Kisah Masa Newbie : Tidak Sengaja Boleh Ada Blog



Kisah ini pada masa dahulu, tahun 2007. Masa itu ramai yang tidak tahu tentang blog. Nak dijadikan cerita timbulnya idea nak buat blog itu selepas inbox dalam emel penuh dengan emel-emel daripada rakan-rakan. Nak dibuang sayang betul sebab mengandungi maklumat yang berguna dan boleh dirujuk di kemudian hari. Fikir punya fikir, tup-tup cubalah buat blog dan masukkan semua maklumat daripada emel ke dalam blog. Selepas itu barulah boleh buang emel yang melambak di inbox itu. Kelakarnya pada masa itu. Boleh disimpulkan di sini, yang Mia sebenarnya tidak sengaja boleh ada blog.

Kadang update, kadang tidak. Ikut suka... Masa itu Mia gunakan http://mialianas.blogspot.com. Memang untuk diri sendiri. Tidak kisahlah ada orang datang melawat blog ataupun tidak. Apatah lagi tentang trafik dan komuniti blogger. Asal namanya nak mialiana tapi dah ada orang register nama itu jadi Mia tambah s di belakang jadi mialianas. Kenapa pilih nama Mia Liana sebab memang suka dengan nama Mia ni, nampak manis dan lembut bila disebut... (mood perasan sekejap). Sehinggalah pada tahun 2010, Mia aktif berblog secara konsisten dan mula update blog dengan kisah peribadi, keluarga dan belajar di OUM. Kini... blog ini semakin matang dan  sentiasa mendapat kunjungan. Terharunya....

Sepanjang masa Mia memang suka tukar-tukar header dan background blog. Bila dah jemu, Mia tukar yang lain pula. Begitulah seterusnya sehingga sekarang bila dah ada domain sendiri mialiana.com pada awal tahun 2011. Seronoknya bila dah terjebak dalam dunia blogging ini. Hilang segala masalah dan bestnya dapat ramai kawan...

Sebab itu bila anda lihat entri-entri lama semuanya mengandungi maklumat daripada emel. Sumbernya pun Mia tidak tahu datang dari mana. Mula-mula untuk rujukan sendiri, tapi bila dah dimasukkan ke blog.. boleh jadi rujukan semua orang bila dicari dengan search engine seperti Google. 

Yang pastinya, blog inilah penghibur hati di kala duka, sedih, susah hati dan tension dengan kerja...

p/s: sejarah blog ini.... siapa sangka....

Post a Comment

38 Comments

  1. tu la berblog ni kadang2 tmpt menenangkan sebenarnya secara tak sengaja...^^

    ***salam ziarah dan selamat hari raya...takde beropen house ke?...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah JS.. Mia tak buat open house raya ni. selamat hari raya ya..

      Delete
  2. yana dulu pon buat blog xda tujuan. suka2 jerk sbb xtau kelebihan berblog. awal thn lepas baru aktif berblog. heheh

    ReplyDelete
  3. Wah.... bestnya sejarah apabila dikenang balik ek Mia....
    cuma OKje nak tau macamana boleh ada domain sendiri? kelebihannya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. bila dah ada domain sendiri ni kita akan nampak lebih serius dalam blogging. kelebihannya.... ada storage untuk emel @mialiana.com dan dipandang tinggi sedikit oleh pengunjung berbanding .blogspot.com

      lebih kurang gitu lag agaknya... ;)

      Delete
  4. Replies
    1. haah eraz... eraz pun dah ada domain sendiri... sejarah juga tu..

      Delete
  5. dulu saya fobia ngn blog ni...member byk ckp pasal blog politik yang byk kutuk-mngutuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii biarkan blog politik dengan dunianya.. kita buatlah dunia kita sendiri dan happy dengan blog yang ada.

      Delete
  6. amboi..ada sejarah blog sis ni...sy pun mula utk sendiri2 aje..tanpa peduli trafik segala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi nanti lama-kelamaan bila dah serius dalam blogging, trafik akan jadi aset terpenting dalam blog.

      Delete
  7. Sejarah untuk dikenang ni.. hee..

    ReplyDelete
  8. hehehe...
    kenangan yang lucu untuk dikenang kan?
    saya dulu cuba-cuba je, tapi tak sangka boleh menjadi hobi..=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... mula-mula hobi nanti lama-lama boleh jadi career..

      Delete
  9. wahh...dari tak sengaja tapi sekarang dah jadi blog yang famous amos gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai malunya kak mia ni momoy.. memang betul2 tidak sengaja... huhuhu

      Delete
  10. dari tidak sengaja..
    dari tidak dikenali..
    sekarang dah dikenali..
    siap ada domain sendiri..
    tahniah k.mia... :)

    ReplyDelete
  11. dr tak sengaja dah jd tegar kan?
    sop dulu pun buat blog kerana ikut2 org.. berapa kali buat delete... masa tu lebih kepada portal..
    last2 jg blogger.. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... tu lah sop lagi tukar2 url blog.. sampai pening mia dibuatnya.

      mia pun tak sangka juga boleh jadi blogger... hehehe

      Delete
  12. mesti bahagia je kan kak mia bila kita buat apa yg kita suka..
    saya buat blog ni memang sbb saya suka menulis. skg ni tgh dlm proses buat novel. baru separuh jalan je. tolong doakan ye =)
    tp blog ni sekadar suka-suka. tempat meluah rasa, teman berbicara

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhhh bagus tu buat novel. ok kak mia doakan baby. nanti dah siap beritahu ya.

      Delete
  13. hehehhhe btol2 trase bahgia je sy bila ber blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. bahagianya dapat jalan ke blog orang lain dan baca kisahnya.. seolah-olah macam dah kenal betul. bila jumpa di depan mata tentu mesra sebab dah kenal perangai masing-masing melalui blog.

      Delete
  14. kali pertama create blog dulu sbb lecturer suruh.. dia ckp best laa sbb bole kongsi mcm2.. so sy terpaksa create satu..

    blog sy skrg ni mmg btul2 nk create.. so bru bole feel apa yg best tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu caliph... feeling tu memang best dan susah nak ada kalau takde blog. jadi buatlah blog dan akan tahu perbezaannya... sukanya kak mia...

      Delete
  15. ehheee..sama la kak mia dulu shida buat blog pun xde motif sejak 2009 pastu stop kejap sbb blurr..masuk 2010 bln7 baru betul2 aktif heheee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita ya... bila dah aktif ni barulah merasa betapa bestnya berblog...

      Delete
  16. samalah sya mula2 buat blog 2010 tp 2011 baru nak aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo.. biasalah masa newbie memang tak tahu apa2 sangat. bila dah aktif baru tahu kebaikan blog yang sebenarnya.

      Delete
  17. waaa camtu sejarah akak?

    kalu jue pula? hihiiiik nak ingat balik

    ReplyDelete
  18. dlu sampai skrang asya masi mencari motif nak berblog. haha

    ReplyDelete