Juadah Berbuka Puasa Hari Ini

Juadah Berbuka Puasa Hari Ini

Baru sahaja balik dari bazar ramadhan ni tadi. Nanti kalau datang lambat, dah ramai orang dan sesak sangat.  Tak suka ribut-ribut. Beli mana yang nak dimakan saja. Kalau lebih-lebih nanti membazir pula.

Jom tengok apa yang akan dimakan masa berbuka nanti. Mia buka bungkusan sekejap je nak ambil gambar kemudian tutup balik. Minum air teh dan air oren. Selalunya buat pukul 6.45 petang nanti.

Mee goreng kegemaran Suami Mia. Ditambah pula dengan ayam goreng peha dan sambal tumis. Memang tip top.


Soto nasi selera Sofea. Hanya ada nasi impit dan ayam sahaja. Kalau ada bawang goreng dan daun sup, Sofea tak suka. Mia memang selalu berkongsi makan dengan Sofea. Kalau Sofea makan seorang memang tak habis.


Untuk menu ringan, kuih pun kena ada juga. Hari ini terasa pula nak makan kuih kaswi. Cukuplah untuk makan bertiga. Semalam dah makan sate, esok rasanya nak makan puding pula lah... heheheh setiap hari berubah menu mengikut selera tekak.


p/s: tekak ni memang pelik sedikit di bulan ramadhan....

Post a Comment

10 Comments

  1. tengok sambal mee goreng tu..
    fuhh,menggoda kak..XD

    ReplyDelete
  2. owh kuih kaswi, suka sgt kuih tu.. ptg nanti ingat nk g bazaar utk pertama kalinya puasa thn ni. nak cari kaswi dgn wadeee ;) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo baby suka kaswi ya... samalah citarasa kita...

      Delete
  3. Mee goreng ade ayam lagi..sedap tu
    Tambah kuih feberet saya mmg terangkat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiiii memang terangkat habisss.... hihihi rosidah..

      Delete
  4. simple je kak mia n fmly mkn hehee,,sng kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah shida... beli banyak2 bukannya habis nanti... ;)

      Delete