Terserempak Dengan Kemalangan Di Lebuhraya Pasir Gudang

Tadi tengahari, Mia sekeluarga bersama Mak Mertua dan anak saudara Suami Mia pergi ke Hospital Kota Tinggi. Ingin melawat Atuk Suami Mia yang dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari yang lepas. Katanya sesak nafas dan semput. Usianya pun dah hampir 80 tahun.

Dalam perjalanan, kami melalui lebuh raya Pasir Gudang dan terserempak dengan sebuah kemalangan. Nasib Suami Mia yang pandu kereta. Kalau Mia tentu dah menggeletar kepala lutut ini.

Bas sekolah tersangkut di tengah-tengah lebuhraya. Apa kes? Sampai-sampai sahaja dah macam itu. Semasa lalu, sempat juga Mia ambil gambar dan instagramkan.

Tadi petang semasa pulang dari Kota Tinggi, kelihatan bas tersebut telah pun dialihkan ke tepi jalan raya berdekatan kawasan stesyen minyak.

Risau juga bila memandu di jalan raya. Kita memanglah berhati-hati, takut orang lain pula yang terlupa nak hati-hati.

p/s : nasib baik hari ini budak tidak bersekolah...


Post a Comment

34 Comments

  1. macam mana boleh melintang ? dahsyat betul pemandu bas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la Miza... Memang hebat betul pemandunya. Kami cuma lalu sahaja. Tak berhenti pun...

      Delete
  2. takut nye tgok smpai lentang tgh2 jalan camtu..nasib xde pape yg truk kan..

    ReplyDelete
  3. mgkin laju sgtlah tu yg sampai melintang gitu.. betul cakap kak mia, kadang2 kita berhati-hati tp org disekeliling cuai pun boleh beri impak jugak..
    apa-apa pun, hati-hati ye memandu kawan2 semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Risau juga ni bawa kereta... Selalu baca doa biar selamat...

      Delete
  4. Ish ish,ni makin takut nak naik bas nih.Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kema naik bas, kena redha dan tawakal aje...

      Delete
  5. salam kenal dik
    aduhh takutnyaaaaaaaaaa lah hai .. huhu

    ReplyDelete
  6. Inna Lillahi Wainna Ilaihi Roji3uun..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Uiii kalau lori treler lagi bahaya... Kenderaan lain boleh jadi mangsanya.. Huhuhu...

      Delete
  8. ini yg kita takut.. tiba2 ada kemalangan betul2 depan kita... susah kita nak elak..
    selalu berdoa dan berdoa sebelum memulakan perjalanan
    moga kita dilindungi.. amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Memang sentiasa berdoa sop... Kita pun tak tahu bila nak terjadi... Perlu sentiasa berhati2...

      Delete
  9. kemalangan hgway memang setiap hari berlaku..
    sondok dari belakng perkara biasa..
    lagi bawak motor memang bahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan.. Lagi kalau bawa motor memang besar risikonya...

      Delete
  10. Semoga dijauhkan perkara2 yag tak elok cam tu...

    ReplyDelete
  11. nauzubillah...doakan moga slmt kita2 yang nak balik beraya d kampung!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Semoga kita semua selamat... Sama2 la kita berdoa...

      Delete
  12. assalamualaikum mia...memang mengerikan mcm mana boleh jadi mcm tu sekali...jalan ke Pasir Gudang tu memang selalu jammed n kalau ada sedikt kemalangan pasti jammednya bagai nak rak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam... Haah. Kalau kenderaan rosak tepi jalan pun boleh jammed juga kat highway pasir gudang ni... Huhuhu...

      Delete
  13. huhu seramm sya tgk kak mia..sya sndri penah tgk kemlangan depan mate smpai demam2 sya huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala kesiannya sampai demam2.. Memang betul2 terkejut tu...

      Delete