Dah Mohon Cuti Hari Raya...
Mia dah mohon cuti hari raya awal-awal lagi melalui HRMIS. Cuti umum hari raya pada hari Ahad dan Isnin, 19 - 20 Ogos 2012. Dianjakkan pula kepada hari Selasa berikutnya. Jadi kena terus sambung 3 hari cuti sehingga Jumaat. Seminggu bercuti. Seronoknya.
Tidak tahu lagi nak berjalan raya ke mana.. Ikut orang tua lah nak bertandang ke rumah saudara. Nasib baik keluarga Suami Mia kat Johor Bahru dan keluarga Mia kat Batu Pahat. Memang tidak ada perselisihan bila balik kampung. Jarak pun dalam satu setengah jam sahaja perjalanan.
Kepada yang belum ambil cuti hari raya, cepat-cepatlah mohon cuti ya. Kepada yang balik kampung jauh, hati-hati bila memandu di jalan raya nanti ya. Kepada yang sudah berumahtangga, jangan gaduh-gaduh nak balik kampung siapa ya...
p/s: rancanglah percutian hari raya ini dengan bijaksana...
24 Comments
Sop pun dah apply.. cuti seminggu (apply 3 hari) hehehe
ReplyDeletewahhhh samalah kita ya sop...
Deleteyeah... selamat bercutie...
ReplyDeleteterima kasih ya seditzone.... selamat bercuti juga ya..
DeleteMai la bercuti kat Langkawi ni Mia.. Bleh singgah beraya kat umah M...
ReplyDeletehmmm mia belum pernah pergi langkawi lagi... huhuuhu.... kena cuti-cuti malaysia kalau nak ke sana... nanti mia akan roger m... tq ya..
DeleteNur menghitung hari nak cuti.. :)
ReplyDeletetu lah pasal. kerja pun dah takde mood... sekarang ni dah asyik mood raya kat ofis..hehehe
Deletebestnye sis cuti raya panjang...mesti sakan beraya nanti kan :)
ReplyDeleteHaah... Hihihi.. Tak pasti nak jalan mana nanti...
Deletesaya tak yah susah2 apply cuti,cuti je sekolah,cutilah saya....mudah je...he he he
ReplyDeleteJelesnya tengok ida... Untungnya jadi cikgu sekolah ni....
Deletepandai kak mia planning.. semua kt johor, x perlu risau nk balik raya jauh2, hikk...
ReplyDeleteHihi.. Caliph. Nasibnya jodohnya dengan orang johor juga... Memang takyah risau pun Caliph...
DeleteMan tak dpt walaupun dah apply lama. Hampeh betul!
ReplyDeleteAlahai kesiannya Man... Habis tu tak dapat sambut raya la ni tahun ni.... Sabar ya...
Deletezila tak perlu apply, ikut suka je nak cuti bila2..hahaha
ReplyDeleteMemanglah... Ni yang jeles tengok Zilla ni...
DeleteSelamat bercuti raya :D hehe
ReplyDeleteSelamat bercuti juga ya Sally...
Deletebestnya kan cuti panjang.. huhu.. negeri yg sama bestla.. sama cam sy.. tp sy blk lagi.. kg jauh.. huhu
ReplyDeleteHaah... Tulah kampung jauh tu kat kelantan... Hati2 di jalan raya ya nanti. Take care...
Deletetadi baru hntar borang esok..aply mst lulus..satu2 nya pkerja mlayu kat cmpny tu..sng shida lulus cuti raya..smggu lagi extra 2hari hahaa :)
ReplyDeleteoh ya.. sorang je yang melayu. memang confirm boleh dapat cuti lah. pasti raya cina tentu cuti free seminggu kan shida... raya sakan lah ni..
Delete