Sampul Duit Raya
Bila dah nak hari raya, perkara paling utama ialah memasukkan duit raya ke dalam sampul raya. Selalunya Mia akan buat 2-3 hari sebelum balik kampung. Siap-siap masukkan duit dulu nanti bila dah balik kampung dah sibuk buat benda lain pula.
Setakat ini bekalan sampul duit raya sentiasa mencukupi setiap tahun. Bila berbelanja di pasaraya ke... pergi bank ke... tukar duit raya ke... tentulah dapat sampul duit raya. Ada juga yang tidak cukup sampul duit raya dan terpaksa buat sendiri guna kertas sampul hadiah (kreatifnya, sempat pula tu..) ataupun beli di kedai. Gambar kat atas tu, sampul duit raya yang Mia dapat dari pejabat. Boleh menambah koleksi sampul duit raya sedia ada.
Sampul duit raya selalunya Mia asingkan ikut RM1 sekeping, RM1 dua keping dan RM 5 sekeping. Siap buat label kat plastik sampul duit raya, takut tertukar nanti. Kalau buat kerja-kerja masukkan duit raya ke dalam sampul raya ini, selalunya buat pada waktu malam selepas Sofea tidur. Dapat buat dengan cepat dan tenang.
p/s: tidak suka buat persediaan last minute untuk duit raya...
24 Comments
Wah mia..cepatnya masukkan duit dalam sampul..kita baru tukar duit tu hari..tgok2 sampul pulak tak cukup.
ReplyDeletehehehe..betul tu tak suka buat persediaan last minit utk duit raya..harap2 dengan sedekah mia ini akan menambahkan rezeki yg ada yer.. :)
lahh tak cukup ke? kat rumah mia n dah berlambak sampul duit raya.
Deleteuikkk heheheh... budak2 memang suka dengan duit raya. time ni la nak bersedekah kat budak2. minta diorang tolong doakan...
wah dah siap2 dah ek..phat duit pun x tuka lagi sampul plak yang tahun lepas banyak lagi tapi entah mana pegi nya mlm ni cari lagi hehe
ReplyDeletehah... kena cari tu phat. ada la tu terselit kat mana-mana... selamat mencari..
Deletewah...dah siap msukkan dlm smpul nih..hehe
ReplyDeletehaah jom join ya mira... boleh lah tolong skit2..
Deletekak mia, nak duit raya sekupang bole? hehehe
ReplyDeletewahhh... hehehe, kalau nak duit raya, meh datang beraya ke rumah kak mia.. ;)
Deletex banyak dapat sampul tahun ni... nampaknya bagi tanpa sampul je lah...
ReplyDeleteboleh juga bagi tanpa sampul.. tapi mia seganlah takut orang nampak duit color apa....
Deletewah, dah siap ea? pos sini satu..hehe ^^
ReplyDeleteuikkkk hehehe.. tak yah pos2. meh datang rumah nanti kak mia bagi duit raya... ;) peace..
Deletekak mia ni memang teratur orangnya..
ReplyDeleteuikkkk takde la sangat. cuma bila dah habis belajar, terasa macam banyak masa pula..
Deletetahun ni sy xde sampul duit raya... susah pulak nak dapatkannya...
ReplyDeletehmmm... nampaknya terpaksalah buat sampul sendiri atau beli di kedai atau bagi duit raya tanpa sampul.. huhuhu...
Deletehahaa..smala plak kak shida pun tadi baru kemas2 duit masuk lam sampul..mmndgkan duit shida tukar kat bank dah dpt kan :)
ReplyDeleteooo bagus2... duit kena tukar cepat kang nanti dah abis pula duit baru kat bank tu..
Deletesy xsempat lagi nak mskkan dlm sampul.. huhu,.. wah cepatnya akak.. :)
ReplyDeleteuikkk heheheh... jom masukkan duit ke dalam sampul raya.. hihihi
Deleteuntuk eca ada x ne?heheheh :)
ReplyDeleteuikkk... eca kena datang raya ke rumah kak mia la... baru leh dapat....
Deleteboleh kasi kat saya ke sampul duit raya ambank, hanya sekeping.
ReplyDeleteuikk hehehe...kalau bagi sampul wajib ada isinya...
Delete