Hantu Kapchai - Rempit Sampai Mati

Hantu Kapchai - Rempit Sampai Mati

Hmmm... patutlah semua orang kata cerita ini best. Nak-nak bila ada "Mael Lambong" pelakon kegemaran Sofea. Malam tadi baru sahaja kami tengok cerita ni di rumah. Sofea lagilah memang suka sangat walaupun tidak berapa faham sangat cerita ini asalkan ada pelakon kesayangannya tu. Kanak-kanak pun boleh tengok, sebab hantu kapchai, Ajib ni rupanya tidak menakutkan dan seperti orang biasa.

Cerita ini pun banyak mengandungi mesej dan nasihat kepada orang yang suka rempit. Kesian juga tengok Ajib dianiaya oleh Tiger semasa melawan rempit (demi nak dapatkan RM 10,000) dengan Greng dan akhirnya mati. Mungkin sebab rohnya tidak tenteram jadi dia minta pertolongan rakannya, Ibrahim yang boleh berinteraksi dengan dia. 

Bahagian ini perlu jaga-jaga takut tersalah akidah. Memang tidak dinafikan rasanya tentu ada golongan mereka yang dibuka hijab di dunia ini dan boleh berkomunikasi dengan roh. Semuanya atas ketentuanNya. Jadi anggap sahajalah cerita ini sebagai santai dan lawak.

Ajib.. Ajib... Paling kesian, dia ada hutang dengan Ah Meng RM 10,000 untuk membiayai kos perubatan maknya. Macam-macam yang berlaku dan melalui Ibrahim, dapat jugalah bantu Akim untuk jadi hebat macam Ajib untuk lawan Tiger.

Secara keseluruhannya cerita ini best dan kalau tengok berulang kali pun memang tak jemu.

Antara gambar yang Mia printscreen...




p/s : terhibur bila tengok cerita ini....

Post a Comment

39 Comments

  1. mcm best je..
    nak tgk jgak lar nnti..=)

    ReplyDelete
  2. haha mar pun suke tengok cite gelak terbahak2 part yg pakcik superman racing jgk. . hantu kapcai..layaann ~ ^_^

    ReplyDelete
  3. kak mia... baru semalam layanz citer nih... ^_^ besh...kelakar plak tuh...

    ReplyDelete
  4. baby belum berkesempatan nk tgk lagi kak mia.. tp semua org cakap best best =)

    ReplyDelete
  5. mmg sesuai la.. dlm kehangatan sukan permotoran kat malaysia yang semakin meningkat ni. muncul pula filem2 yg menepati tema semasa ni... layan!

    http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/10/cik-puteh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sam... ;) cerita ini banyak mesej yang disampaikan...

      Delete
  6. kebetulan saya pun baru tengok citer ni.. memang kelakar anak2 sayapun suke..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. takpe zila.. nanti tengok ya... boleh hiburkan hati..

      Delete
  8. assalamualaikum
    baru tengok hari tu..layan jugak laa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam cik izor... oo dah tengok. memang syok kan... ;)

      Delete
  9. Akak & anak2 pun baru tengok semalam. Akak jarang tengok cerita komedi tapi semalam boleh layan sampai habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... mia pun layan sampai habis. takde gerak ke mana-mana pun. sebab tak sabar nak tahu apa seterusnya..

      Delete
  10. Replies
    1. huhuhu firdau... kak mia tak tengok tv... tak tahu pun kuar ke tidak.. kak mia tengok dvd..

      Delete
  11. tak tengok pun lagi cite ni...
    nak tengoklah nanti... ^_^

    ReplyDelete
  12. sy blom tgk.. slalu tgk citer yg ada kt tv saja, huh...

    ReplyDelete
  13. BESHHKAN CITE NI KAK MIA .. SENAK PEROT DUK GELAK JE .. HOHO

    ReplyDelete
  14. best ye, KA x sempat g tgk lagi

    ReplyDelete
  15. cute je tengok fizz firuz yang sengat tu... ;)

    ReplyDelete
  16. wahhh sofea geng dgn ank buah shida yg laki tu ..suka benarr dgn watak mael lmbung sizizan tu...

    ReplyDelete