Terima Hadiah "My Birthday Giveaway 2012" Daripada Blogger Nur

Terima Hadiah "My Birthday Giveaway 2012" Daripada Blogger Nur

Hari Jumaat lepas, selepas balik kerja kami (Mia, Suami Mia dan Sofea) singgah di Restoren Noor untuk makan roti canai sambil bertemu dengan blogger Nur. Tak sangka juga dekat rupanya Nur tinggal di kawasan Skudai. Memang dekatlah dengan Mia. Selama ini cuma bertegur sapa hanya melalui blog.

Segannya.. muka Mia agak letih, baru balik kerja ni..

Nur memang peramah dan mudah mesra orangnya. Tapi masa terlalu singkat di waktu petang, tak dapatlah nak berborak lama. Kebetulan tengahari Jumaat tu Mia tak makan tengahari, jadi bila dah petang betul-betul dah lapar. Sambil suap Sofea makan, sambil itu berborak dengan Nur.

Alahai, kalau boleh nak lama-lama borak dengan Nur tapi masa tak mengizinkan. Selepas berikan hadiah giveaway pada Mia, Nur pula bagi hadiah comel pada Sofea. Lah.. buat susah-susah aja. Suka betul Sofea. Siap tanya sama ada pokok bunga itu boleh disiram air. Nur sempat ajar Sofea untuk klipkan tisu di bunga. Barulah Sofea faham macam mana nak guna bunga itu.

Mia sungguh gembira dan terharu. Terima kasih banyak-banyak ya Nur, dah lah bagi hadiah-hadiah ini kemudian belanja kami sekeluarga. Baiknya hati Nur..

Nur dengan Sofea. Susah betul nak ambil gambar dengan Sofea. Sofea banyak bergerak dan tak boleh diam... Banyak kali ambil gambar dan inilah gambar yang paling baik dan tak gegar di kamera smartphone Mia...


Sofea dengan hadiah daripada Nur... Terima kasih ya Auntie Nur...


Lepas letih bergambar terus minum milo... tak tengok kiri kanan pun...

Jemput makan roti canai ya....

Hadiah daripada Nur...


p/s: Nur telah pun buat entri tentang kisah ini di blognya, Pertemuan Kali Pertama dengan Pemenang My Birthday Giveaway 2012.

Post a Comment

24 Comments

  1. wah bestnye jmpa kwn blogger...ni restoran yg lepas grbang tu kan sblh melawis ke apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah best errah.. ya ni restoren lepas gerbang yang dekat dengan giant. sebelah flat kuarters mpjbt.

      Delete
  2. seronoknyer bila jumpa sesama blogger kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... memang seronok. bila jumpa rasa macam dah kenal lama. borak2 tak ingat dunia...

      Delete
  3. best nye ! nak ekot ! hehehe
    http://myhuhuhabuu.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk heheheh memang best... kalau nak ekotttt, jom ke sini.. :)

      Delete
  4. Apapun tahniah Mia. Banyak sungguh GA yang Mia menang. Memang Terbaik. Semoga semakin murah rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya taliff. mia join untuk suka-suka dan kenal rapat dengan blogger lain. terima kasih juga sudi doakan yang terbaik untuk mia. mia pun doakan untuk taliff juga..

      Delete
  5. Replies
    1. haah ida.. entah bilalah dapat jumpa ida pula...

      Delete
    2. nanti ada masa kita set ye..saya dah lama nak turun Johor tu..tunggu cuti sekolah panjanglah...

      Delete
  6. Tahniah Kak Mia. Kita pun dah jumpa Kak Nur (^___________^) Rindu pula nak jumpa Kak Mia lagi. huhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih suzlin... memang best dapat jumpa nur. tak rasa kekok pun.

      p/s: rindu kat suzlin juga.. entah bila dapat bertemu lagi... huhuhu

      Delete
  7. bila la kita nk jupe kak mia pulak ni ;)
    aktif betul sofea tu kan, comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby dok mana ya... kalau dekat2 sini. bolah la kita jumpa... :)

      haah... sofea memang sangat aktif dan petah bercakap...

      Delete
    2. kita kat perak, kak mia pulak nun kt jb sana.. utara selatan tu.. xpe2 nanti bila ke sana inyaAllah kita bgtau akak eh, soon ;)

      Delete
    3. alahai jauhnya... takpe.. ada masa nanti kita jumpa.. :) peace..

      Delete
  8. postingan yg sangat menarik.. :)
    I like it..
    salam kenal dari daku.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya lukman.. atas kunjungan ke sini dan salam kenal juga..

      Delete