Bila Tabung Harimau Maybank Sofea Dah Penuh...
Bak kata pepatah orang Melayu, melentur buluh biar dari rebung. Begitu juga dengan Sofea. Sofea sudah mula menabung sejak dari tahun lepas lagi. Bila menjelang malam dia akan check purse Mia dan kumpulkan duit syiling. Baru-baru ini, tabung lama Sofea yang harimau maybank tu dah penuh. Punyalah Sofea risau dah tak boleh masukkan duit syiling.
Kemudian masa balik rumah keluarga Mertua, dia suka pula pada tabung baru yang comel. Bila dipegang masih kosong dan mulalah minta dengan neneknya (Mak Mertua Mia). Siap mengadu, tabung harimau sudah penuh. Mia ingat nak tunggu lepas raya nanti baru masukkan ke akaun maybank Sofea sekaligus dengan duit raya nanti.
Jom tengok gelagat Sofea masukkan duit syiling ke dalam tabungnya... zasss..
Masukkan ke dalam tabung baru
Cuba juga nak masukkan ke tabung lama tapi tidak boleh
Masukkan ke dalam tabung baru semula
Dah diberitahu tabung dah penuh, masih nak cuba juga sampai baring
Tabung harimau maybank Sofea yang dah penuh...
Tabung baru Sofea..
p/s: kisah menabung Sofea pada tahun lepas ada dalam entri INI
23 Comments
bagusnya kecik2 dah menabung :)
ReplyDeletetu la.. memang mia ajar sofea untuk simpan duit...
Deletewah....pandainya dia
ReplyDeleteterima kasih. ni lah aktiviti sofea malam2...
Deleteuncle dari kecik mmg suka menabung..tapi bila besar..tabung tak eprnah penuh-penuh...huhuu,,takpa amalkan dari kecik..nanti aklau dah terbiasa menabung kan senang..
ReplyDeleteuncle baru je balik dari wang kelian...bisa belakang badan masih terasa..tapi dah surut sikit
--off record --
klik satu disini
samlah dengan mia.. bila dah besar banyak nak guna duit. tu yang tabung tak penuh2.. hehehe.. tapi sofea ni, memang mia ajar dia supaya pandai jaga duit bila dah besar nanti..
Deletesemoga uncle cepat sembuh..
bijak1 kecik2 dah menabung. lama2 dia akan terbiasa la kan?
ReplyDeletehaah... sekarang ni tak perlu cakap, dia dah pandai buat sendiri...
Deletehehee comel nnt dah penuh dua2 tebus kat bank hehee :)
ReplyDeletehaah shida.. suka sofea bila tabungnya penuh...
DeleteBagus tu suka menabung. Ada jugak keperluan ketika kecemasan atau pun saat terdesak kelak. Bagus2
ReplyDeletehaah taliff... terima kasih ya... masa cemas pun kita tak tahu bila ianya nak sampai...
Deletewah best tu lama2 jadi bukit.. esok2 nanti beli tabung besar lagi kak mia, boleh isi byk2
ReplyDeletecukuplah ni... kalau beli yang besar2 nanti lambat nak penuh pula...hihihi..
Deletewahhhhhhh pandainya mia menabung.. bgs2.. kecik dah menabung nnt besar pandai jaga duit
ReplyDeleteterima kasih ya kak... tu la sofea ni, daripada main duit lebih baik masuk ke dalam tabung dia.. ;)
Deletehikk.. sy rsa tu tabung fav sofea laa.. wlaupun dh penuh still nk masukkan jgak ^^
ReplyDeletetu la.. memang suka betul dia dengan tabung harimau tu...
Deletehehehe masih setia pada yg lama tu.. nanti harus tukar juga yg baru :)
ReplyDeletehaah.. tu la nak didik sofea juga ni, belajar tukar yang baru...
Deletetabung sy belum penuh selalu dah kena korek..ahaha
ReplyDeletetabung tu patutnya jenis yang takleh dikorek... memang boleh penuh nanti... heheh
Deletealahai comelnya, nak gak tabung rimau tu :)
ReplyDelete