli roti canai,
    pagi2 ku gelak sorang2,
    bila kubuka blog mia liana....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mata ngantuk terus terlena
      cahaya terik panas suria
      terima kasih ya zurina
      sudi bertandang ke blog mia

      Delete
  5. 2kerat atas tue biasa dgr..tp sambungn 2kerat bawah tue pndai dia olah ^^

    ReplyDelete
  6. canggih pantun nie..olahan baru,
    info terkini...

    dari mselim3

    ReplyDelete
  7. haha..yang ni lawak
    Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
    keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan ketawa kuat2 nanti lalat masuk mulut momoy karang... heheheh

      Delete
  8. hahaha yang kain kena sapu tu lawak!! XD

    ReplyDelete
  9. HAHAHA ..

    TGAHARI BERBLOGGING ,
    BERBLOGGING SAMPAI SINI ,
    BESTLA PANTUN KAT ATAS NUNG ,
    NI TERUJA NAK GTANG SINI ..

    AMACAM ? HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeiii lari irama pantun tu.. heheh tapi ok lah tu..

      dedeq lari-lari ke sini dengan guni
      terkejut kak mia sampai hendak lari
      terima kasih kerana teruja ke sini
      lain kali jangan malu datanglah lagi

      Delete
  10. betul luar biasa pantun tu hehehe... :P

    ReplyDelete
  11. lucu pulak apabila diubah2 macam tu. Boleh jadi pengubat hati yg rawan ni..

    ReplyDelete
  12. zman skolah dulu kerap dapat pantun ni..

    tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan

    selebihnya, sila sambung sendiri, hikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduiii caliph... heheheh kak mia jawab ya

      tuai padi antara masa
      esok jangan layu-layuan
      tuai blog antara dunia
      hubungan erat terus-terusan

      heheheh amacam? ok tak?

      Delete
  13. kalau nak bayar..COD ye kak mia..
    ne eca nak jual pantun,sudi kira pantun ini dibeli...

    buah duku buah nenas,
    hati beku badan panas,
    bagaimana BW secara pantas,
    tak terkejar semua melintas.

    hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk soalan cepu emas ni... kak mia beli ya...

      hujan di luar semakin lebat
      terus makan roti dan keju
      BW pantas senang dibuat
      andai ada masa dan internet laju

      Delete
  14. Bangun pagi raptai perbarisan
    penat kaki berkawad di jalan
    Buka blog jenguk2 kawan
    Kak Mia sudah makan...

    hahaha

    ReplyDelete
    Replies

    1. pergi kedai cari kain
      jiwa tenang hati senang
      kak mia jawab ya mrs velentine
      sudah makan perut kenyang

      heheheheh....

      Delete
  15. kak mia bt entri pantun luar biasa,
    luar biasa dia fuhh..syok baca,
    kalau shida nk balas yg biasa saja,
    tak ada yg luar biasa cuma bersahaja,

    tq kak mia :) heheeee <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia tak buat pantun luar biasa
      dari emel dikongsikan di sini
      andai shida berpantun biasa
      kak mia suka tidak terperi

      Delete
  16. Membeli belah di plaza sentosa
    Sambil tengok amoy pakai ketat terseksa
    pantun kat sini bukan biasa-biasa
    sememangnya sungguh luarbiasa

    ReplyDelete
  17. Sorry tumpang menyibuk kat sini jugak

    ReplyDelete