Mentang-mentang hari ini hari Ahad.. ada sahaja projek kat dalam rumah ini. Projek usahasama antara Mia dengan Suami Mia. Sofea kecil lagi memang tidak boleh join.
Operasi membersihkan semua kipas yang ada dalam rumah ini merangkumi 3 buah kipas siling, 1 buah kipas dinding dan 1 buah kipas pelawas (exhaust fan). Peralatan yang digunakan ialah kerusi (kalau guna tangga takut gayat pula Mia), kain buruk (nama sahaja buruk, tapi tidak buruk mana pun) dan sabun (apa-apa jenis sabun janji boleh sental).
Nak tunggu raya lama lagi. Operasi harus dibuat segera, nanti bulan puasa banyak benda lain yang hendak dibuat. Hari ini adalah harinya. Berpeluh-peluh buat ni, tak perlu lah nak jogging kat luar sana....
Dan inilah hasilnya...
Kipas siling yang ada di ruang tamu dan di 2 bilik tidur
Kipas dinding yang ada di ruang dapur. Kilat tak?
Kipas Pelawas yang ada di bilik air. Belum dipasang oleh Suami Mia.
Tengah keringkan. Baru lepas dibersihkan terus Mia ambil gambar.
Lepas baca entri ni terus tengok kipas angin sendiri di rumah, kan? Mia dah dapat agak dah...
p/s: operasi telah selesai dilaksanakan dengan jayanya... gambar adalah daripada sentuhan instagram....
14 Comments
mantap la kak...mesti sejuk je pas ni...
ReplyDeleteohhh sudah semestinya... abis dikerjakan hari ini sampai peluh jantan pun keluar...
Deletehehehe, berpinar tengok tau sbb berkilat sgt ;)
ReplyDeleteakak, datang la rumah kita boleh tolong kita cuci kipas rumah ni pulak.. kehkehkeh
kak mia pun berpinar juga. tapi bila dah settle rasa puas betul.
Deleteuikkk heheheh... jauh tu.. kena minta cuci-cuci services (citer filem) datang tolong cucikan kipas babycomel ya... huhuhu kak mia tak larat...
Taliff dah lakukan operasi Bersih minggu lepas, jadi hari ni, operasi Potong rumput :)
ReplyDeletewahhh bagus tu... rumah mia tak ada rumput... semuanya bersimen bahagian depan dan belakang rumah. senang tak payah cabut atau potong rumput...
Deletebtul tu, nama saja kain buruk tp x buruk pun, hikk...
ReplyDeletetak leh nak buat camne... dah dari kecil lagi diajar panggil kain buruk. bila cakap kat sofea, pening juga dia sebab kain tu tak buruk pun... lepas tu cakap kat dia, abaikan aje... dah itu namanya..
Deletemesti rasa sejuk kan bila dah bersihkan kipas..hehe
ReplyDeletetu la.. banyak sangat habuk. bila dah bersih terasa banyak betul anginnya dan rasa sejuk... lega...
DeleteWah semua kipas dari jenama panasonic...berkilat
ReplyDeleteuikkkk perasan pula dia ni... haahh kebanyakan peralatan elektrik di rumah mia berjenama panasonic... i likeeee...
Deletemesti rasa bersih dan kuat je angin lepas dibersihkan kan..
ReplyDeletehaah... buka no 1 pun dah terasa sejuknya.. sebelum ni guna no 2... nampah sangat dah banyak sangat habuk... huhuhu..
Delete