Bila Calon Anugerah Canselor OUM Lain Komen Di Blog

Blog ini umpama medium untuk kita berinteraksi dengan orang lain. Hubungan alam maya yang tiada batasan. Sesiapa pun boleh datang berkunjung.

Mia rasa syukur, ada juga calon Anugerah Canselor OUM yang lain, Kak Maimunah yang turut komen dan berikan pandangan serta berkongsi pengalaman di dalam blog ini. Segannya Mia, tapi bagus juga dapat berkenalan dengan beliau.

Jom tengok komen beliau di dalam entri Open University Malaysia | OUM - Pencalonan Anugerah Canselor

klik pada gambar untuk besarkan




klik pada gambr untuk besarkan

Apa-apa pun Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Maimunah yang sudi bertandang ke blog Mia yang tidak seberapa ini. Mia kongsikan pengalaman dan tip-tips belajar ini agar dapat dijadikan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar OUM lain di seluruh Malaysia.

Borang Permohonan Anugerah Canselor OUM beserta salinan sijil-sijil dan dokumen sokongan yang disahkan telah Mia hantar petang semalam melalui NationWide Express Courier....

p/s: teringin juga nak tahu Kak Maimunah ini dari OUM mana ya...

Post a Comment

62 Comments

  1. huhuhuhu, semuanya bijak pandai neh. huhuhuhu. tetiba rasa nak sambung belaja jugak la huhuhu

    ReplyDelete
  2. Wahh..hebat-hebat. Seronok tengok orang-orang yang berjaya. Boleh jadikan inspirasi.

    ReplyDelete
  3. kak mia dan kak mai, moga terus maju jaya..

    seronok kalau dapat berinteraksi macam tu.. ^_^

    ReplyDelete
  4. wahh..tahniah2..header dah lain dah..hehe..cantik!

    ReplyDelete
  5. Best nya dpt berinteraksi mcm :-) .., suka baca

    ReplyDelete
  6. Semoga sis terus maju jaya
    berjaya dalam study, kerjaya, hidup dan blog

    ReplyDelete
  7. interaksi yg positif.. congratz kpd semua pelajar OUM ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp harus open minded... terima kasih ya caliph..

      Delete
  8. Assalamuallaikum Mia dan semua adik pelajar IPT,khususnya pelajar OUM. Kak Mai pelajar OUM kampus IPGM Darul Aman Jitra. Seronok apabila membaca komen-komen membina dalam blog ini. Kak Mai baru terjumpa blog semasa mencari borang Anugerah Canselor Konvokesyen ke 13. Kak Mai memang suka berforum. Semasa pembelajaran melalui interaksi secara on-line Kak Mai agak aktif melontarkan pendapat dan pandangan. Kak Mai rasa pengalaman untuk mendapat markah cemerlang ini perlu dikongsi bersama. Betulkan Mia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak mai... supaya generasi akan datang dapat ikut jejak kita ni... huhuhu... ;)

      salam perkenalan ya kak mai..

      Delete
  9. Seronoknya...tengok orang bijak pandai dan berjaya...jeles cr hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya CR... ;) baru tercalon je ni... huhuu

      Delete
  10. wah seronok tgk bila wanita skg semakin berjaya

    ReplyDelete
  11. hem...wanita sekarang ramai yang berjaya kerana sikap kesungguhan dan kegigihan dalam membuat sesuatu perkara dan inginkan yang terbaik dalam apa jua kerja buat.Ini termasuklah bidang pembelajaran dan pekerjaan. Pemangkinnya adalah usaha. Untuk pengetahuan Mia , Kak Mai telah hantar borang pencalonan tersebut sendiri ke OUM KL pada pagi Jumaat yang lepas. Bertolak dari Jitra jam 7.00 pagi dan sampai ke OUM pada jam 1.00 tgh. Bertolak pulang ke Jitra jam 5.00 ptg hari yang sama kerana ayah angkat di Alor Setar sedang nazak di hospital. Apa pun alhamdulillah dokumen yang berkaitan telah diserahkan. Al-Fatihah buat ayahanda Abdul Kadir kerana telah pergi kerahmatullah pada pagi Ahad ( 14/10/2012 )

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh siap hantar sendiri ya kak mai... kagumnya mia. takziah ya buat kak mai. al-fatihah...

      Delete
  12. Adik-adik, apabila sebut tentang usaha, kegigihan dan kesungguhan, masih tidak cukup kuat jika tidak ada sikap kesabaran. Di sini Kak Mai nak tambah TIP yang berkaitan pengalaman Kak Mai sendiri menggunakan resepi usaha, gigih, kesungguhan dan kesabaran. Pada semester September 2010, tiba-tiba Kak Mai jatuh sakit. Tidak boleh bangun dan berjalan. Tidak tahu apakah punca sakitnya. Tapi ada kaitan dengan tulang belakang. Maka pada semester tersebut Kak Mai tidak boleh ke kuliah kerana perlu bertemankan kerusi roda. Justeru, pembelajaran Kak Mai sepenuhnya secara jarak jauh. Semester tersebut kak perlu ambil kertas Penyelidekan Dalam Pendidikan. Kecewa juga kerana tidak dapat hadir kuliah bagi memahami kertas ini. Namun, dalam keadaan sedih , tidak boleh duduk membaca mahu pun menaip di laptop, Kak Mai cuba kuatkan semangat dan bertahan dengan kesakitan yang dialami. Dalam keadaan menaip tugasan secara duduk bersandar di katil, Kak Mai cuba-cuba dapatkan panduan daripada kawan-kawan untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Alhamdulillah ketiga-tiga tugasan subjek yang diambil dapat disempurnakan.
    Kak Mai dapat A untuk tugasan bagi ketiga kertas diambil dan A pula peperiksaan bagi dua kertas serta A- bagi satu lagi kertas. PNGK semester tersebut 3.89 dan keseluruhan 3.86. Apa yang ingin dikongsikan bersama, bahawa kesakitan jgn dibiarkan membantut proses pembelajaran kita. Ketabahan amat perlu, jangan biarkan rasa putus asa membelenggu kita. Betapa tersiksa rasanya semasa menyelesaikan tugasan yang diberi. Terasa diri ini terpingir daripada kawan-kawan. Pernah Kak Mai cuba datang ke kuliah dalam keadaan bertongkat. Namun, kehadiran ke kuliah begitu amat menyakitkan untuk sampai ke bilik kuliah yang banyak tingkatnya. Tapi setelah selesai semuanya rasa lega dari kesakitan. Syukur pada Allah SWT juga kerana memberi pertolongan pada Kak Mai sewaktu menempuh ujian ini.

    ReplyDelete
  13. Satu lagi TIP yang Kak Mai dapat titipkan buat adik-adik yang sedang belajar di OUM ialah usahalah menggunakan akal, fikiran dan kudrat yang ada untuk membuat sesuatu tugasan. Jangan mudah menyerah kalah dengan memberi upah orang lain untuk membuatnya. Ingat akan keberkatan kerja buat kita. Markah yang kita perolehi hasil daripada kerja buat orang lain akan berkaitan dengan sumber rezeki kita sekiranya kita berada di alam perkerjaan. Malah kita juga membantu orang lain menerima upahan secara tidak bersih. Kasihan pula pada kedua ibu bapa kita yang mengamanahkan duit untuk kita agar manfaatkan ke jalan yang bersih. Pengalaman Kak Mai walaupun sakit masih berterusan sehingga kini, tugasan tetap dibuat sendiri. Inilah satu kepuasan yang tidak terhingga dalam meraih kejayaan cemerlang sebagai seorang pelajar yang bernaung di bawah Open University Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Mia...seronok juga mengisi masa lapang dengan berinteraksi sesama pelajar. Semoga Mia dapat meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Moga adik-adik yg lain terus dapat berkongsi pengalaman di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya kak mai sudi berkongsi pengalaman di sini. moga dapat membakar semangat pelajar2 yang lain.. insyaAllah, mungkin mia akan sambung lagi nanti.

      Delete
  15. kagum eca tgk kak mai & kak mia....insyaallah,ada rezeki nak juga lanjutkan pljrn peringkat master..mungkin akan pilih oum agaknya.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih eca.... boleh tu kalau eca nak sambung nanti...

      Delete
  16. OUM tak nak amik kak mia jadi duta dorang ke he..23x

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk dok bro... terasa macam duta produk pulak... hehehe

      Delete
  17. tidak susah apabila belajar menerusi OUM ni...baca saja modul dan buat tugasan yang sebaiknya. Sambung le ..bermula dari usia muda. Tuntut ilmu itu satu ibadah. So..adab dan pantang larang menuntut ilmu perlu dijaga untuk keberhasilan yang membanggakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak mai. yang penting kita kena jaga makan dan jaga hati... dan minta doa daripada orang tua.

      Delete
  18. Kita semua berharap agar Mia akan dicalonkan sebabagai duta OUM heee..sekali gus merangkul anugerah canselor. Doa buat Mia daripada Kak Mai. Nanti Kak Mai nak ambil gambar sama Mia waktu Konvo nanti sebab Kak Mai sidang 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk kak mai... tingginya taraf duta tu. huhuhu mia ni biasa2 je. touching betul. kalau jumpa nanti kak mai tegurlah mia ya...

      tq so much kak mai...

      Delete
  19. Assalamualaikum. Mia dan Kak Mai (rasa saya lebih tua dari Mia dan lebih muda dari Kak Mai.. hehe), Nama saya Rosree (L), Saya pun nak share. Saya baru tamat pada sesi May 12 baru2 ni dengan CGPA 3.71 je dan tak dapat apa2 pencalonan. Konvo sidang 2
    Kursus BEME Shah Alam Learning Centre tapi saya bukan cikgu. CGPA saya drop masa OUM buat soalan MCQ.

    Nak tanya, senarai graduan khas tu untuk calon yg macammana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo tahniah ya. sama-sama konvo juga nanti. senarai graduan khas tu mia tak sure...

      mia pun tak berapa kenan dengan MCQ, kebanyakan subjek yang MCQ mia dapat B+ dan A- je. A memang tak pernah. huhuhuhu..

      Delete
    2. terima kasih Mia
      sy pula yang paling teruk dapat C+, paling tinggi B+ je utk mcq tu.

      Delete
  20. Waalaikumussalam wrmtbrkhth...tahniah Rosree atas pencapaian CGPA 3.71. Kak Mai pun belum jelas dan faham calon yang macam mana...masih dalam proses agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya kak mai.... mia pun sama juga...

      Delete
    2. terima kasih Kak Mai.
      Tahniah juga buat Kak Mai dan Mia. Dua-dua wanita yang hebat, sebagai isteri dan ibu, boleh capai CGPA yang begitu tinggi.

      Delete
    3. Terima kasih adik Rosree..Pimpinan Allah juga le..beri kesempatan untuk lulus dengan cemerlang. Untuk pengetahuan Kak Mai ni seorang guru. Subjek yg Kak Mai ambil semua berkaitan pendidikan. Maka tidak susah untuk faham kerana semuanya berkaitan dengan persekitaran esndiri. Lain pula dgn adik Mia ambil subjek yang agak susah dan mencabar. Nak tau setiap kali peperiksaan biasanya Kak Mai le yg paling akhir bangun keluar dewan bersama beberapa rakan yg lain. Untuk apa? Untuk pastikan jawapan yg ditulis sehabis detail dan sekemas yang boleh. Haa..itu juga satu TIP.

      Delete
    4. mm.. saya bukanlah seorang guru. saya kerja kat kilang sebagai designer (machine dan mould), byk masa dpn komputer. Since saya ambik BEME, semua subjek engineering dan math saya dapat A, tp tang subjek yg kene byk hafal dan baca tu jd masalah. paling teruk sy dpt C+ bg subjek guidance and counselling (ms tu soklan MCQ). Bg saya tak logik sy dapat C+, sekurang2nya sy boleh dpt B., tak tau lah mungkin ada kesilapan pihak oum kerana pernah berlaku pada satu subjek yang sy ambik pd semester yg kemudiannya, saya juga dpt C+, setelah sy komplen, ttg MCQ, sy kata mungkin berlaku kesilapan semasa setting mesin pengimbas (scanner machine), kemudiannya pihak oum menyemak semula dan bukan saya saja dari C+ terus tukar jadi A, malah pelajar-pelajar yang lain juga,. ada yang fail jadi pass, yang dapat C jadi B+ dan sebagainya.

      Delete
    5. ooo gitu. memang kadang kita takleh buat apa bila deal dengan soalan MCQ... huhu redha ajelah. nasib mia punya ok skit.

      Delete
    6. ooo, gitu,...dulu ade jgk student yg komplen tentang pemarkahan kertas BI, selepas komplen perubahan markah belaku kepada yang lebih baik..Kak Mai dapat C+ , tapi tak komplen..kehairanan tu memang ade..kerana pada waktu exam tidak masalah untuk menjawab,just terima aje..Maka berkurang le CGPA kak Mai.

      Delete
  21. Buat adik Rosree, umur masih muda, maka teruskan belajar, ikuti blog Mia ni, pakat-pakat beri semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya kak mai... sudi support mia ni. touching betul. kan best kalau dapat jumpa kak mai nanti...

      Delete
    2. hi Kak Mai, masih muda ke sy, tp rasa dah tua, dah 37. cuma tak pernah rasa tua utk menuntut ilmu

      Delete
    3. mia muda 3 tahun dari rosree... ;)

      Delete
  22. haa..belajar seumur hidup...yang baik tu Mia memang patut disokong. Umur 37 tu kira muda lagi le....umur pencen pun masih jauh lagi..Rosree.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu kak mai..... mia lagi muda dari rosree... boleh lagi belajar tu...

      Delete
    2. tak kira muda atau tua, menuntut ilmu adalah wajib. tiada siapa pun yang terlambat untuk menuntut ilmu kerana sudah berumur. Cuma kena seimbangkan dengan ilmu akhirat(agama).
      Pernah seorang ustaz tanya dalam satu tazkirah, "sekiranya kita menerima satu surat dari maharaja cina dalam bahasa cina, apa kita akan buat dengan surat tu?". Takkan kita nak buang, mesti kita nak tahu apakah yang ditulis dalam surat tu, sehinggakan seorang maharaja mengutuskan surat pada kita". Begitulah, sekarang ni kita ada satu surat 30 juzuk bukan dari maharaja atau dari orang besar, malah ia dari Tuhan sekelian alam, jadi kita patut mengetahui apakah yang hendak disampaikan dalam surat itu. Bukankah Quran itu satu buku untuk panduan hidup. ia adalah manual book.

      Delete
    3. tu lah dia pegangan kita. banyakkan bermal juga akan bantu bersihkan hati dan mudahkan mengingat dan menghafal nota. tu yang mia selalu buat.

      Delete
    4. Tepat sekali, banyak dekatkan diri dengan Allah swt.Kita dah usaha, dah baca, yang membantu kita semasa peperiksaan nanti hanya Allah swt. Selain itu, niat juga memainkan peranan yang penting. Kalau Kak Mai, selalu Kak Mai sematkan di hati agar segala ilmu yang dipelajari dapat digunakan dalam situasi sebenar dunia pendidikan di sekolah. Kita menuntut ilmu agar kita dapat menaik taraf ilmu pengetahuan kita dan menaik taraf diri kita sebagai Muslim yang cemerlang.

      Delete
  23. Untuk pengetahuan Mia ICT mmg Kak Mai minat.. Tapi ade kesibukan lain yg membataskan Kak Mai untuk terus maju dlm ICT. Minat nak buat laman Web , blog dll. Kalau dekat boleh juga berlajar daripada Mia ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu... sebab itu mia ada blog. boleh praktikkan coding, design kat sini. kalau tak nanti lupa. ICT nampak sangat mudah, tapi bila belajar huhuhhu kena kuat dan cekal. rajin menghafal pun ya juga...

      Delete
  24. Assalamualaikum wrmtwbrkth...selamat menyambut hari raya aidil adha semua adik-adik

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete