Bila Blogger Berbalas Berpantun...



Sekali sekala kita berbalas pantun apa salahnya. Di sini Mia cedok komen di dalam entri Pantun Luar Biasa di mana terdapat beberapa blogger yang berpantun dengan Mia... Berpeluh-peluh jugalah Mia nak jawab pantun-pantun yang dijual... Nak dapatkan idea nak jawab bukannya senang, makan masa jugalah..
















Terima kasih kepada semua blogger di atas yang sudi berpantun dengan Mia. Usah disimpan bakat yang terpendam tu..

Jangan ketawa ya bila baca  balasan pantun-pantun Mia tu... Segannya....

p/s: bestnya bila berpantun macam ni... mood happy...

Post a Comment

48 Comments

  1. kak mia patut battle of the pantun dgn shida.. shida tu expert tau, hikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantun kak mia terbaikk hehee :)
      liph..mna der la heheee :P

      Delete
    2. uikkkk caliph, battle of pantun ya.. bukan battle of the band...huhuhu

      Delete
    3. uikkk shida, kak mia biasa2 je ni...

      Delete
  2. daun pandan harum menwangi
    sudah lah wangi ceria warnanya
    hi kak mia Mrs Velentine datg lagi
    nak balas pantun tuan blognya..

    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalnya beras dari padi
      dibungkus terus dalam guni
      terima kasih daun keladi
      atas kunjungan mrs velentine ke sini

      Delete
  3. kucing memang suka minum susu
    susu di minum dengan sopan santun
    alamak... kenapa aku tak tahu
    kat blog kak mialiana ni ade berbalas pantun

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan-jalan naik kereta waja
      singgah pasar beli tauhu
      caranya senang mudah sahaja
      datanglah selalu baru tahu

      Delete
  4. kak mia buat lah segmen mari berbalas pantun..hehe.

    ReplyDelete
  5. Torbaikkkk :) Wa ta pandai berpantun :p

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum mia...seronok juga sesekali kita berpantun kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... memang seronok sangat. dah lama tak berpantun...

      Delete
  7. hahhahah xreti nk berpantun ni menyanyi boleh la :P

    ReplyDelete
  8. mari belayar ke tengah laut,
    dasar laut sangat indah,
    internet laju selalu ke laut,
    alamatnya,tutup blog sudah.

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga cempaka bunga kemboja
      pokoknya rendang di tepi pantai
      kalau nak internet laju mudah saja
      pergi ke tm langgan unifi

      Delete
    2. ulat bulu si ulat beluncas,
      tak lama jadi rama-rama,
      nak apply juga banyak cas,
      alamat berukband sampai suda....

      ngeee ;)

      Delete
    3. ada duri ada onaknya
      ada gula ada manisnya
      gunalah berukband seadanya
      sabarlah eca jika lambat internetnya

      Delete
  9. Wah! Wah! Menariknya kalau buat segemen tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk hehehe. takut nak buat segmen tu. takut takde sapa nak join...

      Delete
  10. Memang la kreatif si Mia ni
    Idea datang pelan pelan
    Wah bestla macam ni
    Mana boleh saya ketinggalan.

    Terdengar gelak dari si nyonya
    Bila apek berkain pelikat
    Tergelak saya bila membacanya
    Pape pun korg semua memang berbakat

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli gula di kedai nyonya
      beli juga minyak zaitun
      rosidah pun apa kurangnya
      ibarat bersilat di gelanggang pantun

      Delete
  11. Replies
    1. dah namanya pantun syok sendiri.. main belasah aje...

      Delete
  12. tak reti berpantun..
    tahu baca aje... hikhik...

    kalau k.mia buat segmen berbalas pantun, pasti ramai blogger yang punya bakat terpendam tu munculkan diri.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe ruha....

      kat sini pun ok apa kalau tak buat segmen. balas komen dengan pantun... heheheh

      Delete
  13. Anak dara jalan bersopan santun
    Menarik perhatian Tok Iman
    Semuanya penuh berbakat berpantun
    Harap budaya ini kekal sepanjang zaman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi sungai cari lokan
      dapat hasil jual di kota
      ayuh blogger sama-sama jayakan
      kekalkan tradisi budaya kita

      Delete
  14. perghhhhhhh dah lama tak berpantun pantun ni.. best besttt.. selamat berpantun Miaaaa

    ReplyDelete
  15. Sudah balik Dari Australia,
    Datang membawa patung Aise-Kamen,
    Terima kasih Wahai Mia,
    Kerana Sudi Tayangkan Komen!

    Seronok juga berpantun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam-malam tengok drift
      hiburkan hati suka ria
      sama-sama ya blogger taliff
      selalu datang support mia

      Delete
  16. wah berlawan pantun.. seronok tu. hehehe =) selamat berpantun kak~!

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. kena cari kelainan skit kadang2... kasi mood happy pada pembaca...

      Delete
  18. Replies
    1. heheheh memang comel lina... tq ya sudi singgah sini...

      Delete
  19. D TEMPAT KERJA HARU BIRU ..
    WAH KAK MIA TERHARU ..

    PERGI KEPASAR BELI SELASIH ..
    KAK MIALIANA TERIMA KASIH ..

    PANTUN 2 KERAT ACI X ? HIKHIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi kedai cari sari
      lambat dibeli habis rupanya
      pantun dua kerat nama diberi
      kak mia terima seikhlasnya

      Delete
  20. hahaha.. pandai semua berpantun...
    cam nak berpantun gak jer walaupun x reti.. hehehe

    ReplyDelete