Ngeteh Tengah-Tengah Malam Dengan Bro Framestone Di Batu Pahat

 Ngeteh Tengah-Tengah Malam Dengan Bro Framestone Di Batu Pahat

Malam tadi Mia dan Suami Mia balik kampung di Parit Raja, Batu Pahat. Lepas isyak bersiap-siaplah pulang. Sebelum itu, pada sebelah petangnya Bro Framestone dah roger Mia yang dia ada di Batu Pahat. Terpelik lah pula, buat apa di situ. Hmmmm... baru teringat sebab ehem-ehem dia, orang situ... so faham-faham sahaja la, kalau dah kena balik ke rumah bakal mertua... opssss jangan marah.

Bila dah sampai, lokasi ngeteh kami di kedai makan berhampiran stesen minyak Petronas. Bila dah duduk bersembang, apalagi berborak sakan. Kami tak makan sebab masing-masing dah kenyang. Cuma minum air sambil hirup udara tengah malam. Macam-macam yang dibincangkan dalam forum perdana tergempar ini, daripada kisah blog, blogger, android, game android, blog berat entah apa-apa lagi. Pendek kata, suatu perkongsian yang bermanfaat. Banyak ilmu Mia cedok daripada blogger yang sempoi dan berkain pelekat ini. 





p/s: tak sedar kami borak-borak sampai 12.30 tengah malam..... lama juga tu dalam 2 jam kot...

Post a Comment

26 Comments

  1. wah... seronoknyer bila berkumpul sesama blogger kan... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang seronok sangat. rasa macam nak berborak sampai pagi... heheheh tapi takleh sebab bro nak balik ke KL pagi2..

      Delete
  2. syoknya... bro nampak makin sihat. dgn kain pelikat je.. hubby mia berkain pelikat jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii... memanglah. hati dah senang sebab dah ada orang jaga.

      hubby mia tak pakai kain pelikat, pakai jeans. bro tu je yang pakai kain pelekat... hehehehe

      Delete
  3. Replies
    1. uikkk hehehe... blogger kampung je ni.... huhuhu

      Delete
  4. wahhh bro sempoiiii berkain pelikat jee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. tu la. senang nak pakai tinggal sarung je. lagipun ni kat kawasan kampung. orang tak kisah...

      Delete
  5. Gila la blogger tue... sempoi habis..

    Tak perlu nak bergaya-gaya. muka maskulin or tudung lilit @ tudung lagi besar dari kepala sendiri.

    simple tapi........ hensem (puji diri sendiri he...23x)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh! tak baik cakap macam gitu. blogger tu tak gila, perangainya yang gila2.. hahahha

      dah tengah malam, nak bergaya apa... hehehe... bro tetap hensem, tapi hensem lagi husben kak mia.... kenalah puji suami sendiri...ekk

      Delete
  6. Wah lama juga tu bersembang.. Tentu macam2 topik yg diceritakan..

    Hmm tersenyum sendiri membaca komen daripada Bro Framestone.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nur... dari a sampai ke z. dari 1 sampai ke 10. sampai habis licin air diminumnya.

      bro memang gitu, nur. dia pandai buat lawak dan sweet orangnya. tak sombong dan pandai sesuaikan diri dengan orang dan keadaan...

      Delete
  7. Salam, wah bestlah dapat jumpa sama2 blogger.. macam2 dapat dibincangkan..

    hu rasa kerdil plak tengok blogger2 otai ni..ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... ya memang best nasir. jumpa kejap pun jadilah.

      Delete
  8. Mia...rajin kuar ngeteh malam2... He he he...nanti kita ngeteh pakai kain batik nak...keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk takde lah rajin sangat. bukan selalu boleh jumpa bro ni. memang kebetulan mia balik kampung hujung minggu dan bro pula balik rumah bakal mertua.

      takpe, ida. nanti kita pakat2 kalau nak jumpa pakai kain batik... hehehe tentu sweet. tapi kena pilih lokasi yang sesuailah. hheheheh..

      Delete
    2. wah macam best je kan planning ni...kalaulah ianya menjadi kenyataan...satu entry letak gambar je nanti...

      Delete
    3. haah... kita kena plan betul2 dan cari sapa yang nak join. tak dapat bayangkan. mesti best punya...

      Delete
  9. ni kira mcm meeting level otai tgh mlm kn, hikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. bukan meeting direct selling tau!... hehehe semuanya citer pasal blog...

      Delete
  10. Pergh!! Seronok dapat jumpa blogger. Tapi, yang penting...jumpa blogger yang huh! Power :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la taliff... bukan senang nak jumpa blogger power yang berkain pelekat ni... memang kagum gila dengan personalitinya... very humble person.

      Delete
  11. heeee.. untung la datim2 tak ajak.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dating berempat... takleh ajak feroz... feroz kan jauh di KL sana....

      Delete
  12. macam pernah nampak kedai ni,,tpi lupa..

    ReplyDelete