Salam semua. Nampaknya ramai yang risau dengan tahap kesihatan Uncle selepas Mia buat entri INI. Semalam, Uncle telah beritahu Mia status terkini melalui FB. Siapa yang tidak risau, kalau blogger idolanya sedang sakit. Sejak semalam, Mia sentiasa doakan Uncle agar cepat sembuh. Terima kasih kepada Aunty kerana telah berikan no handphone Uncle pada Mia. Senanglah Mia nak sms nanti.
"hello mia..ini uncle..sori online kat lappy anak buah kat sini... uncle buat masa ni ada kat thailand...tengah berubat...keadaan uncle agak teruk jugak..2 hari uncle muntah darah...nasib baik muntah time di umah orang mengubat..terpaksa uncle tidur disini. aunty terpaksa berulang...pergi pagi..balik malam semata-mata nak temankan uncle..uncle tak dapat akses blog..cuma tengok sepintas lalu..line tak berapa elok..kat sini. ok jumpa lagi.."
Ternyata kesihatan Uncle memang membimbangkan. Kalau dah sampai muntah darah tu, memang dah tahap bahaya. Di harap Aunty sekeluarga dapat tabah menghadapi semua ini. Kita hanya merancang dan hanya tuhan sahaja yang menentukan. Yang penting kita kena berusaha. Semoga Uncle serasi dengan tempat berubat itu dan akan sihat seperti sediakala.
Mia nak ajak semua yang pengunjung blog ini, tolong doakan Uncle ya... Ramai-ramailah kita berdoa agar Uncle dapat sembuh sepenuhnya.
p/s: kepada sesiapa yang baru tahu, dan untuk lebih jelas, boleh tengok entri Aunty di SINI.
26 Comments
Saya Doakan Dia Sentiasa Sihat...Amin
ReplyDeleteterima kasih ya taliff... sama2 la kita berdoa..
DeleteSemoga Shaifful Hairi Ramli sembuh dan sihat sejahtera. Amin
ReplyDeleteAmin.. Terima kasih ya Panji..
Deletebaru baca dekat blog uncle td...yg unty update tu..insyaAllah...uncle mesti akan sembuh...sama2 la kita doakan semuanyaa...tawakal.. :)
ReplyDeleteTerima kasih ya sally.. Amin..
Deletebagus mia hubungi dia...boleh tahu lebih lanjut...takpe walaupun tak berapa kenal,saya tetap mengikuti perkembangan kesihatannya melalui mia...kita doakan dia cepat sembuh ye mia..
ReplyDeleteHaah.. terima kasih ya ida..
DeleteSemoga dia pulih seperti sediakala.
ReplyDeleteAmin... Terima kasih ya ummi iman..
DeleteSalam, mia. Kak pun pernah jg menjengah blog uncle tu. Entri2nya sentiasa ceria. Semoga dia cepat2 sembuh, Amin.....
ReplyDeleteWsalam.. Kak Imun. Siapa sangka entri2 yang ceria, sebenarnya orangnys tak ceria.. Terima kasih ya..
DeleteSalam Mia..
ReplyDeleteInsya Allah, saya doakan semoga Uncle lekas sembuh..
Pertarungan sengit di antara Eyriqazz Vs Denaihati
amin.... terima kasih ya anuar..
Deletebaru rasa chat dengan uncle masa hari uncle datang penang hari tu...tak sangka uncle sakit.. kafarah..ya allah .. moga uncle cepat sembuh..amiin...
ReplyDeleteoooo... sempat juga jumpa uncle. mia sampai sekarang belum pernah lagi jumpa. cuma berhubungan melalui blog dan fb aja. terima kasih sudi doakan untuk uncle.
Deletebaby jugak doakan uncle cepat2 sembuh dan sentiasa dlm perlindungan Allah,Amin.. takut bila dengar sakit sampai muntah darah ni
ReplyDeleteterima kasih ya baby.. sakit kena buatan orang tu memang merbahaya... risau ni..
Deletesemoga uncle cepat sembuh
ReplyDeleteamin... terima kasih ya kiz..
Deletemuntah drah sebahagian drp rawatan utk penyakit misteri tu.. smoga uncle cepat sembuh...
ReplyDeletehaah la caliph... nak kuarkan benda tak elok dalam badan. parah tu sakit kat dalam...
Deleteamin.. terima kasih ya caliph..
Semoga dipermudahahkan urusan berubat tersebut dan pulih sepenuhnya. Amin.
ReplyDeleteamin... terima kasih ya...
DeleteSemoga uncle sihat. Solehah rindu nak kongsi2 cerita dgn uncle. Solehah masih igt lagi, kali terakhir sembang dgn uncle ble uncle ngah rehat kt surau. Uncle xmau sakit2 ye. Solehah risau sgt2 ni
ReplyDeleteterima kasih ya solehah.. sama2 la kita doakan.. :)
Delete