Cuci Dan Bersihkan Rumah Sewa Di Tampoi





Hmmm... Rehat sekejap terus update blog. Hari ini projek Mia dan Suami Mia ialah cuci dan bersihkan rumah sewa kami. Fiuhhhh... berpeluh-peluh ni... Sofea dan Syakirin pun ada juga. Alhamdulillah dah dapat penyewa rumah ini melalui entri INI. Memang cari penyewa yang telah berkeluarga. Sayang sangat kat rumah ini...

Perjanjian sewa rumah pun telah dipersetujui dan ditandatangani. Kalau tiada perjanjian sewa rumah susah... sebab macam-macam boleh berlaku di kemudian hari. Zaman sekarang ni susah betul nak percaya dengan orang luar.

Harap sangat penyewa rumah baru ini tidak bermasalah dan dapat bayar sewa rumah setiap bulan secara konsisten seperti yang termaktub di dalam perjanjian. Kalau tidak, susahlah tuan rumah nak bayar kat bank nanti.

Penyewa rumah sebelum ini pula terpaksa berpindah kerana tukar kerja ke Seremban. Senang dan tiada masalah dengannya.

p/s : mana yang tidak elok, dibaiki... mana yang rosak, ditukar...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Post a Comment

28 Comments

  1. Replies
    1. tuan rumah (Suami Mia) dah tolong cucikan rumah ni. nanti penyewa rumah ni senang... tinggal masukkan perabot je...

      Delete
    2. bgus laa cmtu.. mudahkan semua pihak kn ^^

      Delete
  2. Replies
    1. RM 450.00 sebulan. Rumah ini 3 bilik + 2 bilik air...

      Delete
    2. kalau ade 10 buah rumah x 450 = ?? .. wahhh kaya kaya kaya .. leh g umrah neh.. hehe

      Delete
    3. uiiii takde lah banyak sampai 10 buah rumah... bukan setakat pergi umrah, pergi haji la terus.

      Delete
  3. mmg tugas tuan rumah kena cuci.. :)
    nanti penyewa senang.. masuh pindah jer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... Cuma ada masa hari ini dan esok saja. 7 haribulan ni penyewa dah mula masuk...

      Delete
  4. murah Rm450 tu eh. mana ada sewa yg harga bawah 400 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni memang harganya dari dulu. belum pernah naikkan lagi baby.... tak pasti pula kalau2 sewa kat kawasan ini dah naik jadi RM 500 tahun ni..

      kalau nak yang bawah RM 400 kena cari yang jauh skit dari bandar...

      Delete
  5. assalamualaikum mia....seronoknya sama2 ambil bahagian memcuci rumah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam mama... Haah memang seronok buat kerja2 macam ni dengan keluarga... Lebih mesra...

      Delete
  6. Salam Mia...

    Kat sini...mmg tak dapat harga ratus2 dah...Kalo kat area ahkak kan rm450 tu dapat sewa bilik jer. Kalo harga apartment dlm 1300 - 1500. Harga rumah sewa kat KL mmg mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhhh sampai beribu tu... heheheh tak sanggup mia nak dok sana..

      Delete
  7. wahhh..kalau dekat boleh bantu kak mia cuci2 juga hehee ^_^
    bersihh sudah :)

    ReplyDelete
  8. Esok ada kerja2 baik pulih lagi yang perlu di bereskan

    ReplyDelete
  9. memang murah sewa RM450 tu, susah nak cari sewa murah macam tu skrg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... janji ada orang duduk rumah ni... takdelah dibiarkan kosong...

      Delete
  10. Replies
    1. ada lewis... untuk black & white. nampak proper.

      Delete
    2. slm..
      xde lg ke?
      tgh cari rumah sewa jgk ni..
      rumah teres ke ni?

      Delete
  11. Assalamualaikum sis Mia.

    Ye. setuju sangat sis. memang patut ada agreement. Sewa kereta atau rumah better ada untuk kesenangan 2-2 pihak =)

    Momoy pun sedang cari penyewa juga =)
    Reason sewa sebab Momoy ada rumah lebih.

    Kalau ada yang berminat tengok gambar dan info di sini

    http://www.momoy-blogirl.blogspot.com/2015/02/rumah-untuk-disewa-lokasi-kerteh.html

    ReplyDelete