Ketupat Hias Segera
Sejak semalam Mia dan Lela sibuk menghias Unit ICT. Maklumlah minggu depan dah nak hari raya aidilfitri. Pasang lampu kelip-kelip. Barulah nampak suasana nak raya sedikit.
Kali ini Mia nak berkongsi kisah kami yang rasanya memang tak larat nak anyam ketupat reben. Tup-tup timbul idea dengan cari gambar ketupat kat Google, selepas itu dicetak dan digunting. Ini namanya ketupat hias segera @ ekspres. Hmmm.. Mia dapat buat 20 keping. 1 keping untuk 2 ketupat. Macam-macamlah boleh digayakan ikut suka kita.
Jom tengok gambar yang telah Mia instagramkan. Berubah terus warna ketupat hias segera ini...
Gambar ketupat bersaiz besar yang Mia jumpa di Google. Lepas itu Mia terbalikkan gambar ketupat itu menggunakan Adobe Photoshop. Dapatlah sepasang gambar ketupat.
klik SINI untuk lagi besar
klik SINI untuk lagi besar
Hahhh.. yang ini juga ketupat hias segera versi lawa sedikit. Anyam reben di atas kertas A4, selepas itu, kemaskan ke belakang dan gam atau cellotape. Jadilah ketupat sekeping. Boleh guna semula untuk tahun depan. Guna reben besar, dapat buat dalam 10 keping sahaja.
p/s: semester ini tiada budak praktikal di Unit ICT. suasana nak raya di pejabat tidak semeriah dulu...
30 Comments
assalamualaikum mia....wah!! cantik deko opis mia moga gembira menyambut hari raya nanti yer...:)
ReplyDeletewaalaikumussalam.... uikk heheheh.. hias mana yang patut ni... memang suka nak sambut raya..
Deletewah rajinya akak
ReplyDeleteterima kasih ya mrs velentine...
Deletewah...kreatif2... :)
ReplyDeleteuikkk hehehe.. terima kasih ya mira...
Deletehahaa..senang citer kan kak mia, tak payah susah2 nak anyam. kak mia pandai ke anyam ketupat?
ReplyDeleteboleh anyam zilla. dengan reben leceh sedikit, sebab licin. kalau dengan daun kelapa, laju je... heheh..
Deletetahun ni macam tak larat pula nak anyam ketupat rreben banyak2... huhuhu
saya pun siap hias pejabat...eangat raya n merdeka
ReplyDeleteooo bagus tu... semangat betul..
Deleteerr,,,nak tiru boleh...hihihih
ReplyDeleteTiru je... Asalkan tak sama pejabat.... Ditanggung beres...
Deletewahh..bestnya menghias..:)
ReplyDeleteHaah... Memang best sangat... Anis jomlah sama...
Deletehehe..comel2...
ReplyDeleteTerima kasih ya waalid...
Deletekalau ada budak praktikal,mesti dorg yg kena buat ne kan kak..
ReplyDeletesamalah mcm keadaan eca skrg...hukhukhuk.
Ala ciannya eca.. Dah nama budak praktikal memang wajib buat ni...hihihi buli skit je...
Deletewahhh cantiklah ofis tu nnt hehee :)
ReplyDeleteRisau juga. Takut ter over nanti rimas pula... Huhuhu...
Deletepergghhh.. kerajinan dan kreatif terserlah lah.. mesti mengerlip2 nanti.. =)
ReplyDeleteUikkk hehe.. Buat yang termampu je... Terima kasih ya hani...
Deletenak yang real. mengidam dah ni.
ReplyDeleteHmmm... Kena tunggu raya man. Tak lama. Lagi beberapa hari je ni...
DeleteSop pun dah hias opis dgn pasang lampu kelip2 :)
ReplyDeletetu lah.. cantik kalau ada lampu kelip2 ni. kata orang penambah seri dan aura... heheheh
Deletenasib baik ada option cmtu.. jimat masa kn, hikk...
ReplyDeletehaah... kalau takde option macam ni, jenuhlah nak menganyam ketupat reben... huhuh..
DeleteKreatifnya Kak Mia.. Cantik dah office akak.. :)
ReplyDeletehaah.... tq dear... ;)
Delete