Ngeteh Tengah-Tengah Malam Dengan Bro Framestone Di Batu Pahat
Malam tadi Mia dan Suami Mia balik kampung di Parit Raja, Batu Pahat. Lepas isyak bersiap-siaplah pulang. Sebelum itu, pada sebelah petangnya Bro Framestone dah roger Mia yang dia ada di Batu Pahat. Terpelik lah pula, buat apa di situ. Hmmmm... baru teringat sebab ehem-ehem dia, orang situ... so faham-faham sahaja la, kalau dah kena balik ke rumah bakal mertua... opssss jangan marah.
Bila dah sampai, lokasi ngeteh kami di kedai makan berhampiran stesen minyak Petronas. Bila dah duduk bersembang, apalagi berborak sakan. Kami tak makan sebab masing-masing dah kenyang. Cuma minum air sambil hirup udara tengah malam. Macam-macam yang dibincangkan dalam forum perdana tergempar ini, daripada kisah blog, blogger, android, game android, blog berat entah apa-apa lagi. Pendek kata, suatu perkongsian yang bermanfaat. Banyak ilmu Mia cedok daripada blogger yang sempoi dan berkain pelekat ini.
p/s: tak sedar kami borak-borak sampai 12.30 tengah malam..... lama juga tu dalam 2 jam kot...
26 Comments
wah... seronoknyer bila berkumpul sesama blogger kan... :-)
ReplyDeleteya memang seronok sangat. rasa macam nak berborak sampai pagi... heheheh tapi takleh sebab bro nak balik ke KL pagi2..
Deletesyoknya... bro nampak makin sihat. dgn kain pelikat je.. hubby mia berkain pelikat jugak ke?
ReplyDeleteuiii... memanglah. hati dah senang sebab dah ada orang jaga.
Deletehubby mia tak pakai kain pelikat, pakai jeans. bro tu je yang pakai kain pelekat... hehehehe
memanhg otai la kak mia ni
ReplyDeleteuikkk hehehe... blogger kampung je ni.... huhuhu
Deletewahhh bro sempoiiii berkain pelikat jee..
ReplyDeletehaah.. tu la. senang nak pakai tinggal sarung je. lagipun ni kat kawasan kampung. orang tak kisah...
DeleteGila la blogger tue... sempoi habis..
ReplyDeleteTak perlu nak bergaya-gaya. muka maskulin or tudung lilit @ tudung lagi besar dari kepala sendiri.
simple tapi........ hensem (puji diri sendiri he...23x)
eh! tak baik cakap macam gitu. blogger tu tak gila, perangainya yang gila2.. hahahha
Deletedah tengah malam, nak bergaya apa... hehehe... bro tetap hensem, tapi hensem lagi husben kak mia.... kenalah puji suami sendiri...ekk
Wah lama juga tu bersembang.. Tentu macam2 topik yg diceritakan..
ReplyDeleteHmm tersenyum sendiri membaca komen daripada Bro Framestone.. :)
haah nur... dari a sampai ke z. dari 1 sampai ke 10. sampai habis licin air diminumnya.
Deletebro memang gitu, nur. dia pandai buat lawak dan sweet orangnya. tak sombong dan pandai sesuaikan diri dengan orang dan keadaan...
Salam, wah bestlah dapat jumpa sama2 blogger.. macam2 dapat dibincangkan..
ReplyDeletehu rasa kerdil plak tengok blogger2 otai ni..ehehe
wsalam... ya memang best nasir. jumpa kejap pun jadilah.
DeleteMia...rajin kuar ngeteh malam2... He he he...nanti kita ngeteh pakai kain batik nak...keh keh keh
ReplyDeleteuikkk takde lah rajin sangat. bukan selalu boleh jumpa bro ni. memang kebetulan mia balik kampung hujung minggu dan bro pula balik rumah bakal mertua.
Deletetakpe, ida. nanti kita pakat2 kalau nak jumpa pakai kain batik... hehehe tentu sweet. tapi kena pilih lokasi yang sesuailah. hheheheh..
wah macam best je kan planning ni...kalaulah ianya menjadi kenyataan...satu entry letak gambar je nanti...
Deletehaah... kita kena plan betul2 dan cari sapa yang nak join. tak dapat bayangkan. mesti best punya...
Deleteni kira mcm meeting level otai tgh mlm kn, hikk...
ReplyDeletetu la pasal. bukan meeting direct selling tau!... hehehe semuanya citer pasal blog...
DeletePergh!! Seronok dapat jumpa blogger. Tapi, yang penting...jumpa blogger yang huh! Power :)
ReplyDeletetu la taliff... bukan senang nak jumpa blogger power yang berkain pelekat ni... memang kagum gila dengan personalitinya... very humble person.
Deleteheeee.. untung la datim2 tak ajak.. hahaha
ReplyDeletedating berempat... takleh ajak feroz... feroz kan jauh di KL sana....
Deletemacam pernah nampak kedai ni,,tpi lupa..
ReplyDeleteoohh ye ke? pernah pergi parit raja ya?
Delete