Jangan Mengutuk Sesama Umat Islam

Terkadang kita tidak perasan ketika berborak-borak telah secara tidak sengaja mengutuk rakan-rakan kita. Secara tidak langsung ianya ibarat doakan keburukan kepada mereka. Tak pasal-pasal dah dapat dosa yang tidak disedari. 

Jom kita baca emel yang Mia terima daripada rakan Mia.... dan sama-samalah mengambil iktibar dan berusaha untuk mengelak daripada mengutuk orang lain secara tidak sengaja.... zassss..


Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim.


Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW :
"Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir." ( HR Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud )

Rasulullah SAW. bersabda:
"Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya." [HR Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak]

Nabi SAW. bersabda:
"Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak berjaya ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya." [ HR Abu Daud]

Rasulullah SAW bersabda :
" Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)" [HR Muslim dari Abu Hurairah]

Rasulullah SAW bersabda :
" Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjuluki, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji." [HR Muslim]

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk orang mukmin itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya.

Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir mau pun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya.

Oleh kerana itu Rasulullah SAW. melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat ni'mat dan kurnia dari ALLAH SWT.

p/s: ingat-mengingati sesama umat Islam

Post a Comment

30 Comments

  1. ye la... sama sama kita muhasabah diri

    ReplyDelete
  2. kadang2 niat nak bergurau tapi secara xsengaja dah guriskan hati org...kan...oleh itu, marilah kita sama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan tirah...kadang2 secara tak sengaja kita telah terjebak juga... huhuhu

      Delete
  3. Tulah pasal..... semoga kita terpelihara dpd mengutuk insan lain dan dan kalau ada pun... semoga kembali sedar... Insyaallah...

    ReplyDelete
  4. betol3, kutuk menguntuk ni lebih kurang gosip liar dan panas.hehe

    berusaha tidak menguntuk, kita manusia biasa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... lebih kurang macam tu. dapat seronok + dosa...

      Delete
  5. sedangkan mengumpat pun sama macam makan daging saudara sendiri, inikan lagi mengutuk bukan?

    :)

    ReplyDelete
  6. Huhu...mengutuk dah jadi hobi sesetengah orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkkkk hobi yang sangat bahaya... boleh porak perandakan masyarakat.

      Delete
  7. moge kite dihindarkn dr mengutuk sesame sndri...

    ReplyDelete
  8. Rasanya orang politik dah terlepas pandang benda nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiiii orang politik bukan terlepas pandang sahaja.... malah taknak pandang belakang... huhuhu

      Delete
  9. assalamualaikum mia...betul tu dah sikap manusia memang mcm tu suka kutuk mengutuk sesama sendiri...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama.... sikap macam ni patut dihindarkan... huhuhu bahaya kalau terjebak..

      Delete
  10. kalau orang mengutuk terhadap sesama,bisa jadi itu berbalik kepada diri,jadi sifat itu memang haruslah dihindari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau balik ke diri sendiri tu lagi susah...huhuhu sendiri doakan yang buruk untuk diri sendiri.... tak mahu...

      Delete
  11. selamat hari raya
    hari ni baru akak sempat nak berkunjung

    yup phd tu memang sentiasa membengkak dalam diri manusia la ni... tak senang tengok orang senang kan..

    tq dengan informasi semoga raya ni kita saling bermaafan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga ya kak... phd ni pun satu penyakit juga.... sama-samalah kita bermaafan..

      Delete
  12. nice sharing kak mia..mari muhasabah diri ..insyallah dihindari dari pbuatan yg dilarang ni..amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 shida.... ingat-mengingati sesama kita... amin...

      Delete
  13. Betul2 :) Nice sharing.

    ReplyDelete
  14. Semoga saja ALLAH SWT selalu melindungi kita semua..amien.

    ReplyDelete