Pentingkah Membalas Komen Di Blog Sendiri?

Pentingkah Membalas Komen Di Blog Sendiri?

sila klik pada gambar untuk besarkan

Mia sebenarnya tiba-tiba nak buat entri ini selepas membaca entri PERLUKAH MEMBALAS KOMEN DALAM BLOG SENDIRI? oleh blogger Taliff. Seorang blogger yang pada pendapat Mia pandai menulis entri yang berkualiti dan juga membuatkan pengunjung (blogger) memberikan komen di dalam entri-entrinya. Siap ada yang komen berjela-jela. Tak rugi kalau lepak lama-lama di blognya.

Bagi Mia....


Sebenarnya membalas komen ini penting supaya blog mendapat komunikasi hubungan dua hala bukannya satu hala. Kita akan dapat tahu kehendak dan keperluan pengunjung. Apa yang mereka suka dan apa yang mereka tak suka. Blog akan nampak mesra dan menampakkan yang tuan blog tidak sombong.

Bila kita buka satu entri dan selepas tu baca komen-komen daripada pengunjung. Kemudian nampak tuan punya blog ada menjawab dan bagi respon kepada pengunjungnya. Apakah perasaan kita pada masa itu? Wahhhh bestnya blog ini sebab blognya mesra. Pandai hargai dan interaksi dengan pengunjung. Bukan setakat nak jawab persoalan sahaja bahkan untuk mendekatkan tuan blog kepada pengunjung. Dari situ sahaja secara tak langsung kita dapat mengenali peribadi dan cara tuan blog itu.

Sebenarnya tuan blog tidak berniat pun nak menunjuk-nunjuk dengan angka komen yang banyak. Sila lupakan tanggapan ini. Itulah cara yang sesuai untuk tuan blog dapat berkomunikasi dengan pengunjungnya. Agak-agak jugalah kalau dah banyak sangat mungkin tidak terbalas, memadai untuk buat satu balasan komen yang merangkumi semua. Sekurang-kurangnya, pengunjung tahu yang tuan blog dah baca komen yang diberikan. Tentu suka kan, kalau kita komen kat entri lepas itu tuan blog balas komen kita? Kita mungkin akan datang semula nak tengok apa yang tuan blog balas. Bila dah baca tentu rasa lega yang tuan blog tahu tentang respon kita.

Ada juga komen-komen yang berkualiti dihasilkan daripada pengunjung turut membantu kepada pencarian keyword bagi entri tersebut (SERP). Bayangkan jika entri itu simple tetapi mendapat banyak komen yang berkualiti secara sendiri entri itu akan memiliki banyak keyword.

Jadi, ringan-ringankan tangan untuk membalas komen kepada pengunjung. Kalau sibuk, buatlah satu entri mengatakan anda sibuk supaya pengunjung tahu keadaan anda. Jangan abaikan hati dan perasaan pengunjung. Selagi blog kita dapat diakses, selagi itu sesiapa sahaja boleh menjadi pengunjung kita, samada kawan atau pun lawan. 

p/s : Be nice and respect to them and they will be nice and respect to you too...

Post a Comment

64 Comments

  1. yelah kak, betul la tu ye.. terima kasih, nanti akan dipraktikkan sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. sama2 babycomel.. mula-mula agak susah juga nak balas, bila dah lama2 akan terasa mudah :)

      Delete
  2. kita~~~kadang2 lupa nak reply (T___________T)"

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak mengapa kalau suzlin sibuk. nanti dah senang sambila baca komen pengunjung terus je balas pelan2..

      Delete
  3. Salam Mia.

    Mula-mula baca tajuk tadi macam tajuk sama, tapi berbeza. Sebenarnya idea itu muncul sebab teringatkan dulu masa mula-mula taliff berblogging, hanya gemar untuk membaca komen tapi kurang untuk membalas kerana beranggap akan menambah-nambah komen.

    TAPI....apabila Taliff lihat ramai blogger senior termasuk Mia membalas komen dalam blog sendiri, mula terfikir yang sebenarnya membals komen dalam blog sendiri juga sangat penting dan punyai kebaikkannya. :)(Seperti yang Mia Jelaskan di atas)

    Jadi, harap apa yang difikirkan Talif adalah Betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu taliff. harap apa yang mia kupas dalam entri ini dalam membantu memperjelaskan tanggapan anggapan angka komen dan keyword dari komen supaya kita belajar menghargai pengunjung kita.

      Delete
  4. slm..hehe..btul jg ek..memg kena reply pun coz nk taw respon dr kita..tp kdg2x sy pUn lupe nk reply.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... ramai blogger tidak sedar akan kepentingannya. takpe buat slow2 nanti..

      Delete
  5. Salam sis....

    Bagi tirana...........
    ....
    Blog saya mencerminkan siapa TiranaAduka....
    Membalas komen dari pembaca, membuatkan kita berkongsi pendapat...
    Blog kita hidup....
    tak semestinya kita betul...mungkin ada pembaca yang prihatin yang boleh menegur secara baik tentang tulisan,pengalaman, atau apa jua yang berkai....

    Blog tirana hidup.....
    Menulis untuk berkongsi...dan
    TiranaAduka bukanlah seorang penulis...yg baik
    Secalit pengalaman suka dan duka
    Buakn untuk berbanga atau menagih simpati...

    Seperti hidup tirana ini....
    Selaku blogger baru yg masih mentah
    banyak yg perlu dipelajari di alam maya ini....
    yang baik di ambil
    yang buruk dibiarkan.....

    maaf jika terkasar dalam komen ini...
    wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu tirana.. kita ni pun manusia juga. kadang akan buat kesilapan, kalau pengunjung tegur apa salahnya. kita kenalah ambil komen membina tu secara positif dan cuba berubah ke arah kebaikan..

      takpe tirana. kak mia dulu pun pernah jadi newbie juga. langkah ke depan setapak demi setapak. nanti lama2 bila orang dah kenal kita, secara sendirinya akan berkunjung semula ke blog kita. yang penting kena usaha.

      Delete
  6. bagi my penting juga untuk membalas komen di blog.. bukan sebab nak menunjukkan jumlah komen yang banyak tapi sebagai satu respon yang kita juga menghargai mereka yang sudi komen d blog kita. kadang2 ada yang bertanya dan menantikan jawapan dari kita.. tapi bila jawapan tersebut tak berbalas, mesti org yg menulis komen tu tertunggu2 juga. atau mungkin akan fikir tuan blog ini tidak mesra alam contohnya..

    my suka sbnrnya baca blog yg mcm ni.. berbalas komen, tukar pendapat dan dalam masa yg sama, dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. kesiannya juga kalau pengunjung tertunggu balasan komen dari kita. kita balas ajelah. at least itulah cara kita hargai mereka. kalau kita mesra, mereka tentu akan suka dengan kita.

      uikkk heheh my, terima kasih ya sudi support mia. selagi termampu mia akan cuba balas komen di blog ini.

      Delete
  7. Setuju cakap kat Mia, bila kita balas komen pengunjung kita, kita boleh nampak yang si tuan blog tu memang mesra dengan readers nya dan paling penting, blogger tu mesti tak sombong :-)kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya arifah... kalau kita sombong nanti orang tak suka kita dan akan menyampaikannya kepada orang lain pula. reputasi kita akan terjejas dan akhirnya tiada siapa yang akan sudi datang ke blog kita lagi.

      biarpun dah beribu riban trafik nanti, harus diingat jangan lupa pada mereka yang naikkan kita.

      Delete
  8. Kak Mia ! Ety setuju. Kita balas komen, bukan untuk mengangkat bilangan komen di blog, tpi untuk beramah mesra dan memberi respon pada pendapat yg diutarakan pada setiap entry kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp ety. kalau tak ada orang yang komen janganlah sedih, mungkin orang tak tahu camne nak komen dalam entri tu, cuma jadi silent reader je..

      kalau ada komen, balas sahaja... biar lambat asalkan berbalas.

      Delete
  9. saya suka balas komen...sebab saya suka komen saya dibalas juga...tapi ada juga yang terpaksa balas semua untuk satu jawapan yang sama..seperti terima kasih...jimat masa,sebab kita nak lawat pula blog mereka...kita saling memberi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo mia pun sama juga. kalau komen tu, mia akan datang balik tengok tuan blog balas ke tak? hehehe.. mood terus suka dan terasa dihargai.

      begitu juga kita patut buat di blog sendiri. perasaannya sama juga. kalau tak sempat nak datang blog mereka pun takpe, kalau komen berbalas lambat laun mereka akan datang juga ke blog kita nanti.

      Delete
    2. kita serupa....kita serupa...(lagu headwind)...he he he

      Delete
    3. uikkkk heheheh... memang banyak yang serupa ni... ;)

      Delete
  10. sangat setuju entry kak mia ne.... :)
    mcm eca kan,cara eca BW adalah dengan tgk pengomen-pengomen di entry...sambil tu boleh lah balas komen..nampak hubungan dua hala..tpi sejak akhir2 ne payah sikit nak balas komen..terus BW je ke blog pengomen tu...hikhikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo bagusnya. setuju dengan kak mia.

      takpe eca, boleh juga balas komen di shoutbox mereka. tapi kalau yang komen tu pengunjung yang tiada blog, terpaksa jugalah kena jawab komen di blog sendiri.

      sebab kita kadang tak tahu, ada juga orang lain yang baca entri tu, ingin juga tahu respon tuan blog terhadap komen-komen yang diberikan. tak semua orang yang baca entri tersebut akan komen, memadai dengan apa yang telah dikomen oleh orang yang sebelumnya. mungkin untuk tahu penjelasan yang lanjut daripada tuan blog.

      Delete
  11. xsalah pun balas komen..blog sendiri kan lagipun bila kite bls nampak mesra alam skit xla ..rasa sunyi..bila pgomen dtg komen kite lak bt xtau lg2 dia ajukan soaln hehee..depends on owner tu sndri lah hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu shida. semuanya bergantung kepada kita. kita nak blog kita yang macam mana... kalau balas komen akan menampakkan lagi kemesraan di antara tuan blog dengan pengunjung. makin rapat dan lebih dekat..

      Delete
  12. yup, setuju.. akan wujud hubungan dua hala menerusi cara ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. caliph. hubungan dan komunikasi secara 2 hala. berinteraksi dengan pengunjung akan menghidupkan dan menceriakan suasana dalam blog kita ini.

      Delete
  13. Setuju sangat. Membalas komen dari visitors memang penting.. Tapi kadang2 kita ada kekangan, dan mungkin masa membataskan.

    Tapi Nur sedaya upaya memang akan cuba balas dan berinteraksi dengan semua pembaca terutama para follower setia blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya nur.. pengunjung pun bukannya nak balasan komen dengan serta-merta. memang kita ada banyak komitmen lain, bila masa lapang tu bolehlah balas. tengok pada keadaan. bagusnya nur, kak mia suka tengok blog nur tu... kadang baca je, tak sempat nak komen.

      Delete
  14. Utk komen yg sedikit mgkin sempat kot utk tuan punya blog membalas nya..tp utk komen2 yg banyak sgt mgkin dia sendiri pun akan penat nak balas kot..itu yg selalu saya pikirkan bila apa yg saya komen atau tanyer tak berbalas. Tapi sayer ok jer klu komen sayer tak di balas.
    Tapi utk saper yg sudi ke blog sayer mmg sayer akan jejaki dan selalu memberikan komen di setiap n3 dgn harapan kita akan lebih mesra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ok tu, rosidah. rajin tinggalkan kat komen kat blog mia ni. terima kasih banyak2 ya.

      mia pun apa yang termampu je. tapi seronok tau bila dapat berbalas mesej dengan pengunjung. rasa macam satu kepuasan dapat berinteraksi dengan mereka.

      Delete
    2. Owh..t.kasih..sekarang baru sayer rasa wujud hubungan 2 hala..hehehe..semoga kita akan lbh mgenali..

      Delete
    3. sama2... semoga kita lebih mesra lepas ini.. :)

      Delete
  15. Yer saya juga setuju.. walaupun sebelum ni saya jarang dapat membalasnya tapi setelah membaca entri tallif saya lebih bersemangat untuk itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bagus tau entri taliff tu, nasir. kalau ada masa, cubalah baca entri2 yang lain. tentu kagum dengan penulisannya.

      takpe, cuba mula pelan2 ya nasir. balas komen bila ada kelapangan.

      Delete
    2. Taliff, terimakasih sudi berinteraksi dengan nasir... suka mia tengok. inilah hubungan dua hala antara pengunjung pula di blog. :) so sweet..

      Delete
  16. kadang2 zieya sniri tak terrply komen tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe zieya... slowly buat... yang lepas tu tidak mengapa. yang akan datang nanti, cubalah.

      Delete
  17. suka entry mia :) teruskan mereply comment dr cik nurse tau..hehe

    ReplyDelete
  18. setuju.. saya suka pergi blog yg org balas komen saya.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk... heheheh mrs mell... blog mia ni ada dalam senarai tak? ;)

      Delete
  19. setuju dgn mia...kadang2 ada blog yg mmg famous....ramai yg komen kt blog tu...tapi tuan punya blog tu x pernah membalas segala komen2 dr blogger2 dia....tapi, kalau ada komen yg tuan punya blog tu x suka, pandai pulak dia komen...at least, bagilah respon...x byk pun sikit....so, blogger2 yg komen tu rasa komen mereka dihargai....itu pendapat saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat camne kalau dah famous tentu sukar nak balas komen. entahlah.. dah lumrahnya begitu. kalau tuan blog taknak respon, xleh la nak paksa..

      setiap orang ada pendapatnya sendiri. takpelah. fikir positif aje.

      Delete
  20. if ade mase mmg balas..if tak sempat mmg takde la :(

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. ya.. fikri. kalau komentar bertanya tidak dijawab lagi parah sebab memang perlukan penjelasan.

      Delete
  22. setuju dgn kak mia. biarlah even org yg komen tu xtau kita reply komen dia, at least kita x sombong :) sekurang-kurangnya kita sbg tuan blog kena bagi respon t'hadap pengunjung yg sudi lawat blog kita kan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik beruang. yang penting kita mesra dan happy dan tak sombong... :) peace...

      Delete
  23. nyue setuju...tapi kotak komen nyue xde reply....nty nk toturial cnmr nk buat.....tu yg reply cam pelik jer....ahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. takpe nanti cuba tukar setting kat blog untuk threaded comment di blogspot.

      boleh tengok entri kak mia yang ni..
      http://www.mialiana.com/2012/03/jom-bertukar-kepada-threaded-comments.html

      Delete
  24. sy pun setuju dgn kak mia. at least kita reply terima kasih pun dah kira ok kan? xdelah dikira sombong kan?

    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya.. terima kasih sudi support kupasaan kak mia ni... kalau sombong, orang nanti tak suka... huhuhu bukan senang nak jaga hati pengunjung ni...

      Delete
  25. nice blog dude..cantik header.. :)
    do visit and follow ye..
    http://www.duniakiesya.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. thanks sis follow blog sya yang msih baru lagik :)

    ReplyDelete
  27. memang penting tapi kekadang tak sempat

    ReplyDelete
  28. salam Mia.....
    membalas komen,mmg perlulah,supaya kita tak bercakap @berhubung sorang2@apa yg kita komen x diambil peduli...suka kalau tinggalkan komen ,bila ada respon dr tuanblog......

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam myda. ya betul tu. tu la kan. kalau tak nanti orang kata kita ni blogger syok sendiri. kalau ada interaksi sekurang2nya takdelah syok sendiri sangat dengan balas komen di blog sendiri. dan kita pun tahu apa yang pengunjung kita tak suka.. kemudian apa kelemahan kita boleh diperbaiki dari semasa ke semasa...

      Delete
  29. ya zana.. semuanya bergantung kepada keadaan kita.. kalau dah sibuk sangat memanglah tak sempat nak balas komen...

    ReplyDelete
  30. menurut saya amat penting terutama jika komentar terssebut berisi pertanyaan yang penting, pasti si pengomentar akan membutuhkan jawaban dari kita

    ReplyDelete