Mood Raya + Monday Blues


Punyalah lama cuti selama seminggu. Seronok raya sana dan sini. Terasa sekejap betul masa dah berlalu. Tup-tup dah kena naik kerja pada hari ini.

Punyalah berat hati nak bangun pagi tadi, rasa macam nak sambung cuti. Tapi apa kan daya cuti hanya tinggal 4 hari sahaja. Banyak cuti yang diambil semasa semester Januari 2012 (terakhir) di OUM. Sedihnya. Nak kena simpan. Nanti nak cuti lagi masa nak konvokesyen OUM.

Pergi kerja jugalah hari ini. Nak buat kerja pun masih tiada mood lagi.. Sempat pula berfikir, malam ni nak raya mana pula. Banyak lagi rumah yang belum dikunjungi.

Kiranya Mia ni tengah mood raya + monday blues.... terasa macam di awangan pula... Kena atasi juga penyakit ni. Jangan dibiarkan lama. Rasanya semua orang pun alami yang sama...

p/s: tarik nafas panjang-panjang dulu.... yakin boleh...

Post a Comment

48 Comments

  1. mlm tadi letak tepun tepi telinga set jam siap takut terlupa pagi ini bekerja.. hehehe
    monday madness.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh hebat... nasib bangun.. kalau tak bangun parah juga nanti.. huhuhu

      Delete
  2. huhu..same la...mood raya msh mmbara di jiwa..eceh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... membara bagaikan berapi2 di dalam... huhuh

      Delete
  3. Replies
    1. yeahhh... terima kasih ya suzlin.. bagi kata2 semangat.

      Delete
  4. mood x dtg2 lagi ni..dah dekat kul 10.30 dah ni hahaha

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Mia..

    sori lame xsinggah sni..
    bestnye akak, dh nk konvo dh..

    btw, slamat ari raye ye kak Mia..
    maafkn sy kalo ade salah silap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's ok nisa... tu lah kan? sekejap je dah nak konvo nanti... ni yang tak sabar...

      selamat hari raya juga ya... sama2 lah kita bermaafan..

      Delete
  6. tarik mood raya tu sampai 1 bulan.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh... 1 bulan? langsung tak leh buat keje nanti..

      Delete
  7. assalamualaikum mia...mama dtg singgah beraya yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.... jemput2 lah datang beraya dan makan kuih apa yang ada ya.. mama...

      Delete
  8. salam...aku raya ke 3 dah keje..punya la tak aman hati nih asyik tingat umah je..tingat sedara mara yg datang huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiii cepatnya naik keje. memang betul hati ni sungguh tak aman...

      Delete
  9. amboii kak mia...masih nk raya..shida pn hari ni dah mula kerja,mood raya kena tolak jauh2 dah nnt kerja asik melangut jer hehee :p

    ReplyDelete
  10. Biasalah kalau cuti panjang tentu hendak pergi kerja pun agak malas. Begitu blog kalau lama tak ada entri baru hendak menulis balik pun malas. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu... memang penyakit malas akan melanda time2 ni...

      Delete
  11. klau keje krajaan x risau sgt sbb dlm bulan ni diorg still celeb raya kt dept masing2 ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lah takde sangat tapi ni mia dah sibuk pula dengan sambutan hari raya di pejabat huhuhu... jadi ajk jemputan dan multimedia...

      Delete
  12. hari ini sememangnya ramai yang monday blues :)

    ReplyDelete
  13. saya everyday blues. hehe. waaa mood still kat kg. huk3

    ReplyDelete
  14. slamat hari raya! waa, malas nak start kerja. hehe. salam perkenalan. free2 jmput singgah blog :)

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga....

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari raya ^_^

    ReplyDelete
  17. saya dah start keja semalam.. huhuhu sangat malas!

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun... penyakit m dah merebak besar....

      selamat hari raya juga ya syiela..

      Delete
  18. ha ha ha..rata2 kwn2 semua dilanda monday blues. Mak lg parah. Sampai tak berupdate blog. Muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiiii mak... betul2 monday blues tu... blog pun terjebak juga..

      Delete
  19. MOOD MASIH BERAYA HATI MASIH KAT KG...

    ReplyDelete
  20. Memang parah kalau dah cuti lama ni, nak masuk kerja balik confirm malas. Nasib la hari ni cuti lagi. Kurang sikit perasaan tak best tu.

    ReplyDelete
  21. Selamat hari raya aidilfitri mialiana. Sebulan mood raya baru hilang.hoho

    ReplyDelete