Salam Jumaat semua. Di hari yang baik ini, jom kita renungkan hadith di bawah ini. Mia terima emel daripada rakan Mia dan ingin dikongsikan di dalam blog ini.
Memang susah untuk menjadi orang yang sabar apatah lagi kalau kita dianiaya oleh orang lain. Biarkan sahaja mereka. Kalau kita berbuat baik pun, tidak elok menunjuk-nunjuk. Keikhlasan yang lebih utama. Yang penting kita tahu batasnya. Mungkin ini untuk menguji kita supaya sentiasa ingat kepadaNya.
Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
Hadith :
Seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
-Riwayat Muslim-
Huraian :
- Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
- Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
- Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
- Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.
sumber hadith dan huraian : emel
p/s: lama-kelamaan orang itu sendiri yang akan berbuat baik pada kita bila dah sedar nanti ....
27 Comments
perbuatan baik akan mendapat balasan yang baik jugak
ReplyDeleteamin... betul tu..
Deletebetul kak mia..atas pgalaman sndri :)
ReplyDeletehaah kan shida. pengalaman yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.
Deleteyup....1 ari akn tbukak pntu hati org tu utk buat baik thdp kite
ReplyDeletetu la. 1 hari tu yang kita tak tahu bila. tapi akan berlaku juga kan..
Deletebetul kak :)
ReplyDeleteterima kasih mrs eady..
Deletesemoga memberi manfaat kepada kita semua..
ReplyDeletehmm..perlu baiki diri saya dari masa ke semasa.. :)
amin.. begitulah hendaknya.
Deletememang kak. walau kadang2 terbabas kesabaran tu, kena cuba pujuk hati balik... buat baik pasti ada balasan :)
ReplyDeletehttp://aloe-veraa.blogspot.com/2012/09/promosi-vco-softgel-and-collagen-from.html
pujuk hati sendiri dengan buat apa2 yang menghiburkan... lepas tu hilanglah..
Deleteassalamualaikum mia...betul tu moga mereka dpt hidayah nya...:)
ReplyDeletewaalaikumussalam... terima kasih ya mama..
DeleteBlog walking. Very nice and informative blog.
ReplyDeleteBtw, macam mana nak dapat domain free? Hehe.
terima kasih sudi blogwalking ke sini.
Deletekalau nak domain free, nanti join Giveaway by JiwaRosak bermula pada 17 september ni..
Betul tue Mia...Sama2lah kita perbaiki diri...
ReplyDeleteamin... terima kasih ya cik rose.
DeleteBetul2..
ReplyDeleteterima kasih ya sally..
Deletebetul2 sabar itu separuh drpd iman :D
ReplyDeletehaah bella... sabar dan terus sabar..
Deletenoted.. smoga dijauhi spesis khianat kwn, based on my exp...
ReplyDeleteamin... kalau boleh janganlah ada spesis khianat tu ada dalam komuniti kawan kita ya caliph...
Deleteterima kasih ya sudi invite mia..
ReplyDeletebiar org jahat ngan kita yg penting kita baik dgn dia..sebab nnt 1 hari dia mesti terasa akan kebaikan kita...huhu
ReplyDeletehaah betul tu mrs velentine.. buat baik saja. jangan buat jahat. huhuh
Delete