Open University Malaysia | OUM - Pencalonan Anugerah Canselor


Open University Malaysia | OUM - Pencalonan Anugerah Canselor


Balik sahaja dari kerja petang tadi, Mia terkejut sebab dapat surat dari Open University Malaysia (OUM). Risaunya di hati, kot-kot tak dapat nak konvo bulan 12 ni. 

Bila dibuka suratnya, terus mengalir air mata ini. "Ya Allah! Alhamdulillah. Aku amat bersyukur kepadaMu", sambil membaca isi kandungan surat. Mia dijemput untuk mengemukakan permohonan bagi pencalonan Anugerah Canselor. Terasa macam mimpi pula. Tidak percaya pun ada juga.

Anugerah Canselor Open University Malaysia merupakan hadiah terunggul yang akan dianugerahkan kepada seorang pelajar terbaik keseluruhan (the best overall student) yang berjaya menyempurnakan program pengajian Ijazah Sarjana (secara berkursus), Sarjana Muda atau Diploma dengan "Lulus Dengan Cemerlang"  dan mencapai CGPA 3.80 serta telah memberi sumbangan yang cemerlang kepada khidmat awam dan masyarakat di peringkat negara.

Anugerah ini berbentuk sebuah plak, wang tunai RM 2,000 dan Sijil bermeteri OUM (ditandatangani Canselor Open University Malaysia) dikurniakan pada setiap Majlis Konvokesyen.

Pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih Anugerah Canselor dan akan dikemukakan kepada Senat untuk pertimbangan dan kelulusan. Nama penerima Anugerah Canselor akan dicatatkan dalam Buku Konvokesyen.

klik pada gambar untuk besarkan


Hanya seorang sahaja akan dipilih. Bukan senang ya.. Perlu bersaing dengan pelajar terbaik yang lain. The best among the best.  Esok dalam pukul 11.00 pagi, Mia dah buat temujanji nak jumpa Pengarah OUM Johor, Encik Abdul Rahim bagi perbincangan untuk menyiapkan permohonan Anugerah Canselor ini. Berdebar-debar ni...

Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan dan sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2012. Mia akan buat pos laju ke OUM KL dalam minggu ini juga.

Apa-apa pun Mia dah usaha yang terbaik. Tolong doakan Mia ya... doakan agar Mia terpilih untuk dapat Anugerah Canselor ini. Amin...


p/s: syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya... mohon diperkenankan doa hambaMu ini...

Post a Comment

52 Comments

  1. I wish a very gooooddd luck to u Mia....

    ReplyDelete
  2. tahniah kak mia.. sangat happy untuk kak mia.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Tahniah, Mia!
    Akak tumpang gembira.. Moga Mia berjaya..

    ReplyDelete
  4. thniah,,,moga kak Mia b'jaya ya,,,^^&terpilih

    ReplyDelete
  5. siapa2 yg bertuah je dpt offer nih,, good luck..

    ReplyDelete
  6. wahhh bangganya shida dgn kak mia :)
    tahniah akak!

    ReplyDelete
  7. tahniah kak! :) goodluck!

    ReplyDelete
  8. insyaallah,ada rezeki untuk Kak mia..
    Bangga eca dengan Kak Mia ne..isteri,ibu,blogger,pekerja berdedikasi....patut dicontohi.

    ReplyDelete
  9. wah, tahniah ya...
    saya harap kak mia terpilih nanti..=)

    ReplyDelete
  10. bestnye k.mia...tahniah....ur d best sis :)

    ReplyDelete
  11. You are the best of the best. Good luck my dearest.

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah...best of luck kak mia...you deserved it! :)

    ReplyDelete
  13. ALHAMDULILLAH KITA PUN TERIMA JUGA SURAT INI

    ReplyDelete
  14. aslmkm mia...nanti kita jumpa ye...akak sidang 1....pasal anugerah ni segannya nak urus...biarkan le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam... ooo akak di sidang 1. mia di sidang 3. leceh skit nak siapkan untuk pencalonan ni. macam-macam yang dia nak. dah macam resume... huhuhu

      Delete
    2. heee..akhirnya akak kena akur dengan kerajinan. OUM dah bagi borang tu...isi aje lah ye...pasal aktif tak aktif tu bergantung kepada kerelevanannya nanti..kerasional yang kita ajukan kepada OUM...Biar sikit aktivitinya asalkan istiqomah dan memberikan impak yang besar pada dunia asuhan, pendidikan dan tarbiayah anak bangsa.

      Delete
    3. And tahniah....kepada semua pelajar OUM kohot 5 seluruh Malaya ni. Syukur atas penambahan ilmu. Moga terus dikurniakan lebih banyak ilmu. Ingin bertemu di arena sidang konvo nanti. Kita jumpa nanti ye...insyaallah

      Delete
  15. wah tahniah, nanti if ade kesempatan boleh ar kite jumpe mase konvo tu nti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih eray... tahniah ya konvo sama ni. kalau jumpa nanti, tegur-tegurlah nanti..

      Delete
  16. Hanna baru baca harini. Congrats kak Mia. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete