Al-Fatihah Buat Arwah Ayah Mak Dara


Salam sejahtera semua. Mia nak ucapkan salam takziah kepada Mak Dara sekeluarga di atas pemergian ayah kandung tercinta ke rahmatullah. Berita ini diketahui daripada Facebook Mak Dara.

Mia sebenarnya terkejut apabila menerima sms daripada Mak Dara awal pagi tadi beritahu ayahnya sedang tenat dan dalam keadaan koma akibat serangan sakit jantung. Cepat-cepat Mia doakan sebelum pergi kerja pagi tadi. Risau betul Mia. Cuma berhubungan secara sms sahaja dengan Mak Dara.

Tup-tup tadi baru perasan kat facebook, ramai yang dah ucapkan takziah kepada Mak Dara. Sebak juga hati ini memandangkan Mak Dara rapat dengan Mia. Rasa macam nak pergi ke Kuala Lumpur sahaja sekarang ini. Tapi apakan daya, Mia ada kerja yang harus dilaksanakan di sini. Hanya dapat berdoa sahaja.

Rakan-rakan sekalian, jom kita beramai-ramai sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah mak dara dan semoga rohnya tenang di sana...

Al-fatihah...

p/s: bergenang air mata ini ketika menaip entri ini...

Post a Comment

38 Comments

  1. Tak sangka begitu cepat pakcik adnan pergi...saya dulu pun sekelas dgn tuty dan tengku, selalu jugak tahu pasal xtvt ayah mak dara ni..harap dorg kuat mghadapi dugaan ini..

    ReplyDelete
  2. Salam takziah utk mak dara sekeluarga.
    Semoga terus tabah.
    Al fatihah

    ReplyDelete
  3. Salam takziah untuk Mak Dara sekeluarga.. Al-fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  4. Alfatihah...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman!

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mia...al-fatihah buat arwah ayah mak dara...:)

    ReplyDelete
  6. takziah mak dara,semoga akan lebih tabah.

    ReplyDelete
  7. Salam takziah buat mak DARA sekeluarga. Al-fatihah khas untuk arwah

    ReplyDelete