Hari Ini MC.... Kurang Sihat Sedikit...


Entah kenapa beberapa hari ini perut Mia kurang enak. Nak kata banyak angin, baru je lepas urut minggu lepas. Nak kata tersalah makan, pun tak juga....

Pagi-pagi lagi dah kerap ke tandas. Apa yang masuk semuanya keluar. Sampai takut nak makan. Kalau pergi kerja, confirm memang takleh buat kerja. Bila dah selalu ke tandas, badan agak lemah sedikit. Pinggang pun sakit-sakit. Kepala ada pening sedikit.

Tengahari tadi, pergi ke Poliklinik Penawar dan dapat mc (cuti sakit). Rehat kat rumah berdua dengan Sofea sepanjang hari ini. Mia minum air hundred plus dicampurkan dengan air masak. Nampak dah bertenaga semula.

Baring-baring sambil tengok televisyen, layan karenah Sofea... Nasib Sofea tak banyak ragam hari ini, macam tahu-tahu je mak dia kurang sihat. Pandai pula main sendiri...

Kat pejabat pula, Unit ICT sedang sibuk buat persediaan untuk mesyuarat esok bersama dengan pihak MAMPU dan GITN. Minta maaf la ya, Mia memang tak dapat tolong. Esok pagi je baru boleh tolong mana-mana yang patut.

p/s: mc satu hari je untuk hari ini... harap esok dah segar..

Post a Comment

21 Comments

  1. .. nnti Arctic Ice dah smpi rumah boleh la jadikan penambah tenaga seharian..

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa.Semoga mia cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. uncle doakan moga cepat sembuh ....

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. terima kasih bro.. haah, nasib sofea ada temankan. taklah boring sangat dok rumah seharian, semalam.

      Delete
  5. wahhhh terima kasih ya semua. Sudi doakan Mia cepat sembuh. Alhamdulillah, hari ini Mia dah ok skit dan boleh pergi kerja. Syukur...

    ReplyDelete