Kisah Beli Barang Keperluan dan Sofea Tunggang Gajah Mainan di Giant U Mall...


Kisah Beli Barang Keperluan dan Sofea Tunggang Gajah Mainan di Giant U Mall...

Malam semalam kami pergi Giant untuk beli barang-barang keperluan. Agak sedih sedikit sebab troli dah habis digunakan pada masa tu. Hmmm... ramai pula yang shopping dan terpaksa kami guna 2 bakul. Sofea pun kena jalanlah nampaknya. Inilah kali pertama kami beli barang keperluan di Giant tanpa troli.

Tak sangka banyak juga yang dibeli termasuk beli beras. Barang di dapur banyak yang dah habis. Penuh barang-barang dalam bakul termasuk barang keperluan Sofea. Bayangkan macam tak cukup tangan dibuatnya. Masa tengah nak bayar kat kaunter, Suami Mia nak pergi cari troli kat bawah... dah pukul 10.00 malam tentu dah ada troli di bawah. tup-tup ada seorang makcik yang baik hati, beratur di belakang Mia hulurkan trolinya pada kami. Alhamdulillah, kebetulan mak cik tu beli barang tak sebanyak kami dan mak cik tu ada beli baldi sekali. Jadi barang-barangnya muat masuk dalam baldi sahaja.  Mungkin dia tengok kepayahan kami ini dengan anak lagi, jadi terbuka hatinya nak berikan troli. Alhamdulillah, syukur. Terus Sofea dimasukkan ke dalam troli dulu. Kesian, penatnya dia jalan.

Bila keluar sahaja, mulalah nak naik gajah mainan. Sukanya dia. Ni first time dia nak naik gajah yang besar. Sebelum ini naik yang kecil sahaja. Terhibur juga hatinya selepas mengeluh penat berjalan satu Giant... Kesiannya, tengok muka pun nampak macam penat... 

Jom tengok Sofea tunggang gajah mainan...zassss..





p/s: kisah Sofea tentang naik mainan ini pada 2 tahun yang lepas ada di entri INI.

Post a Comment

26 Comments

  1. peh 1st time dgr shoping mall abis troli..byk betul orj jb bershopping je.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan.. mrs adam. tahun-tahun sebelum ni, takde pula terjadi macam ni. mungkin dah ramai yang duduk kat jb ni kot...

      Delete
  2. salam mia:) jemput follow blog baru tiera.blog lme terpaksa delete.skrg guna nme laen:)

    ReplyDelete
  3. Nur lebih suka berbelanja di TESCO.. :) Sofea sangat comel.. Susah juga bila takde troli.. Orang ramai nak buat persiapan hari raya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. ni giant u mall dekat je dengan rumah. kalau malam, tak pergi jauh2.

      terima kasih ya nur.. memang ramai sangat orang bz shopping untuk persediaan hari raya nanti... huhuhu

      Delete
  4. hehee...payah ler gini org syok2 nk shopping ye kak kih3 :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... memang payah kalau takde troli tapi nak beli barang banyak... ;)

      Delete
  5. Replies
    1. memang besar encil cool. nasib baik takde yang lagi besar. kalau tak, sofea pun nak naik juga...

      Delete
  6. Ikut miuka siapa agaknya Sofea ni ye....

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadan, mia. Wah, Sofea tambah besar la, hehe...sukanya dia.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan juga ya kak imun. haah.. sofea dah semakin besar sampai tak boleh dukung dia lagi... badan semangat sangat... heheheh

      Delete
  8. rasanya mia pun nak naik gajah mainan tu hahaha kalau takde orang..harus tunggang sampai ke malam

    --off topic--

    seperti biasaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk takde lah sampai ke situ uncle. kalau gajah betul, memang mia teringin gak nak naik. pssttt terima kasih ya uncle..

      Delete
  9. hikhik, comelnya anak akak main gajah.

    sabtu lepas kt tesco alor setar pun sama, punyalah ramai orang, tempat park kereta pun takda, troli takda puas jugaklah cari. dhla barang banyak. nasib baik sempat grab 1 troli. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik beruang..

      haah la, teruk betul kali ni, ramai sangat orang kat shopping kompleks... tu yang tak dapat troli... huhuhu

      Delete
  10. femes btul mainan cmtu.. aritu tgk budak2 naik kuda belang & zirafah mainan, hikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. memang femes. sofea lebih minat dengan yang gajah ni...

      Delete
  11. comel... klu anak saya ni mmg la die takut...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih faz.. ooo mungkin rasa takut sebab benda tu bergerak. kalau anak mia, semuanya dia nak cuba.

      Delete