Cuci dan Hilangkan Contengan Di Sarung Kusyen Sofa

Cuci dan Hilangkan Contengan Di Sarung Kusyen Sofa 

Sekarang.. sejak Sofea dah pandai nak tulis dan warna, bukan setakat buku yang dicontengnya malah sarung kusyen sofa menjadi mangsanya. Siapa yang tidak risau, pening juga nak hilangkan macam mana. Kalau kotoran biasa memang boleh hilang. Kalau contengan tentu sukar.

Dulu masa baru kahwin beli sofa dan pilih warna fabrik kusyen ini, tidak terfikir pula satu hari nanti anak akan conteng. Sekarang baru lah sedar kalau dulu pilih fabrik yang gelap. Rasanya macam nak tukar sarung kusyen sofa yang baru, tetapi kena keluar duit pula.

Suami Mia yang dapat idea ini... Katanya cuba rendam 1 jam, biar kembang dan sebati dulu dengan sabun pencuci pakaian. Hmmm.. bagus juga. Nasib baiklah guna mesin basuh automatik. Campak sahajalah. Sebelum ini, Mia cuci cara biasa pun tidak hilang.

Contengan Sofea di sarung kusyen sofa dengan menggunakan pensel warna, pensel biasa, highlighter Mia, pen biru dan pen merah. Pendek kata, kotoran degil yang sukar hendak dihilangkan. 




Bahan-bahan yang diperlukan... serbuk pencuci pakaian Sc88 produk CNI dan softener Downy Antibac.


Rendam selama 1 jam dan kemudian basuh seperti biasa. Guna function (Soak 1 Hour) di mesin basuh....


Selepas itu dijemur di ampaian. Dah kering kemudian sarungkan semula kusyen sofa. Dan inilah hasilnya....


p/s: leganya hati ini.... bersih dan berseri seperti baru tanpa ada kesan contengan itu lagi...

Post a Comment

28 Comments

  1. wahhh nice, blh hilang..kalo kat dinding kak mia? contengan dgn marker huhuhu..de cara x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... Lega betul boleh hilang. Hmmm... Kalau contengan di dinding, nampak gayanya kena cat baru dinding tu... Huhuhu...

      Delete
  2. sarung putih memang susah nk jaga ye..tambah2 kalau ada anak kecil

    ReplyDelete
  3. wah, idea yg bagus la dr suami akak, then hasilnya sgt memuaskan :) pasni kena beli buku byk2 ni utk sofea, dia dh rajin nk melukis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku dia dah banyak sangat Baby... Agaknya nak ubah selera, conteng kat atas sofa pula...

      Delete
  4. ewah..ewah si kecik tu menconteng..
    naseb bleh dihilangkan eh..
    bersih cam baru beli jer..
    hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... Conteng banyak pula tu. Nadib dah dapat cara basuh macam ni. Lepas ni dah tak perlu risau lagi kalau dia conteng...

      Delete
  5. biasa kalau si kecil dah pandai pegang pen atau pencil..
    abis satu rumah dia akan conteng.., heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... Nak mak dan ayahnya perasan seni lukisan kreatifnya....

      Delete
  6. Replies
    1. Tu la Waalid... Memang jimat. Duit boleh guna untuk benda lain yang perlu..

      Delete
  7. ank2 kecik mmg gitu...hero kt rumah nipun sama...masing2 nk tunjuk kekreatifan diri. Cukup2 kreatif...tapi emaknya yg pening...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Zurina. Memang pening dibuatnya... Nak bersihkannya satu kerja lagi...

      Delete
  8. assalamualaikum mia....budak2 mmg mcm tu mana tempat boleh conteng jadi la...nasib baik boleh hilangkan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama... Tu la. Macam2 karenah budak2...

      Delete
  9. klau conteng dgn permanent marker, abis laa kusyen tu, huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiii Caliph... Memang tidak boleh hilang langsung. Jawabnya kena beli sarung kusyen sofa yang baru... huhuhu...

      Delete
    2. Permanent marker. Boleh hilang kesan contengan. Hubungi kami bersihkan sampai bersih.

      Facebook.com/cucicarpetjb

      0167698969

      Delete
  10. Terima kasih atas info yang sangat membantu lebih-lebih lagi untuk suri rumah .

    ReplyDelete