Semalam petang balik Johor Bahru lalu jalan biasa Pontian sebab nak lalu highway mesti sesak. Terus bertandang ke rumah Mak Mertua.
Tengah malam tadi baru sampai rumah. Tup-tup macam ada bau yang kurang menyenangkan dan nasib tidak terpijak dalam kegelapan. Rupanya kucing jiran pergi membuang najisnya betul-betul di atas jubin depan pintu rumah. Punyalah angin. Ni mesti kerja si kucing hitam yang bulu kembang itu. Tuannya tiada di rumah. Kalau lepak kat sini tidak mengapa, ini dijadikan tandas pula. Bukannya sedikit, banyak pula tu. Maklumlah kami tinggalkan rumah sejak hari Sabtu lagi.
Nak marah pun tidak guna. Tuannya belum balik lagi. Terpaksalah Suami Mia cuci malam tadi dengan keadaan penat. Sungguh bengang betul.
Pagi tadi pula, apa pasal lain macam pula bau ini. Bila dibuka pintu, buang lagi najis kat depan pintu rumah. Bertambah anginlah kami. Kalau wangi tidak mengapa... ini baunya memang tidak menyenangkan.
Gambar yang baru Mia ambil sebentar tadi ketika Suami Mia cuci depan pintu rumah buat kali kedua.
Nasihat kepada mereka yang bela kucing, jagalah kucing sendiri ya jangan sampai membuang najis di rumah orang.
p/s: moody sedikit hari ini..
25 Comments
Mmg bengang tau Mia.Akak pun selalu kena.Nak marah, jiran tu punyalah baik.Nasib baik kucing kampung,jiran tu terus buang.
ReplyDeletetu lah kak scar... memang angin dibuatnya. ooo kak scar pun pernah kena juga. nasib baik tuannya ok.
DeleteKlo siram air mmg dia takot tu kak mo dtg lg. Bgs jg bg amrn, nt lemk, asik nk buang d dpn ruma ja
ReplyDeletehaah tu la... memang ingat nak siram. tapi tuannya dah balik malam tadi. terus dikurung.
Deletepagi ni, dia dah tak melepas di depan pintu rumah lagi...
pndai plak kucing tu pilih tempat.. klau buang kt umah tuan sendiri, bila tuan balik nanti msti kucing tu kena buang daerah kn, hukk...
ReplyDeletehaah... kucing sekarang ni dah pandai skit... pandai jaga hati tuannya sahaja... huhuhu..
Deleteassalamualaikum mia...kesian nyer ....nasib baik la kucing mama tak mcm tu....
ReplyDeletep/s jemput la dtg ke pondok buruk mama ni...:)
waalaikumussalam mama... terima kasih ya. mia dah datang ke blog mama semalam. kagum betul bila tengok entri2 mama... so sweet..
DeleteSalam Mia,
ReplyDeleteKata org sekali kucing buang najis di sesuatu tempat, dia akan buang di tempat yg sama juga selepas tu. Kena cuci betul2 sampai dia x blh jejak lagi bau tu.. akak pun tak pasti sebab x pernah bela kucing.. Jiran2 pun takde yg bela kucing
tu lah kan? memang dah cuci sebersihnya supaya tak de jejak dia lagi.
DeleteSabar je lah..
ReplyDeletememang tengah sabar ni... kalau tak sabar memang dah kena hambat kucing tu... (mood berangan je)
Deleteeii..kalau sy pun geram kak mia.:)
ReplyDeletetu la.. semua orang tentu geram... kalau tak geram pelik la..
Deletekucing mmg camtue. Dah buang sekali, dy akan buang kat tmpt yg sama berulang2 kali sbb ade bau. Mmg la geram tp nak bt camne kan... dy xde akal nak pk mcm manusia. Siram air, ok la kot. Jgn buat kejam sudah la ea. Dy p0n ciptaan Allah gak.... =P
ReplyDeletetak delah sampai nak dera kucing tu... cuma nak siram air skit kasi amaran... tu pun tak lalu2 depan rumah, macam tahu2 je dah buat salah.
Deletebila tuannya balik malam tadi, terus dikurung. hmm... tak sempat nak siram air dah... huhuhu
tak pe kak, banyakan bersabar.
ReplyDeleteMemang bersabar... Sampai sekarang pun tak cakap lagi dengan tuannya....
Deletekucing sy pulak kak mia suka muntah depan pintu rumah. nasib baik jarang2. dan nasib baik lah rumah sendiri, bukan rumah jiran. tapi bising jugak lah nak membasuh tu.. hehe
ReplyDeleteJenuh juga nak cuci... Yang tak tahan baunya tu... Peliknya, suka muntah pula...
Deletekak mia len kali pas jubin dah keringkan sembur dgn ridset spya bau penamat hilang..sbb biasa dia dah buang dia akan dtg balik kalo dpt kesan balik bau tu..cuba lah hehee :)
ReplyDeleteSuami Kak Mia dah taruk klorin... Kasi hilang semua jejak dia.... Setakat ni dia belum buat lagi...
Deleteapa kata mia buat tandas awam kat tepi rumah mia ngan jiran tu...siap tulis lagi "SI KEMBANG HITAM SILA BERAK KAT SINI, JANGAN DEPAN PINTU RUMAH SAYA"...mesti tuan dia terkedu bila tengok..so dia akan take care ngan perkara ni...
ReplyDeleteUikkk tak sampai hati nak buat cam gitu. Nak-nak tengah musim raya. Kang gaduh pula dengan jiran...
DeleteTq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
ReplyDeleteMungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
www.tenringgitshop.com
Selamat mencuba yer.