Wahh... Bestnya. Baru sahaja selesai aktiviti memasak di awal pagi raya pertama. Di waktu ini, kaum lelaki sedang menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di masjid. Kaum wanita pula sibuk di dapur hendak menyediakan juadah di pagi raya.
Lokasi masak-memasak di dapur rumah keluarga Mia di Batu Pahat. Tengah malam tadi Mia dan Suami Mia baru sampai sini, memandangkan kami bertandang dahulu ke rumah keluarga Mertua di Johor Bahru. Lega.. nasib dekat. Tak jauh sangat.
Masak memang banyak. Guna kuali besar dan periuk besar. Memang puas lah kalau makan. Siap tambah-menambah. Selalunya ada aktiviti kunjung-mengunjung di sini, berbalas mangkuk rantang. Jadi, dapat merasa masakan jiran tetangga juga.
Jom kita tengok... apa yang dimasak untuk pagi ini.... zasss.
Lauk wajib - Lodeh
Sambal kacang
Nasi impit guna bekas lontong
Paling wajib - ketupat
p/s: ketika ini Adik Mia, Ikin dan suaminya beraya di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Keadaan Adam dah agak stabil dan masih lagi dalam wad ICU untuk senang dipantau oleh doktor.
9 Comments
best2 semuanya ...
ReplyDeletememang best... nyamm.. nyam... jemput makan ya mizah..
Deleteselamat hari raya
ReplyDeleteselamat hari raya juga.... ;)
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Kak Mia. Rindu rasanya nak beraya di kampung. Huhu
ReplyDeleteterima kasih ya dear... selamat hari raya juga... psstt best tau beraya kat kampung... terasa kemeriahannya..
Deleteterima kasih ya... mia pun nak ucapkan selamat hari raya pada cik fie..
ReplyDeletewahhh pndainye kak mia masak... :)
ReplyDeletebuatla resepi kak mia...heheeee
Uikkkk hehe.. Takde la pandai masak. Tolong family masak ramai2...
Delete